pages

Monday, July 21, 2014

~ Resipi Kacang Gajus Rugget...

Assalamualaikum dan Salam Sayang...

Bersua kembali di entri kali ini.. Resipi asal menggunakan kacang tanah tetapi Diana gantikan dengan kacang gajus. Alhamdulillah sedap.. Jom semak resipinya... 


KACANG RUGGET  


 Bahan-Bahan
  • 500gm kacang tanah _ ( Diana gantikan dengan kacang gajus )
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2 biji cili merah / cili kering
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa 

Cara-Cara
  1. Mula-mula bersihkan kacang , cuci dan toskan airnya hingga kering.
  2. Lepas itu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili . Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.
  4. Gaul semua bahan hingga rata.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna.
  6. Lepas itu kita masukkan kacang tanah yang sudah dicuci dan ditoskan tadi. Gaul rata.
  7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
  8. Kacau senantiasa supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
  9. Bila kacang sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
  10. Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.


** NOTE ~  Pastikan anda menggunakan api sederhana supaya kacang yang digoreng itu masak dengan sempurna. 





Sunday, July 13, 2014

~ Leminit & Pavlova Untuk Berbuka...


Assalamualaikum dan Salam Sayang… 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi Pavlova… Pavlova ni tidak boleh makan selalu sebab rasanya agak manis… Sekali sekala tu boleh lah kan.. Tekak ni teringin pula hendak makan Pavlova kelmarin.. Itu yang buat tu untuk berbuka kelmarin.. Resipinya Diana ikut dari blog Akak Ita… Terima kasih Akak Ita dan izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya...

:: Sumber ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ ) 

PAVLOVA 

Bahan-Bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor - Ita letak 3/4 cawan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan


Cara-Cara
  1. Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
  2. Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8 inc.
  3. Terbalik kan kertas. Kalau ada ring bulat pun boleh juga gunakan. 
  4. Panaskan oven dengan api bawah 170°C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120 - 100°C.
  5. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  6. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  7. Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dalam bekas kecil. Kacau rata hingga semua bahan larut.
  8. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula sahaja dengan kaedah kaup balik.
  9. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  10. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120 -100°C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  11. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Bahan Hiasan
  • Whiping Cream
  • Strawberry - didadu
  • Kiwi - didadu
  • Blueberry
  • Markisa

Cara-Cara
  1. Whiping Cream dipukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan atas pavlova tadi dan hiaskan dengan buah-buahan segar.
  3. Akhir sekali taburkan markisa.

** Note ~  Buah-buahan segar itu boleh digantikan dengan pelbagai jenis buah kegemaran anda. 

Makan Pavlova dengan Leminit Lemon… Hehehee… Apa itu Leminit @ Lemonade yang Diana maksudkan di sini? Kalau orang yang berada atau pernah tinggal di W.P.Labuan dan yang berdekatan dengannya.. Pasti tahu apa itu Leminit kan… Leminit ini ialah minuman berkarbonat.. Ianya ada pelbagai perisa dan saiz..