Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Seminggu berlalu sudah cuti sekolah hujung tahun ini.. Pasti ibu-ibu seronok melayan permintaan anak-anak tersayang sepanjang cuti sekolah yang panjang ini kan.. Begitu juga Diana sendiri.. Syukur Alhamdulillah..
Dapur lebih meriah lagi bila mana segala aktiviti menyediakan persiapan untuk memasak dibuat bersama anak-anak.. Cuma kita hendaklah lebih berhati-hati ketika berada didapur dengan aktiviti memasak bersama anak-anak ya..
Salah satu menu yang boleh kita sediakan bersama anak-anak ialah nuggets.. Kali ini kita tengok pula resipi nugget ikan yang mudah tapi sememangnya kegemaran anak-anak di rumah ni.. Ada orang lebih suka hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain.. Resipi di bawah ini pula hanya menggunaka isi ikan yang dipotong kecil.. Ianya terpulanglah dengan citarasa masing-masing ya..
CRISPY FISH NUGGETS
Bahan-Bahan
- Beberapa keping ikan tenggiri atau ikan putih
- Telur _ dipukul ringan
- Tepung jagung
- Bread crumbs secukup kegunaan
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- Buangkan kulit dan tulang ikan. Potong menjadi ketulan kecil.
- Perasakan ikan dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Perap sekejap.
- Ambil kepingan ikan dan saluti dengan tepung jagung. Celup ikan ke dalam telur kemudian saluti dengan bread crumbs.
- Goreng ikan di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak kekuningan.
- Angkat dan hidang bersama mayonis atau sos kegemaran.
** NOTE ~ Anda juga boleh hancurkan isi ikan dan ditambah dengan bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih cincang, sayuran cincang, keju dan lain-lain.