Saturday, November 14, 2015

~ Resipi Jus Tembikai Mint...

Sheery Dream Cakes | 7:30 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buah tembikai sememangnya sedap dimakan atau dibuat jus khususnya pada musim panas... Untuk rasa yang lebih segar , boleh campurkan dengan sedikit daun mint cincang ke dalam jus tembikai... Pasti anda semua sudah tahu cara menyediakannya bukan? 

Tapi apa kata kita tengok cara menyediakannya di sini pula.


JUS TEMBIKAI MINT
  
Bahan-Bahan
  • Tembikai ( kuning atau merah )_ buangkan kulit dan bijinya, dipotong dadu
  • Daun mint _ dicincang
  • Sedikit air sejuk
  • Ais secukupnya
  • Gula halus secukup rasa

Cara-Cara
  1. Masukkan tembikai, air dan gula ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Letakkan ais dan sedikit daun mint cincang ke dalam gelas.
  3. Kemudian tuangkan jus tembikai tadi dan sedia untuk dinikmati.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Jus Tembikai Susu...

Sheery Dream Cakes | 7:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lagi sekali bersiaran bersama Jus Tembikai.. Tetapi kali ini bersama Jus Tembikai Susu pula ya.. Jom terus semak resipi yang mudah ni...


JUS TEMBIKAI SUSU
  
Bahan-Bahan
  • Tembikai ( kuning atau merah )_ buangkan kulit dan bijinya, dipotong dadu
  • Sedikit air sejuk
  • Susu pekat secukup rasa
  • Ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan tembikai, air dan susu pekat ke dalam blender dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Letakkan ais ke dalam gelas dan tuangkan jus tembikai tadi.
  3. Sedia untuk dinikmati. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, November 12, 2015

~ Resipi Dalca Daging / Kari Sayur Campur Daging...

Sheery Dream Cakes | 12:00 AM | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... 

Hari ini bersiaran bersama resipi Dalca Daging / Kari sayur campur daging kegemaran kami sekeluarga.. Dulu Diana pernah kongsikannya di sini. Cuma dulu Diana guna makanan laut dan hari ini Diana gantikannya dengan daging pula.. Jenis sayuran yang ingin digunakan bolehlah digantikan dengan jenis sayuran kegemaran masing-masing.. Jom tengok resipinya..


DALCA DAGING
  
Bahan-Bahan
  • 500 gm daging _ dihiris nipis dan direbus hingga empuk ( jangan buang air rebusan daging )
  • 1 biji terung panjang _ dipotong 1 1/2 inci panjang, dibelah 2 dan belah tengahnya tapi jangan putus
  • 200 gm ubi keledek berwarna oren _ kupas kulitnya dan dipotong kecil
  • 3 tangkai kacang panjang _ dipotong 1 1/2 inci panjang 
  • Kacang dal _ direndam dan rebus hingga lembut ( Diana tidak bubuh )
  • 1 batang serai _ dititik 
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 tsp jintan manis
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 3 1/2 tbsp serbuk kari daging Baba's dicampur dengan sedikit air panas
  • Santan dalam kotak Ayam Brand secukup kegunaan
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Gula

Bahan-Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 40 gm udang kering _ direndam dalam air panas hingga lembut, bersihkan dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga 
  • 1 tangkai daun kari _ Optional 


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, jintan manis dan serai. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging bersama air rebusan dan tambahkan air jika perlu.
  5. Seterusnya masukkan ubi keledek dan masak hingga ubi separuh masak.
  6. Masukkan kacang panjang, terung dan kacang dal. Gaul rata dan masak hingga sayuran masak.
  7. Tambahkan asam gelugur, santan, perencah pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ianya mendidih seketika.
  8. Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

:: Gambar di versi lepas ::








BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, November 6, 2015

~ Resipi Lepat Pisang...

Sheery Dream Cakes | 9:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bertemu kembali di hari Jumaat penghulu segala hari.. Moga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah.. Syukur di atas segala nikmatNya.. 

Alhamdulillah.. Kelmarin sempat juga merasa kuih Lepat Pisang air tangan sendiri.. Sebenarnya Diana memang suka makan kuih ni.. Cuma Diana ni kurang mahir dalam bab membuat kuih tradisional.. Teringin sangat hendak makan kuih Lepat Pisang.. Tu yang mencuba sendiri membuatnya.. Google resipi kuih ni.. Memang banyak versi yang ada.. kali ini Diana mencuba resipi  Chef Hanieliza.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya akak.. Terima kasih..


:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza @ Hanieliza Cooking  ( TQ )

LEPAT PISANG
  
Bahan-Bahan 

  • 2 cawan pisang emas / berangan /montel lecek 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 s/b tepung susu _ ( Diana gantikan dengan santan dalam kotak secukupnya )
  • 2 s/b gula 
  • Garam 
  • Daun pisang _ ( layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci )

Cara-Cara

  1. Gaulkan semua bahan supaya sebati. 
  2. Letakkan dalam sesudu di atas daun pisang. Lipatkan. 
  3. Kukuskan selama 15 minit. 
  4. Sejukkan dan hidang.

 

BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>