pages

Wednesday, November 2, 2011

~ Sup Ayam Hadnyai...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Sup Ayam Hadnyai ni memang sedap. Makan bersama nasi putih panas dan hirup supnya panas-panas lagi, memang terbaik! 

Sup Ayam Hadnyai ni Diana masak lebih seminggu yang lepas kalau tak silap Diana. Masa tu Diana kurang selera nak makan. Bila tengah selongkar dapur Akak Nor , ternampak gambar Sup Ayam Hadnyai tu terus teringin nak makan.. Terus masak Sup Ayam Hadnyai ni. Memang sangat sedap dan membuka selera. Diana makan nasi putih dan bubuh sup ayam ni banyak-banyak. Sedap!

Terima kasih kepada tuan empunya resipi pyhonda kerana berkongasi resipi ni. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni ya akak... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. Terima kasih...




:: Resipi Oleh ~ pyhonda @ MyR  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ )


SUP AYAM HADNYAI

Bahan-Bahan
  • Sebelah ayam _ dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun dan batang sadri _ ( Diana tak bubuh )

Bahan-Bahan Ditumbuk Lumat
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 biji cabai 
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Cara-Cara
  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat ( bawang putih, bawang merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih ), bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa ke dalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata . Tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri. Taburkan pada hidangan. 
  6. Perahkan sedikit limau nipis semasa menghidang.




17 comments:

  1. salam D, sup ni mmg best sgt makan bila time tak sedap mulut atau badan tak sihat.. masam2 pedas nya tu kan.. teringat kat arwah FIL, dia mmg suka kalau k.nor buatkan sup ni utk dia ...

    ReplyDelete
  2. salam Diana...wah nampak menyelerakan betul la...yg sedulang tu meh ler anto sini yer...hehehe

    ReplyDelete
  3. k.nor ~
    Salam akak..
    a'aa akak.. memang best sup nie... masih terasa lg keenakannya ... layan lagi masa x der selera ari tu... memang membuka selera ler sup nie akak... :).. terima kasih akak nor cayang..

    ezadlieza ~
    hehehee... bole2.. nnt diana masak yg baru yer.. makan panas2 baru sedap.. :D

    ReplyDelete
  4. kak diana cayang.. tun pun suka sgt sup ayam hadnyai nii.

    ReplyDelete
  5. tun_telani ~
    tu ler kan tun... sedap sgt kan sup nie... :)

    ReplyDelete
  6. Salam Diana,musim hujan ni sedapnya dapat hirup sup.

    ReplyDelete
  7. puan ros @ sinaranmenu.blogspot
    salam akak...
    a'aa akak.. mmg nest layan sup nie akak time hujan nie... :)

    ReplyDelete
  8. tak pernah try resepi sup ni (sebenarnya jarang masak lauk kt rumah) heheh...tapi kalau sup memang sedap makan dengan bubur.

    ReplyDelete
  9. opss... nest plak.. huhu.. * best * sebenarnya tu .. :D

    ReplyDelete
  10. nuwairani ismail ~
    sup nie mmg best nani... sedap sgt .. makan ngan bubur.. lg sedap.. :)

    ReplyDelete
  11. Dapppp..ujan2 hirup sup..tapi dengan nasi 4 mangkuk la, baru padat...kekeke..

    ReplyDelete
  12. D ni kalau masak ape pun sedap.. teringin akk nk hirup sup ayam D ni.. droolingggg...

    ReplyDelete
  13. Hai Diana..
    menyelerakan betul menu hari ni..semuanya macam mo ditry..

    ReplyDelete
  14. salam kak D... apa kabar? lame x jengnah dapo akak..sedapnye sup ayam ni.. kalo mkn blh tersandar kepengsanan... haha... mintak semangkuk.. hihi

    ReplyDelete
  15. salam diana,
    tengah2 demam sedap hirup sup macam ni. Hirup masa panas-panas. gerenti menitik2 peluh.
    sedappp...

    ReplyDelete
  16. sup ayam hadnyai...bestnya..sawadikappp...hihihi

    ReplyDelete
  17. ingatkan kalau nak makan resepi ini kena pergi Siam... he hehehh gurau aje, sedap ye Diana...sesuai sangatlah untuk orang yang suka makan sup, yang kurang sihat dan untuk orang yang sihat macam kak Amie juga...

    ReplyDelete