pages

Thursday, April 26, 2012

~ Ayam Laksamana...

Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Untuk entri kedua ni Diana ingin sajikan dengan resipi dari CMG... Resipi diberi nama Ayam Laksamana... Wah klasik gitu nama resipi ni kan... Rasanya tersangat la sedaaapnya. Anda pasti akan jatuh cinta dengan resipi ni.. Percayalah...

Ayam Laksmana ni dah lama sangat dah habis... Diana masak pada awal bulan nie. Masak pada 3hb April hari tu.. Terlupa pula nak kongsikannya di sini..  Sesiapa yang pernah cuba Ayam Ros Pandan resipi CMG juga... Lebih kurang macam tu ler rasanya.. Ayam Ros Pandan tu memang dah menjadi resipi fav kami sekeluarga... Dan yang terbaru ni pula Ayam Laksamana ni pun dah termasuk dalam senarai menu fav kami sekeluarga.. Anak-anak memang suka sangat makan ayam ni... Tak henti-henti mereka memuji kesedapannya. Terima kasih CMG kerana berkongsi resipi-resipi yang sedap... Izinkan juga Diana kongsikan resipi Ayam Laksamana ni di sini ya.. Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )


AYAM LAKSAMANA

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, saiz sederhana, potong ikut suka
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 camca besar gula melaka
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • 1 senduk nasi cili kisar
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 genggam kismis
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar-kasar
  • Sedikit gajus dan kacang pis untuk hiasan

Bahan Kisar Halus
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 3 biji buah keras
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 1/2 biji pala, diparut ( nutmeg )

Cara Membuatnya
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit. Gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 10 minit. Goreng ayam tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap-lembap saja. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus dan daun pandan hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing, tambah sos tomato dan sos cili, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kismis, gaul rata-rata dan tuang air. Kacau dan biar pekat, tambah garam secukup rasa dan gula melaka. Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur gajus dan kacang pis sebelum dihidangkan...




12 comments:

  1. oppppssss....jangan habiskan yer ayam laksamana tu, puteri hang Li Po nk datang makan nih...heeeee

    ReplyDelete
  2. Hai, D.. lepas sendawa nak nyanyi lagu Laksamana mati dibunuh ni, hihi..

    Nampak sedaplah, kena cuba.. nak beli ayam sekor dulu, kalu tak, tak cukup nanti ;)

    ReplyDelete
  3. wahhh..ada ayam laksamana pulak..
    sedappnya tengok kak...
    menyelerakan betoiiiii.....

    ReplyDelete
  4. Hai Diana,
    punyalah banyak ayam laksamana tu Diana masak... he he hehh habis dah ye, tak apalah Diana...lain kali masak lebih2 ye, tunggu kami datang serbu nak makan!

    ReplyDelete
  5. salam D...bestnya ayam laksamana tu, pekat pulak kuah dia..kalau buat ni anak2 Liza pun mst suka jugak....thnx D, liza salin resepi dulu yer....hihihihhi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Diana,
    adoyaiii wat akak terliur je tngk ayam laksamana ni, dah lama dok dlm list tapi tak terbuat2 gak..menyelerakan sungguh..leh cuba ni..

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaaaaaaaa....Diana cayang weeeyy..keluar ayam laksmana lak...ni laksmana mana nih? hehehe... Tp mmg nampak sedap...akak pun x ingat dah penah try ke blm resepi ni...rasa mcm pernah, rasa mcm belum...belum kot...haha. Nnt akak masak ayam nak try la resepi Mat nih... ^__^

    ReplyDelete
  8. salam diana
    nak kutip gajus tue dulu..pastu nak ratah ayam tue..pastu baru makn nasi..dan nk tambah dgn ayam lg..dan lagi..he hehee bolehh.:)

    ReplyDelete
  9. mmg dh dlm list dh resepi ni...jap lg jd pendekar la yer bile dh mkn lauk ayam ni...QH pon mcm Zila nak kutip gajus pastu bru ratah ayam tu...hehehe

    ReplyDelete
  10. cantik laa gambar ni kak diana..nmpk real aje...lagik2 tang ayam mcm nk tlg ratah aje hhehe

    ReplyDelete
  11. Tuah betul nama ayam nie,boleh masuk History Melaka..ehehe

    ReplyDelete
  12. Salam Diana comey.. gambar tu dahlah cantik... sangat menyelerakan... BW dengan mata kuyu perut kosong aje memang ler lapo! suka sangat tau! best! :))

    ReplyDelete