Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari ni buat sarapan yang ringkas sahaja.. Senang saja nak buatnya sebenarnya… Jom tengok resipinya..
![]()  | 
| :: Yang ni kepunyaan anak kecil Diana.. Cuma sosej + keju bahan utama :: | 
BREAD MINI PIZZA
- Beberapa keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
 - Cheddar Cheese ( boleh tukar yang lain juga)
 - Sosej _ dipotong bulat
 - Mayonis
 - Sos cili atau sos tomato
 - Serbuk lada hitam
 - Sedikit mentega
 - Frozen mixed vegetables
 
Cara-Cara
- Satukan frozen mixed vegetables bersama mentega, sosej dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
 - Ambil sekeping roti dan letakkan campuran sausage tadi d atasnya.
 - Kemudian letakkan sedikit mayonis dan picitkan sos cili atau sos tomato.
 - Taburkan dengan keju di atasnya. Picitkan lagi sos cili atau sos tomato.
 - Bakar dan hidang.
 
::  Siap.. Senangkan Mini Pizza ni..  :: 
 | 



No comments:
Post a Comment