pages

Friday, March 15, 2013

~ Resipi Ayam Palembang...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini buat entri tertangguh lagi... :). Ayam Palembang ini sudah lama habis.. Baru hari ini berkesempatan update di blog.. Ramai juga yang dah mencubanya kan.. Resipi asal menggunakan daging.. Tapi Diana tukarkan kepada ayam... Terima kasih kepada tuan punya resipi dan kepada semua yang mengetengahkan resipi yang sedap ini... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih... 



AYAM PALEMBANG 

Bahan-Bahan
  • 700 gram daging _ potong lebar dan nipis ( Diana gantikan dengan ayam )
  • 2 batang serai _ dititik
  • 500 ml santan pekat _ ( boleh gantikan dengan kerisik ) _ Diana bubuh kerisik
  • 1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang ( Habhals ) _ Diana guna saus manis ABC + Karamel Pekat Klasik Loon Kee
  • Minyak


Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 15 biji cili kering

Rempah Penumis
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
  3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

:: P/S ~ Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik. 




11 comments:

  1. tangkap leleh...pasti dicuba nanti.

    ReplyDelete
  2. Adda suker sangat ayam dimasak mcmni..tp xpernah lgi cuba..

    ReplyDelete
  3. salam diana..
    memang sedap sgt2 msk palembang ni... bolehlah akak tukar ke ayam pulak... anak2 mesti suka..

    ReplyDelete
  4. Aduh Diana... rasa nk terbang ke Labuan makan ayam Palembang... amat menyelerakan...

    ReplyDelete
  5. Melly...sedapnyerrr...mkn dgn nasik panas2 lg walllahhhh....hihihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya..makan dgn pulut kuning pun sedap kan

    ReplyDelete
  7. sedapnya tengok ayam palembang tu...
    nnti mas nak try ayam pulak la..

    ReplyDelete
  8. waduhhhhh..nmpk sungguh menyelerakan...pasni nak cuba ayam pulaklah...semalam akak masak telur resepi ni..sedap gak..gara2 rasa kuahnya yg sedap sngt..boleh dipelbagaikan...kan..

    ReplyDelete
  9. lom pernah cuba resepi nie... selera tengok gambar nya...hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam, mintak izin pinjam gambo yek...
    my-mintroom.blogspot.com/2013/03/ayam-palembang-nasi-bolognese.html

    ReplyDelete