Tuesday, June 19, 2012

~ Cara Edit Image Dalam Lightroom...

Sheery Dream Cakes | 10:05 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua di atas ucapan tahniah dan doa anda semua.. Alhamdulillah moga kita semua akan dirahmati olehNya.. :)

Baik ler.. Di atas permintaan... Entri kali ini Diana hendak terangkan bagaimana proses suntingan gambar yang Diana buat selama ini.. Jika ada kesilapan di dalam entri ini nanti... Kepada yang sudi tu tolong lah perbetulkan ya.. Hehhee... Maklum la ilmu photography yang Diana ada ni hanya la sedikit.. mak budak baru belajar... :). Jadi kalau boleh sama-sama lah kita belajar ya.. Masih banyak lagi yang Diana perlu pelajari dalam bidang ni..


Setelah siap mengambil gambar.. Seperti yang anda dah tahu, Diana ambil gambar tu dalam format RAW. Dulu di awal Diana berjinak dengan format RAW ni.. Diana fahaminya dengan cara = RAW bermakna MENTAH..Jadi, Diana umpamakan ia seperti makanan.. Misalnya ayam yang mentah. Sebelum ianya dinikmati kita perlu untuk memasaknya terlebih dahulu kan.. ;). Lepas tu baru lah boleh dihidang dan dinikmati.. Begitu juga halnya dengan format RAW ni. Raw files harus melalui beberapa proses terlebih dahulu sebelum kita dapat melihat hasil sebenarnya.. Diana guna Lightroom untuk proses file RAW ni.. Apa yang Diana buat adalah seperti di bawah ya.. 

  1. Import gambar ke Lightroom ( LR ).. 
  2. Kemudian pergi ke Develop dan klik Crop Overlay.. Lepas tu klik crop & straighten ( Diana guna 2 x 3 / 4 x 6 ).. Dah siap semuanya boleh klik Done.
  3. Lepas tu pergi ke User Presets.. Tengok kat bawah Navigator tu ya.. Pilih Preset yang anda nak guna tu.. Presets ni anda boleh membelinya atau download secara percuma online.. Tapi yang menjadi fav Diana ialah LR Presets dari ( klik untuk ke blog The Bell Sisters )   The Bell Sisters.. Iaitu LR Whiped Cream LR Preset ( KING Pack ) =  £37.99 GBP  dan  Soft Afternoon Glow Lightroom Preset ( DELUXE Pack ) £37.99 GBP.. Harga yang Diana letak nie adalah harga pada masa dan ketika Diana buat entri ini ya.. Harganya mungkin akan berubah-ubah tau.. Jika anda suka buat presets sendiri lagi baik kan.. ;).
  4. Klik kat Adjustment Brush.. Kat sini anda boleh ubah Exposure, Brightness, Contrast, Saturation, Clarity dan Sharpness sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
  5. Kemudian pergi ke Basic Panel.. Di sini Diana hanya tambahkan atau kurangkan Temp, Exposure, Brightness and Contras.
  6. Kemudian Diana tambahkan Clarity, Vibrance dan Saturation.
  7. Lepas tu, pergi ke Tone Curve. Diana setkan Point Curve kepada Medium Contras. Diana lebih senang guna fungsi " Adjust tone curve by dragging in the photo" . Tapi boleh juga hanya guna fungsi kat bawahnya tu yer.. Tengok kat Region : Tambah atau kurangkan atau biarkan macam tu sahaja setting untuk Highlights, Lights, Darks dan Shadow. Lebih senang guna bahagian ni bagi yang baru bermula. 
  8. Setelah itu, tambahkan atau kurangkan Noise Reduction dan Detail. Bermain dengan kedua setting ni ya.
  9. Untuk Contras Diana biasanya akan set kepada " 0 " sahaja.
  10. Lepas tu ubahkan Sharpening.. Ubahkan Amount, Radius, Detail dan Masking. Di sini kita perlu gandingkan juga dengan setting Noise Reduction tadi ya. Kena bijak bermain dengan Noise reduction, Detail dan Sharpening. + atau - kan sehingga mendapat hasil yang kita ingini atau kita berpuas hati dengan hasilnya. 
  11. Kemudian, Diana akan + atau - kan jumlah Highlight Priority kat Effects.
  12. Lepas tu baru la Diana Export image tu ( Setting untuk nie nanti kita sambung ya.. ).







35 comments:

Haidah Hyedah said... Reply

terkeluar jugak 'secret resepi' akak..thanks kak! :)

anymz said... Reply

terimakaseh for the info ya diana..^^

Shahriah Abdullah Novelis said... Reply

As'kum Diana cayang.. hadoiii rajinnya dia.. kisahnya selama ni nak edit gambar bukan main panjang kisahnya ya? hadoii kalau akak memang tak terbuat banyak kerja hehehe...

Akak pulak lepas snap gambar.. pilih gambar mana nak.. terangkan or gelapkan sikit.. buh watermark.. dah.. hah! camtu ler selama ni akak buat..

Diana punya TERBAIK!!!! TQ Dear berkongsi info..:)

HomeKreation said... Reply

TQ Diana kasi tips. Along ni lagilah buta ilmu2 photographing ni... LR3 tu Diana beli ke download free?

Unknown said... Reply

wahh hebat dan terperinci penerangan akak..saya belum mahir nak guna Lr3 dan 4 tu kak.kena study lagi ler kalau nak dapat gambar cun mcm ni.hehe btw. tq sharing:)

Nur-nba said... Reply

Soalan saya sama dengan Kak Alongroz. Terima kasih Kak Diana kerana sudi berkongsi ilmu.. No wonder kami terpukau dengan gambar2 dalam blog ni.. Susah juga nak edit gambar dan perlukan masa yang banyak.. Akak sememangnya rajin.. :)

Nina Mirza said... Reply

Terima Kasih Diana kongsi ilmu dan tips. Kalau Nina just snap-snap ajerr... Tak pandai nak main semua tu bagai~~
hehehe . . . .

Sheery Dream Cakes said... Reply

@~S.H.A.I~

Hehehe... Ilmu yg ada walaupun cuma sedikit jika d kongsikan bersama semua yg memerlukannya .. Ianya sudah cukup membahagiakan akak... Heheheh... ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@anymz

Sama2 Akak Anim... :)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Shahriah Abdullah Novelis

Wsalam Akak Sha...

Terima kasih Akak Sha cayaang... ^__^

Heheheh... Mcm nie ler kisah nya selama nie akak... Kalau d tgk mcm nampak susah n panjang jalan ceritanya kan akak... Tapi bila kita dah biasa buat tu tak der ler susah sgt akak... Kekdg diana hanya perlukan beberapa minit jer tuk edit 1 gambar... ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@HomeKreation

Sama2 Along... Ermm... Along lom ada lg LR yer... Along bole dwnload trial version dr adobe... Tapi nnt kena beli gak tu Along... Diana memang beli online semuanya termasuk adobe photoshop yg lainnya

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Nieza

Sama2 kasih Nieza ...x per nieza... Perlahan2... Nnt lama2 biasa ler tu kan.. Cuma kita kena rajin untuk xplore semua fungsi yg ada kat LR tu... Bila dah memahaminya... Pasti semua jadi semudah abc... ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Nur-nba

Terima kasih Nur-nba... Yer akak memang beli online... Jika nak cuba dulu bole dwnload trial version nya terlebih dahulu kan... Nnt terus2 beli kalau x pakai kang bazir gak tu... ;)

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Nina Mirza

Sama2 Nina.... Hehehehe... X per kita mula dr bawah... Perlahan2 memahami fungsinya semua... Nnt pasti Nina mahir.. InsyaAllah... :)

Anonymous said... Reply

I was suggested this blog through my cousin. I am now not positive whether or not this submit is written by means of him as no one
else know such particular approximately my trouble.
You are wonderful! Thanks!
Also see my web site - Wedding Photography Yorkshire

Nadia Elena said... Reply

Patut laa semua gambar makanan dalam blog ni nampak real jer..macam ada betul2 kat depan mata, rasa nak makan je...nyam, nyam, nyam ! =D

rahel said... Reply

Waw...resepi yang terbaik..percayalah...

Anonymous said... Reply

salam kak diana

aduhai, tina lightroom pun tak download lg hehe, guna photoscape je skrg ni

byk jugak kerja nya ye, tapi puas hati cantik hasil gambar

Unknown said... Reply

salam kak.. follower baru ni hehehe.. nak tanya berapa harga untuk download light room yg akak pakai tu? thanks yee :)

Farah Deeb said... Reply

Kite pun pakai Lightroom ni untuk wat story album tapi last kena masuk CS5 gak so kire Diana ni terer la sebab bleh habes kat Lightroom aje! Hihii.. bilelah daku nk khatam Lightroom ntah? Ahaks! My Latest Entry:
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

ogyep yummy mellow said... Reply

ADUH... term2 i.t. tu... ken browse tru baru faham agaknya... Anyway, TQVM..

Ummi said... Reply

Diana cayanggg...teruskan berkongsi, akak suka baca, sikit2 dpt gak info sbb susah nak suaikan camera x sama...hehehee... Akak faham camera akak jek taauu...teruk kan.. Apapun, gambar2 Diana mmg mantopss, meletupss...! Keep it up dear!

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

terima kasih berkongsi Diana.. selama ni akak cuma guna photoscape je.. yg lain mmg tak pandai lagi.. takde masa pun ye juga nak belajar.. hehe..

Subhie Arun said... Reply

wow....!!thx for sharing..v innovative!

penDragon said... Reply

Diana, I suka sgt dgn gambar2 you ni...sgt kreatif & cantik! I nk try belajar guna LR. Thanks for sharing...

Anonymous said... Reply

Assalamualaikum...

Saya Azlina dari Utusan Malaysia...

Nak tanya, macam mana saya boleh berhubung dengan Kak Diana ya... Saya juga ada add akak kat FB menggunakan nama Cahaya Nur'Alyn...

Saya berminat nak minta resepi untuk disiarkan di dalam Utusan Malaysia.

Unknown said... Reply

Akak ni boleh baca je Diana tulis tu. Fahamnya, tidak sgt.

Azian Elias said... Reply

bila baca N3 ni macam teringin nak amik class photography.

Qasey Honey said... Reply

asslm Kak Diana sygg...dh lama rasanye x ke sni...miss akak byk2...tq yer kak atas pkongsian ilmu ni...suka sgt2..paling tpegun tgk gambar icecream tu...cantik spi xtau nk ckp ape dh...terbaekkkk

amal said... Reply

Assalamualaikum. Hyee kak melle sayanggg :) renduuu nyaaa. bila start cuti sem baru bepeluang nak bukak2 belog masakan, Yeayy! suka nyaa :P

Unknown said... Reply

thanks for the tips..u are amazing. cantik sungguh gambar2 kat sini

ayunidati said... Reply

tq 4 the tips

Outbound di malang said... Reply

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Siti Zinnirah said... Reply

Assalamualaikum.. lama tak update blog?? busy ye..

Azie said... Reply

Cantik sgt sgt