Wednesday, February 29, 2012

~ Kek Coklat Puding Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM | 25 Comments so far
::  Yang atas tu gulanya terlalu hangus.. Hehehe...  ::

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Apa khabar hari ni? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu di rumah..

Pagi tadi Irfan nak Diana buatkan kek coklat untuk dia.. Terus Diana google resipi kek coklat.. Semasa singgah di dapur Akak Ummi ternampak entri Kek Coklat Puding Karamel. Wah tengok resipinya tak la susah sangat kan. Tengok pun macam sedap ( sememangnya sedaaap tau ). Bahannya pun semua ada di rumah ni..Tu yang buat pagi tadi tu..

Kek ni memang sedap. Menurut Akak Shiela resipi ni dikongsikan oleh Fara Shafiera. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni. Terima kasih  juga buat Akak Ummi dan Akak Sheila kerana mengetengahkan resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih.. 



:: Sumber Dari ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home   &  Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )


KEK COKLAT PUDING KARAMEL

(A) Bahan ( Gula Karamel )
  • 2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )

Cara-Cara

  1. Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).

(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila


Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat ).

(C) Bahan Kek Coklat
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * ( bahan * diayak bersama )
  • 4 biji telur _ blend hingga halus

Cara-Cara

  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
  5. Bakar pada suhu 160°C  selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 
  6. Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

::  Acuan yang Diana gunakan untuk kek puding karamel atas  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, February 28, 2012

~ Resipi Bihun Goreng.. Edisi Ulang Tayang :)...

Sheery Dream Cakes | 3:43 PM | 17 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Ermmm... Dah beberapa hari Diana tak bersiaran kan.. Maaf sesangat tau.. Sejak anak kecil Dianan demam hari tu Diana memang susah nak online.. Panas badan dia sekejap turun dan sekejap naik balik.. Sampai hari ni pun panas badan dia tak berapa ok.. Sememangnya kalau anak² tak sihat Diana pasti akan risau siang malam.. Tambahan lagi hubby pun baru jer balik dar KL.. Masa memang Diana seorang jer yang jaga.. Abang dia memang nak tolong tapi mana ler dia nak.. Diana jauh sikit mesti dia akan menangis.. manja sangat dengan Diana .. :)



Nak d jadikan cerita... Masa menjaga Irfan malam tu.. Diana memang tak berapa nak tidur pun.. tapi semasa anak Diana tidur.. Diana pun terlena kejap.. Bangun jer dari tidur, Diana rasa leher ni sakit yang teramat sangat... Nak pusing ke kiri pun tak boleh.. Kalau kami kat sini panggil salahau bantal.. :). Maknanya tersalah uratmcm tu..Tak tau apa panggilan kat tempat lain.. :). Sampai sekarang pun masih lagi sakit tapi dah kurang sikit.. Dah boleh pusing kiri dah.. Kalau tak.. Leher tu lurus jer kan.. Hahahaa.. Adeeh!! Baik ler.. Untuk kali ni Diana kongsikan lagi resipi ulang tayang... Cuma kali ni Diana bubuh kerang gantikan udang dan sotong.. 



Diana kalau makan bihun goreng nie memang suka makan bersama perahan air limau nipis... Sedap! Tapi tu selera masing² juga kan.. Ada yang suka makan dengan perahan air limau kasturi.. Terpulang ler yer.. Oleh kerana leher Diana masih lagi sakit... Nie ler hasil gambar yang d ambil dengan leher yang sakit tu... Heehee... Sakit mata nie tengok... Sana sini tak elok... Hentam jer ler kan.. Nie juga d sebabkan kamera yang biasa Diana gunakan tu sakit pula.. Haih!! Ikut tuannya juga kan.. Tuannya sakit.. Kemera pun sakit.. Hehehe.. Kena ler guna kamera yang satu nie.. Kamera yang paling tak pandai Diana nak gunakan.. Sebab kena setting sana sini... Adeeh!! memang kabur ler jawabnya gambar yang Diana ambil.. Huhuuu... Tapi ok ler kan daripada tak ada langsung.. Jadi layan jer ler gambar yang kabur ni.. :D. Untuk resipi ni nak tengok entri lepas boleh klik kat SINI yer.. Dan untuk kali ni Diana tambahkan sedikit sukatan sos cili tu.. Tapi Diana cnp juga ler resipinya kat sini yer..




BIHUN GORENG


Bahan-Bahan
  • 1 bungkus bihun _ direndam ( Diana guna bihun Cap Ayam Belanda dari Eka )
  • 100 gm dada ayam _ dihiris nipis
  • 100 gm daging _ dihiris halus
  • 250 gm sotong _ dipotong bulat ATAU gantikan dengan 1 tin kerang panggang Rex Brand
  • 200 gm udang _ dibuang kulit dan kepalanya
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • 275 gm frozen mixed vegetables ATAU gantikan dengan lobak merah dan frozen corn kernels 
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar _ dihiris kasar
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji cili merah _ dicincang
  • 2 tbsp cili kering kisar 
  • 3 tbsp sos tiram
  • 5 - 6 1/2 tbsp sos cili ( bergantung kepada selera masing-masing )
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis


Cara-Cara
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu. 
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula daging. Biar sehingga daging empuk.
  4. Masukkan ayam dan mixed vegetables. 
  5. Setelah ayam empuk bolehlah dimasukkan sotong, udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  6. Gaul dan masukkan cili merah.
  7. Masukkan bihun dan gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  8. Masukkan sedikit air. Gaul dan masak sehingga bihun garing.
  9. Angkat dan hidang.
  10. Taburkan dengan hirisan daun sup jika suka.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, February 24, 2012

~ Salad Ayam...

Sheery Dream Cakes | 7:39 AM | 11 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Dalam minggu ni sebenarnya Diana agak sibuk sedikit... Alhamdulillah.. Sibuk tu rezeki namanya kan.. :). Segala urusan dah  hampir selesai.. Maka hari ni bolehlah  online sekejap.. 

Baiklah.. Untuk kali ni Diana nak kongsikan resipi ulangtayang sebenarnya. Dulu pernah dah Diana kongsikannya di sini.. Cuma masa tu resipinya Diana hanya berikan resipi campak-campak sahaja. Oleh kerana beberapa hari ni agak sibuk , maka masak pun yang mudah-mudah saja. Nak sediakannya pun tak susah.. Jom semak resipinya.



SALAD AYAM

Bahan-Bahan A
  • 500 gm isi ayam _  dipotong kecil ( Diana guna paha ayam yang telah dibuangkan kulit dan tulangnya )
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-Bahan B
  • 1/2 biji bawang bombay _ dihiris halus
  • 2 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong 12 
  • 1 batang serai _ dihiris halus ( ambil bahagian yang putih sahaja )
  • 1 biji cili merah _ buangkan bijinya dan dihiris halus
  • 1 - 2 biji cili padi _ dihiris ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • 2 tangkai daun sup atau daun ketumbar _ dihiris halus
  • 3 tbsp jus limau kasturi
  • 2 1/2 tbsp sos cili Maggi
  • 1 tbsp sos tomato

Bahan-Bahan lain
  • Daun salad
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan gaul rata. 
  2. Perap selama 30 minit - 1 jam ( Diana perap selama 1 jam ).
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  5. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan B di dalam mangkuk besar.
  6. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidang bersama daun salad.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Sunday, February 19, 2012

~ Kek Batik Arora Bertukar Wajah...

Sheery Dream Cakes | 9:13 PM | 24 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Petang tadi Diana buat ler cupcakes untuk dibawa pergi e kenduri jiran... Sebenarnya ni Diana buat ikut resipi Kek Batik Arora.. Oleh sebab Diana nak bawa pergi kenduri malam nanti.. Diana bubuh dalam cawan kertas.. Jadi ler cupcakes pula.. Hehehe.. Yer ler kan.. Kalau bubuh dalam cawan kertas ni ianya lebih senang dan sesuai untuk dihidang  untuk tetamu.. Tadi Diana buat 2 adunan resipi Kek Batik Arora ni.. Kalau ikutkan resipi asal kek nie mempunyai 5 perisa yang berbeza.. Tetapi Diana hanya bubuh 4 perisa jer sebab bubuh dalam cawan kertas tu.. Rasanya kalau bubuh dalam cawan kertas tak perlu ler bubuh banyak warna sangat kan.. Kek ni memang lembut dan sedap... Dah ramai dah mencubanya kan.. Rata-rata mengatakan kek ni sedap.. Tu yang tak tahan tu tengok.. Memang dah lama tergoda cuma belum ada kesempatan lagi nak buat.. 


Baik ler.. Terima kasih buat Cida kerana sudi berkongsi resipi ni... Terima kasih juga kepada semua yang telah mencuba kek ni kerana membuatkan Diana tergoda dan teruuus tergoda.. Hehhehee.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer... Terima kasih... 



:: Resipi Oleh ~ Cida @ De Nuanza  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Abang Ady @ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,  Akak Ita @ masam manis,  Akak Ummi @ Home Sweet Home,  Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan,  Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku,  Akak Sheila @ Nshafeareen  &  Quinnie @ qasehqu quinnie  ( TQ )


KEK BATIK ARORA
Guna loyang bulat 8 inci   

Bahan-Bahan 
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan ( Diana pun bubuh 3/4 cawan )
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovalette


Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C . 
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  3. Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
  6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
  7. Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi )  hingga habis.
  8. Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
  10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
  11. Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
  12. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
  13. ** Cara Diana pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga  masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>