pages

Tuesday, July 24, 2012

~ Mee Goreng Udang Kering...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.... 

Diana ingin mohon ampun dan maaf sebab belum ada kesempatan untuk BW dan terima kasih kerana masih sudi meninggalkan komen dan singgah kat dapur Diana ni... InsyaAllah setelah sembuh sepenuhnya Diana pasti akan aktif seperti biasa... Maaf sesangat tau..

Baiklah.. Untuk entri kali ni Diana tak nak banyak membebel... Terus sahaja kita tengok resipi yang dah lama tertunggak ni... Resipi simple sahaja sebenarnya... Resipi ni mengikut selera bebudak di rumah ni... Jom selongkar resipinya...

::  Mee Mat Salleh  ::


MEE GORENG UDANG KERING

Bahan-Bahan
  • 2 bungkus Mee Sanggul Mat Salleh ( 100 gm sebungkus ) _ dimasak seperti arahan pada bungkusan
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 2 biji cili padi _ ditumbuk
  • 2 biji telur
  • Segenggam udang kering _ direndam dalam air panas dan tumbuk kasar
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • 1 tsp sos ikan
  • Kicap pekat manis Cap Ayam secukup kegunaan
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Masak mee seperti arahan pada bungkusan. Toskan. Gaulkan dengan sedikit kicap pekat manis. Ketepikan
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Goreng telur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tambahkan sedikit minyak jika tidak mencukupi. Masukkan bawang merah, bawang putih serta cili padi dan tumis hingga sedikit garing.
  4. Masukkan udang kering dan sedikit gula. Tumis lagi hingga garing.
  5. Setelah itu masukkan mee dan sedikit air. Gaul rata.
  6. Masukkan perencah pati ayam, sos ikan dan garam secukup rasa.
  7. Goreng sehingga garing.
  8. Sesuaikan rasa dan masukkan telur goreng tadi. 
  9. Angkat dan hidang.




13 comments:

  1. sedapnya me goreng..
    apa lagi letak udang kering..
    memang bertambah sedappp..
    selamat berpuasa kak diana...

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya !
    sy mmg suka mee sanggul nie digoreng, arwah abah sy slalu buat time sahur...dia sukakan kelainan time besahur tu......

    ReplyDelete
  3. Sedap nmpk mee kak diana tuh..agaknyer mee mat saleh xde kat semenanjung eks,sbb xpernh nmpk,ermm ke sy yg xpasan,huhu..Mee ke bihun goreng ltk udang kering mmg sdp kan kak diana..

    ReplyDelete
  4. asslm Kak Diana cyggg...bykkan berehat yer kak...semoga cepat sembuh...sedap tgk mee sangul goreng tu...mnarik resepi ni...

    ReplyDelete
  5. nmpk simple dan sedap jer,,kene try ni nanti,,nyummy

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak diana, moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  7. hari ini nak cuba resepi mee goreng Diana ni lah... mekacih D...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Diana:)
    Salam Ramadhan;
    Sedapnya...terliur Kak Lin..

    ReplyDelete
  9. I dapat rasakan mee ni sgt sedap sebab flavour udang kering tu mmg special.. gonna try this one day :)

    ReplyDelete
  10. I am so much excited after reading your blog. Your blog is very much innovative and much helpful.

    ReplyDelete
  11. sedapnya...terus rindu kampung..sb mama sy suka bt macam ni..nanti nak try la

    ReplyDelete