Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Bertemu kembali di entri kali ini... Entri ini tiada resipi masakan untuk dikongsikan... Hanya hendak kongsikan resipi bagaimana hendak edit gambar masakan sahaja... Entri ini Diana buat kerana memenuhi permintaan salah seorang dari pengunjung SBK supaya menerangkan bagaimana hendak mendapatkan tone effect yang diidamkan pada gambar masakan ...
Bertemu kembali di entri kali ini... Entri ini tiada resipi masakan untuk dikongsikan... Hanya hendak kongsikan resipi bagaimana hendak edit gambar masakan sahaja... Entri ini Diana buat kerana memenuhi permintaan salah seorang dari pengunjung SBK supaya menerangkan bagaimana hendak mendapatkan tone effect yang diidamkan pada gambar masakan ...
Sebenarnya Diana memang belum layak untuk semua ini sebab masih banyak perkara yang perlu Diana pelajari dalam bidang food photography.. Tetapi jika entri ini boleh membantu orang lain, apa salahnya Diana kongsikan bersama kan walaupun ianya tidak sempurna mana pun ( Diana pun tidak pernah belajar dalam bidang ini sebenarnya.. Huhuu ).. Ya la... bak kata orang.. mencari ilmu pengetahuan memang tiada sempadannya, walau di mana sekali pun.. Sampai bila-bila pun kita masih dituntut untuk menimba ilmu bagi memperbaiki diri... Betul tak? Jika silap tolong betulkan... ;)
Berbalik kita pada bab bagaimana hendak memberi sentuhan tone effect pada gambar masakan... Sebenarnya ada 1 cara yang sangat mudah... Hanya dapatkan Lightroom Presets untuk LR anda... Anda boleh buat sendiri atau beli di online.. Yang seronoknya anda masih boleh memiliki banyak LR presets secara percuma di online.. Hanya search free Lightroom presets..
Bagi mereka yang hendak mencipta presets sendiri dan memberi sentuhan tone effect pada gambar masakan mereka... Anda boleh ikuti tutorial Diana ini ya...
Sebagai contoh gambar Tiramisu di atas ini... Gambar ini Diana edit menggunakan Lightroom.. Jika hendak tahu lebih lanjut proses mengedit gambar dari mula hingga akhir... Boleh klik di SINI ( cara pertama ) .. Entri kali ini Diana akan terangkan cara lain selain cara yang sudah Diana terangkan dahulu itu.. Ya.. Memang ada cara lain lagi selain yang telah diterangkan dulu tu ya..
Seperti biasa.. Setting yang Diana berikan ini akan lebih elok untuk gambar dalam format RAW..
- Buat seperti yang Diana terangkan di SINI . Buat sehingga langkah No.6.
- Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Klik pada curve icon sperti yang bertanda oren di dalam gambar A di bawah.
:: Gambar A :: |
:: Gambar B :: |
:: Sebelum di edit ::
:: Selepas proses mengedit tone curve dan split toning ::
- Setelah itu, pergi ke bahagian Split Toning adjustments. Di sini anda boleh adjust Highlights dan Shadows sehingga anda berpuas hati dengan hasil yang anda inginkan.
- ( Buat sekiranya perlu sahaja ) boleh pergi ke bahagian Color di Adjustment panel dan adjust color seperti yang anda kehendaki.
- Langkah seterusnya boleh ikut Langkah No.8 dan seterusnya di SINI.
- Selesai semuanya anda boleh save preset ini bagi kegunaan akan datang.
:: Tone 1 ::
:: Tone 2 ::
Baiklah.. Hanya itu sahaja yang dapat Diana kongsikan bersama... Jika ada yang terkurang harap dimaafkan.. Al-maklumlah Diana ini mak budak baru belajar.. Jika salah tolong tunjuk ajar... Dan cara di atas yang Diana kongsikan itu merupakan cara kebiasaan Diana mengedit gambar di SBK.. Lain orang lain caranya kan? Buatlah mana yang boleh membuatkan diri anda berpuas hati dengan hasil karya anda.. Sampai ketemu lagi di entri yang lain..
Salam Sayang dari SBK....
Salam Sayang dari SBK....
3 comments:
Hebat!!!!
@Kjee
Biasa2 je akak... Terima kasih Kjee :)
hasilnya amazing diana....*two thumbs*
Post a Comment