pages

Thursday, January 23, 2014

~ Sate Lilit Daging ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Hari ini kita ke Bali pula ya..B A L I , sebuah pulau yang menarik untuk dikunjungi dan salah satu tempat yang kaya dengan budaya, tradisi juga makanannya.. Jika hanya seminggu berada di Bali memang tidak mencukupi.. Kena duduk lama sikit jika hendak menikmati keindahan dan makanannya.. Utamanya kepada penggemar makanan... ;). Jika Diana rindu hendak makan masakan Bali, Diana akan berkunjung ke sebuah blog ini tau.. Di sana anda boleh cuba pelbagai resipi Indonesia.. Jika hendak singgah di blog beliau.. Boleh klik di SINI .. Yang bestnya.. resipi dari Bali juga ada.. Ira Rodrigues, pemilik blog tersebut juga tinggal di Bali, Indonesia.. Jika hendak tengok terus resipi dari Bali boleh tengok di SINI  .. Terima kasih buat Ira :) 

Sebelum kita semak resipi Sate Lilit Bali.. Apa kata kita tengok dulu beberapa gambar yang pernah Diana ambil ketika di Bali dulu...


Oleh kerana rindu sangat hendak makan Sate Lilit.. Maka kena lah buat sendiri kan... Lagi-lagi kami yang tinggal di W.P.Labuan ini.. Mana lah hendak dicari restoran yang menyediakan menu dari Bali.. Jika teringin hendak makan.. buat sahaja lah kan kan.. :). Cuma mungkin tidaklah sama 100 % rasa dengan sate lilit yang asli.. Sekurang-kurangnya terubat jugalah rindu hendak makan sate lilit Bali kan... Resipi yang Diana Diana kongsikan di bawah ini merupakan resipi olahan Diana mengikut selera keluarga.. Jom kita tengok resipinya pula...


SATE LILIT DAGING 

Bahan-Bahan A ( dikisar menggunakan food processor )
  • 450 gm daging batang pinang / isi ayam _ dipotong kecil
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 batang serai 
  • 5 - 10 biji cili padi _ boleh dikurang atau ditambah mengikut selera masing-masing
  • 2 batang daun sup
  • 1 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk jintan putih
  • 1/2 tsp serbuk jintan manis
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • Sedikit lada hitam

Bahan-Bahan B
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 2 tsp madu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
Bahan-Bahan C
  • Serai ( direndam seketika terlebih dahulu ) atau pencucuk satay bersaiz lebar secukup kegunaan
  • Minyak masak 

Cara-Cara
  1. Satukan bahan-bahan A ( bahan yang dikisar ) bersama bahan-bahan B hingga rata.
  2. Kemudian ambil sedikit adunan daging tadi dan kepalkan pada batang serai atau pada pencucuk satay. Buat sehingga semua adunan daging habis.
  3. Panaskan pemanggang dan spray / oles sedikit minyak. Kemudian susun satay di atas pemanggang. Panggang satay hingga masak ( masak dengan sentiasa membalikkan satay ) Spray / oles juga sedikit minyak pada satay jika suka. Pastikan ianya tidak terlebih masak.
  4. Hidang ketika ianya masih panas bersama kuah kacang / sambal kicap atau sambal dan salad kegemaran anda.




2 comments:

  1. Kak diana selalu masak special..kalu sy cam selalu ni boleh gemuk la..sedap tul nampak

    ReplyDelete
  2. Diana..saya belum pernah mkn sate lilit daging ni...

    ReplyDelete