pages

Sunday, February 19, 2012

~ Kek Batik Arora Bertukar Wajah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Petang tadi Diana buat ler cupcakes untuk dibawa pergi e kenduri jiran... Sebenarnya ni Diana buat ikut resipi Kek Batik Arora.. Oleh sebab Diana nak bawa pergi kenduri malam nanti.. Diana bubuh dalam cawan kertas.. Jadi ler cupcakes pula.. Hehehe.. Yer ler kan.. Kalau bubuh dalam cawan kertas ni ianya lebih senang dan sesuai untuk dihidang  untuk tetamu.. Tadi Diana buat 2 adunan resipi Kek Batik Arora ni.. Kalau ikutkan resipi asal kek nie mempunyai 5 perisa yang berbeza.. Tetapi Diana hanya bubuh 4 perisa jer sebab bubuh dalam cawan kertas tu.. Rasanya kalau bubuh dalam cawan kertas tak perlu ler bubuh banyak warna sangat kan.. Kek ni memang lembut dan sedap... Dah ramai dah mencubanya kan.. Rata-rata mengatakan kek ni sedap.. Tu yang tak tahan tu tengok.. Memang dah lama tergoda cuma belum ada kesempatan lagi nak buat.. 


Baik ler.. Terima kasih buat Cida kerana sudi berkongsi resipi ni... Terima kasih juga kepada semua yang telah mencuba kek ni kerana membuatkan Diana tergoda dan teruuus tergoda.. Hehhehee.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer... Terima kasih... 



:: Resipi Oleh ~ Cida @ De Nuanza  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Abang Ady @ Ady Greatsword Empire Kitchen Recipes,  Akak Ita @ masam manis,  Akak Ummi @ Home Sweet Home,  Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan,  Akak Yatie @ Sinar Kehidupanku,  Akak Sheila @ Nshafeareen  &  Quinnie @ qasehqu quinnie  ( TQ )


KEK BATIK ARORA
Guna loyang bulat 8 inci   

Bahan-Bahan 
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis _ ita letak 3/4 cawan ( Diana pun bubuh 3/4 cawan )
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovalette


Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 160 - 180 °C . 
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inci.
  3. Griskan loyang dengan mentega dan alas dasar loyang dengan baking paper.
  4. Satukan tepung gandum dan baking powder..Kemudian diayak _ ketepikan.
  5. Dalam bekas mixer.. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang dan memutih.
  6. Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati.
  7. Masukkan telur sebiji demi sebiji ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu biji lagi )  hingga habis.
  8. Tutup mixer.. Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata.
  9. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.
  10. Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai. Gaul adunan rata.
  11. Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis. Setiap tompokan 1 senduk.
  12. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit - 1 jam atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna.
  13. ** Cara Diana pula.. bubuh adunan berselang seli dengan warna dan perisa berbeza ke dalam cawan kertas dan bakar menggunakan api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga  masak ( bergantung pada saiz cawan kertas yang digunakan ).




24 comments:

  1. walaweiii...cantiknya...
    tgh2 bw terpandang kek arora ni..x sangka lak ramai yg dh cuba...

    tp wat cara cup kek ni buatkan kiter terpaut hati lak...

    maybe pasni leh cuba wat cara ni lak...

    ReplyDelete
  2. @Cida de' Nuanza

    terima kasih cida d atas resipi yang sedaaap nie.. ^_^. kek nie mmg mmpunyai aura yg cukup hebat.. ;)

    ReplyDelete
  3. sungguh terpesona tgk CC sis buat nih..

    ReplyDelete
  4. As'salam D cantik dan menarik buat dlm versi cc,,,senang nak mkn x payang potong2....terus ambik seketul....

    ReplyDelete
  5. Malam Diana.. wah cantik nya kek, kek ini dah masuk di list nak di buat tapi belum tau lagi kapan mau buat nya.. ambil ini dulu yah buat tester.. hehe

    ReplyDelete
  6. cantik....menggoda la tapi xtau la bila bley buat nie....

    ReplyDelete
  7. mmg sentiasa terpegun dgn hasil tangan D.. sangat2 cantik! :)

    ReplyDelete
  8. waa...cantekkk...idea yang bagus buh dlm cupcakes...comey jer nampak. saya pun baru buat semalam...mmg sedap sangat. Lembut. Kena buat lagi ni...buat mcm ni pulak..

    ReplyDelete
  9. Diana cayangg...cantik kek Diana pun..rasanya sudah semestinya sodapp...

    ReplyDelete
  10. cantikkknya kek tu...
    berseri2 jerk...
    meh satu kak..he3

    ReplyDelete
  11. Salam kakak cantek! cantekkkk!!! nk2 ada setepek putih kat atas tu mmg ler bertambah sedap :D

    ReplyDelete
  12. cantiknya kak diana..alahai saya pun nak bagi gift jugak kat kawan sabtu ni kek arora ni...dah tengok akak letak dlm cup ni rasa nak buat cc lak kek arora nih....hehehe

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Assalam diana,
    waduh dari jauh akak tengok akak dah bekenan ler..ramai yang dah mencuba..akak tak sempat lagi ni..memang harus dibuat ni...cantik lah diana good idea buat dalam papercups nikan..nak makan pun senang ..

    ReplyDelete
  15. cantik! cumel2 je bila letak dlm cupcake. mmg sesuai jd gift kn,

    ReplyDelete
  16. as-salam Diana
    good idea...cantik warna cup kek Arora tu...

    ReplyDelete
  17. Hai Diana..
    Biarlah bertukar wajah tapi rasa maintain sedap..nyum..nyum...

    ReplyDelete
  18. As'salam Diana Manisss

    kenapa boleh terlepas pandang ada kek Arora ni. cantik cun melecunlah jadinya bila buat comel2 dalam cup ni kan.

    Tq Diana manisss sebab bagi idea, nanti nak buat macam ni jer senang tak payah nak potong2...hehehe. Muahhh!

    ReplyDelete