Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Alhamdulillah.. Diberikan kita peluang bersua lagi hari ni walaupun hanya di alam maya... Beberapa hari yang lepas.. SBK terpaksa berehat seketika atas sebab yang tidak dapat d ielakkan.. Maaf sesangat tau.. Memang terasa rindu sesangat kat semua orang.. Namun keadaan yang tak mengizinkan membuatkan rindu tu terpaksa dipendam.. Huhuuu...
Alhamdulillah.. Diberikan kita peluang bersua lagi hari ni walaupun hanya di alam maya... Beberapa hari yang lepas.. SBK terpaksa berehat seketika atas sebab yang tidak dapat d ielakkan.. Maaf sesangat tau.. Memang terasa rindu sesangat kat semua orang.. Namun keadaan yang tak mengizinkan membuatkan rindu tu terpaksa dipendam.. Huhuuu...
Pagi ni tadi memang ada niat nak online.. Namun bila seawal pukul 7am menerima call hubby yang mengatakan Irfan mengamuk kat sekolah.. Nak ikut hubby balik :D.. Terus hilang niat nak online tu.. Risau berpanjangan sehingga ler saat bertemu Irfan semasa ambil dia balik sekolah tadi.. Al-Kisahnya macam ni.. Hari ni mereka kena pakai baju sukan.. Tetapiii.. Mummy dia ni teeersilap pakaikan baju.. Aduuh!!! Kasihannya Irfan.. Pasti dia malukan .. :(. Kecuaian ni berpunca apabila Diana terlewat bangun sebab migraine melanda beberapa hari ni.. dan bergegas sediakan sarapan dan kebetulan pula Irfan meminta popia jejari ketam pagi tadi.. Makanyaaaa.. Apabila semua dibuat dalam keadaan kelam kabut.. Sampaikan hari ni kena pakai baju sukan pun Diana terlupa.. Kasihan Irfan menangis kat sekolah.. :( Sorry Irfan Cayaaang...
Baik ler.. Dah habis cerita Irfan cayaang... Kita beralih pula kat cerita Kek Batik Coklat Cheese Pesona yang sedap ni... Hari tu nampak Izah buat kek ni.. Idea yang sangat menarik kerana Izah gabungkan 2 resipi kek iaitu Kek Batik Coklat dan Kek Lapis Cheese Persona menjadi 1 resipi... Ternyata ianya memang sedaap... Terima kasih buat Izah dan kepada tuan empunya resipi asal kerana berkongsi resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih...
KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA
Lapisan Coklat ( Kek Batik Coklat Beragar - Agar )
:: Olahan Oleh ~ Izah ( TQ )
:: Resipi Asal ~ Mylla @ My Resipi ( TQ )
:: Idea Oleh ~ Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa ( TQ )
:: Sumber Dari ~ HaSue @ I Love My Life ( TQ )
Bahan-Bahan
- 2/3 cawan air
- 1 sk serbuk agar-agar
- 250 gm butter
- 125 gm milo
- 3 sb serbuk koko
- 1/2 sk serbuk nescafe
- 1/2 tin susu pekat ( tin 505gm ) _hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing²
- 1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit
Cara-Cara
- Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
- Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar². Kacau sehingga cair ( *kacau hingga serbuk agar² larut dan air mendidih ).
- Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali.
- Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya sebati.
- Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi. ( *boleh rasa cicip kemanisan yang disukai ).
- Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar² ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal ).
- Boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
- Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
- Ulangi langkah No. 7 dan 8 sehingga adunan habis ( Diana tinggalkan sedikit adunan coklat untuk lapisan terakhir selepas lapisan cheese ).
- Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Potong dan siap untuk dihidangkan.
- *Untuk kek batik coklat beragar² ini tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti ais, sudah boleh dinikmati dan dipotong.
Lapisan Cheese ( Kek Lapis Cheese Persona ) _ *izah buat half ( Diana buat 1 adunan di bawah )
:: Sumber dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam, Mas @ Duniaku, Zaliedana @ Diari Zaliedana dan Izah @ Izah Muffin Lover ( TQ )
BahanBahan ~ ( Saiz 9x9 )
A
2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE )
500 ml susu segar, dipanaskan
B
500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Cara-Cara
A
2 bungkus biskut marie perisa coklat - lebih kurang 600 g ( ryo guna jenama LEE )
500 ml susu segar, dipanaskan
B
500 g cheese cream ( Philadelpia / Tartura )
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Cara-Cara
- Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
- Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
- Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik / kertas minyak / baking paper.
- Panaskan susu segar, padamkan api.
- Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu ( suam-suam panas ). Terus susun dalam bekas. ( Celup 1 saat je tau ).
- Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
- Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
- Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
- Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese. ( Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas-ramaskan je dalam penapis tu.. jadi serbuk lah ia.. )
- Tekan-tekan sikit permukaan tu dan masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
:: Ini pula cara yang Diana buat untuk mengabungkan 2 resipi di atas ~
- Keluarkan lapisan coklat ( kek batik coklat beragar-agar ) dari peti ais dan susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan coklat.
- Ratakan adunan cheese di atasnya ( Diana tuang adunan tu sekaligus ).
- Kemudian susun biskut marie di seluruh permukaan lapisan cheese.
- Ratakan lapisan coklat ( adunan kek batik coklat beragar-agar ) di atasnya.
- Masukkan ke dalam peti ais semalaman.
- Hidang bersama Salted Caramel.
Diana hidang bersama Salted Caramel.. Tu pun kebetulan Diana juga buat untuk Choc Salted Caramel Cheesecake... Untuk resipi kek tu nanti baru update eh.. Hehhehee... Terima kasih buat Izah kerana idea gabungkan kedua resipi nie.. hasilnya memang sedaaap!!!