pages

Tuesday, December 1, 2015

~ Stir-Fried Beef Claypot Rice Recipe...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa kata, pagi ini terus sahaja kita semak resipi untuk entri kali ini... Tidak boleh banyak coretan sebab hari ini terlalu la sibuknya... Banyak benda hendak diuruskan... In Sha Allah.. Minggu depan bersiaran semula ya.. Jom semak resipinya...


STIR-FRIED BEEF CLAYPOT RICE
  
Bahan-Bahan
  • 600 gm daging batang pinang _ dihiris nipis
  • 6 keping cendawan shitake kering _ direndam didalam air panas, dipotong, cuci dan toskan
  • 2 tangkai daun bawang _ dipotong panjang 
  • 1 tangkai cili merah _ buangkan bijinya dan cincang

Bahan-Bahan A
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 3 inci halia _ dihiris nipis
  • 3 tbsp sos tiram
  • 6 tbsp sos cili
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak masak

Bahan-Bahan Perap
  • 1 tbsp kicap soya pekat manis Cap Ayam _ Sukatannya bergantung kepada jenama kicap yang digunakan
  • 1 tsp minyak bijan 
  • 1 biji telur 
  • 1 tbsp tepung jagung
  • Secubit baking soda 
  • Garam
  • Gula 

Cara-Cara
  1. Masukkan hirisan daging ke dalam mangkuk yang sesuai bersama bahan-bahan perap. Kacau rata dan perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seketika daging yang diperap tadi. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali / periuk yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi.
  4. Kemudian tambahkan bahan-bahan A, cendawan shitake dan daging yang digoreng tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan daun bawang dan cili merah cincang. Kacau rata.
  6. Tutupkan api dan hidang ketika ianya masih panas bersama nasi. 

** NOTE ~ Jika ingin gandingkan bersama Claypot Rice, boleh rujuk caranya di ENTRI INI 




No comments:

Post a Comment