Assalamualaikum dan Salam Sayang....
Selamat berhujung minggu buat semua... Moga hari di hujung minggu ini memberikan ketenangan kepada anda semua... Menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga... Tidak kurang juga pasti ada antara anda semua yang sedang sibuk bersama sanak saudara di majlis perkahwinan.. Kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini.. Selamat Pengantin Baru... Moga kekal bahagia hingga ke Syurga...
Di pagi hujung minggu kami sekeluarga hari ini diisi dengan aktiviti memasak Misua Soup... Seperti biasa.. Jika ada antara ahli keluarga Diana yang teringin hendak makan Misua Soup.. Pasti suami Diana yang memasaknya... Kenapa? Ermm.. Semua orang mahu makan hasil dari air tangan dia... Jika orang lain yang memasaknya memang selera merundum mendadak... Hehheee... Bak kata orang.. Walau resipinya sama.. jika orang lain yang memasaknya tidak sama macam misua soup yang dimasak oleh suami Diana... Oleh sebab hujung minggu ini suami tidak kerja.. jadi semua orang di rumah ini teringin suami memasak misua soup untuk kami... Inilah hasilnya...
MISUA SOUP
Bahan-Bahan
- Bawang putih cincang
- Bawang merah cincang
- Misua secukup kegunaan
- Sedikit kobis bulat _ dihiris
- Udang segar bersaiz kecil _ dibuang kulitnya
- Sedikit Preserved Vegetable _ rendam sekejap dan dibersihkan
- Telur
- Sedikit minyak untuk menumis
- Air secukup kegunaan
- Garam secukup rasa
Bahan-Bahan Hiasan
- Hirisan daun salad _ ( Jika suka )
- Hirisan cili merah
- Bawang goreng
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk yang dalam. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang segar dan goreng seketika. Masukkan kobis dan setelah kobis layu bolehlah masukkan air secukupnya.
- Biarkan ianya mendidih dan masukkan preserved vegetable serta garam secukup rasa. Gaul dan biarkan ianya mendidih seketika lagi.
- Pecahkan telur ke dalam air mendidih tadi gaul rata.
- Masukkan misua dan gaul sehingga semua bahan bergaul rata.
- Setelah ianya masak bolehlah ditutupkan api dan angkat.
- Hidang bersama hirisan daun salad,telur separuh masak ( jika suka ), hirisan cili merah, bawang goreng dan kicap pilihan.
:: ** NOTE ~ Boleh juga dicampur bahan seperti daging cincang atau isi ayam cincang.
owh my peberet misua ni.. sentiasa ada jer stock kt umah.. :)
ReplyDeleteAs salam....serius kakpb tak tau rupa meesua mcmna. Kena google ni...hehe..
ReplyDeletesuka jugak makan misua ni tapi bila masak selalu kuah hilang...kenapa ye sis? salah skill ke..
ReplyDelete@Shiela
ReplyDeletesama la kita... mmg kege aran semua ahli keluarga.. ;)
@zana fahmi
ReplyDeletewsalam akak... x per akak, skg nie google je dah dpt cari apa benda tu kan akak... diana pun sama.. kalu x tau google je kan.. ;)
@Bazlia Amoza
ReplyDeletemayb airnya tak culup byk tu... biasanya misua tu sendiri akan mengeringkan kuahnya.. sebab diserap oleh misua tu... jadi kena la lebinkan sedikit airnya dan x perlu lama memasak setelah ianya dimasukkan dlm sup tu ya...