pages

Friday, March 3, 2017

~ Resipi Daging Goreng Rangup | Daging Mentega Ranggup...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini hari entri tertangguh. Daging Goreng Rangup ini salah satu darinya. Ada lagi beberapa resipi yang menunggu giliran untuk di buat entri. Entah bila nak habis buat entri tu.. Asyik tangguh sahaja. In Shaa Allah.. Jika ada kesempatan dan sedikit masa nanti Diana akan buat entrinya ya.

Dulu Diana pernah kongsikan resipi Ayam Mentega Rangup di blog ini. Hari ini Diana kongsikan pula resipi Daging Mentega Rangup ya. Untuk resipi daging goreng rangup ini pun pernah Diana kongsikannya di entri Daging Bercili Rangup.

Tapi untuk memudahkan, Diana kongsikannya sekali lagi di entri ini. Apa kata kita semak dulu resipi Daging Goreng Rangup.


:: Entri lepas ~  Daging Bercili Rangup 

DAGING GORENG RANGUP

Bahan-Bahan
  • 500 gm daging batang pinang _ dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 biji telur
  • Secubit soda bikarbonat
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan A ( Digaul rata )
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 tsp lada berperisa Aji Shio
  • 2 tsp lada hitam berperisa Aji Shio
  • Garam

Cara-Cara
  1. Daging diketuk sedikit dengan menggunakan belakang pisau atau menggunakan penukul daging ( ketuk manja sahaja ya ).
  2. Kemudian campurkan daging bersama minyak bijan, perencah pati ayam, telur, soda bikarbonat, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. 
  4. Saluti daging dengan tepung ( bahan-bahan A ), kemudian goreng daging hingga masak kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Hidang bersama sos cili atau sedap juga di masak mentega ( untuk daging mentega, boleh rujuk resipinya di bawah ).


:: Entri lepas ~ Ayam Mentega Rangup 
DAGING MENTEGA RANGUP

Bahan-Bahan
  • Daging Goreng Rangup ( resipi rujuk di atas )
  • 2 tangkai daun kari _ dihiris
  • 4 biji cili padi _ dicincang ( boleh ditambah jika suka pedas )
  • 80 gm mentega ( boleh ditambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat daging tu ya )
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang
  • Sedikit gula

Cara-Cara
  1. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik baunya.
  2. Kemudian masukkan daging goreng rangup dan gula. Gaul sebati.
  3. Angkat dan hidang. 



    No comments:

    Post a Comment