pages

Friday, September 16, 2011

~ Kek Kukus Lapis Masam Manis...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Selamat Menyambut Hari Malayisa kepada seluruh rakyat Malaysia.. Hari ni cuti kan.. Pasti ramai lagi yang buat rumah terbuka kan... Hari ni Diana juga ada menerima 2 jemputan rumah terbuka petang ni.. Terima kasih kepada yang sudi menjemput tu ya. :) 

Baiklah... apa kata kita terus semak resipi kek kukus lapis masam manis ini...



Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah...


 ::  Cream crackers tu hendaklah dikisar halus..  ::


Cara melapis ~ Mula² tu ambil sedikit adunan hijau dan ratakan.. Kemudian d kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi ( cucuk beberapa lubang sahaja ya.. lupa plak nak ambil gambar semasa buat tu.. huhu ) dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes d atas kek tadi..



Setelah itu.. ambil sedikit adunan berwarna merah pula dan ratakan.. Kukus hingga kek masak.. cucuk dengan lidi dan tekan dengan lembut permukaan kek menggunakan sudu plastik lembut.. Susun haw flakes dan bubuh sedikit lagi adunan berwarna hijau dan ratakan.. Kukus hingga kek masak... Buat begini sehingga adunan kek habis. 




KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS



Bahan-Bahan 
  • 5 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula halus boleh guna gula kastor 
  • 1/2 tin kecil susu pekat ( krimer manis cap junjung )_ Diana bubuh 194 gm 
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tsp baking powder
  • Haw Flakes secukupnya
  • Pewarna hijau, merah dan kuning _ ( kali ini Diana hanya bubuh warna merah dan hijau )



Cara-Cara 
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
  5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
  7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.





21 comments:

  1. senang je resepinya...tapi perlu sedikit kesabaran la nak melapis satu2 tu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Diana,
    kalau kek kukus asam manis mmng kegemaran akak..tak kisahlah resepi letak biskut ataupun tidak, mesti akak suka punyer..akak suka asam manis tu...fulamak kek Diana ni buat akak betul2 tergoda daaaaaa....

    ReplyDelete
  3. cantiknya.. rajin sungguh diana melapis-lapis ye..
    mintak sikit.

    ReplyDelete
  4. mengancamnyer kek lapis k'diana ni.....ada ye haw flakes 4 segi..lum pernah tgk kak..rajinnyer akak kita ni

    ReplyDelete
  5. nampak menyelerakan dgn color hijau & merah...rajin Diana melapis ya..

    ReplyDelete
  6. waaa... sedap kek nih... k.gee pernah buat dulu tp tak jd kek jd cam kuih lapis pulak... kek diana nmpk cantekk....

    ReplyDelete
  7. rajinnyer.. tun tiap2 kali wat kek lapis mesti rasa mcm nk stress.. hihi.. kekurangan kesabaran sket la. cantik je lapisan akak.

    ReplyDelete
  8. salam diana - selamat hari raya..ALLAH menarik, nampak sedap..patutlah husband suruh buat..pasti sedap....berapa lama secara keseluruhan nak kukus diana.

    ReplyDelete
  9. Salam K Diana cayang....
    Rasa lama sgt x jenguk sini... rindu lah kat akak... ;)
    Nurul suka sgt kek lapis asam manis ni... tapi x pernah lagi cuba sendiri... tgk bhn2nya cam senang jgk yer... ader masa nanti nurul nak try jgk resepi K Diana ni ... :)

    ReplyDelete
  10. cantiknya kek Diana buat ni, gambar2 yang superb boleh buat sesiapa pun yang tengok terliur dengan kek tu..rajinnya Diana ni

    ReplyDelete
  11. Cm sangat suka kek asam manis ni.Mak Oii..cantiknya nya kejadian kek ni dan seperti biasa gambar yang sungguh sungguh cantik:)Selamat hari Malaysia!

    ReplyDelete
  12. salam..Selamat menyambut Hari Mesia...Rajinnya Kak Di melapis..cantik gak yaaa kombinasi dua kaler ni....

    ReplyDelete
  13. Tergoda lagi.. adeiii..
    Kemas betul awak melapis Diana :)

    ReplyDelete
  14. sy x de pengukus maka sy amik resipi ni dan bakar...otw buat untuk raya...haha harap2 menjadilah... tengah melapis2 lagi ni...nanti kalau jadi sy update semula...btw thanks tauu <3

    ReplyDelete
  15. sedapnyee... jadi lapar pulak :)
    saya kena bookmark blog ni, buat datang setiap hari, ini pertama saya datang sini.

    Indonesia :)

    ReplyDelete
  16. Sy dh cbe plbgi cara org wat kek ni....sume ok...trmsuk yg ini...kini..sy srig trime tmphn kek asam mnis gak..tp kcil2an sj..sbb sy bekerja..

    ReplyDelete
  17. Fuh menusuk qalbu.....mesti ada kesabaran yg tinggi nk buat kek ni.....

    ReplyDelete
  18. Skng tgh kukus kek ni..minta2 mnjadi la hndaknye

    ReplyDelete
  19. maaf tanya, tapi tak perlu letak tepung ke? Thank you..

    ReplyDelete
  20. @Anonymous

    Oo tak perlu bubuh tepung... Sbb dlm resipi tu dah bubuh biskut kisar ya... :)

    ReplyDelete