Assalamualaikum dan Salam Jumaat yang mulia...
Bertemu kembali di entri hari ini.. Sebenarnya gambar-gambar kek ini merupakan entri pada tahun lepas di blog ini.. Tetapi resipinya Diana belum pernah kongsikannya di sini.. hari ini Diana kongsikan resipinya untuk rujukan ya..
The Fabulous Baker Brothers, sememangnya rancangan kegemaran Diana.. Jika ada resipi yang berkenan di hati pasti Diana akan rakam rancangannya.. Inilah salah satu resipi milik mereka yang pernah Diana cuba.. Resipi milik The Fabulous Baker Brothers ini memang menepati selera kami sekeluarga... Entah berapa kali sudah Diana membuat kek ini.. Ada sahaja permintaan ahli keluarga untuk kek ini.. Cuma untuk aisingnya tu memang agak manis di tekak kami.. Jadi, pandai-pandailah kurangkan gulanya mengikut citarasa masing-masing ya.. Diana kurangkan sukatan gula untuk aisingnya dan deko mengikut citarasa keluarga...
Blackpool Pleasure Cake
Apa yang Diana tulis di bawah mengikut terjemahan Diana sendiri dan apa yang Diana telah buat ya... Jika ingin menyaksikan sendiri cara mereka membuat kek ini, bolehlah klik link di bawah :)
:: Resipi Oleh ~ The Fabulous Baker Brothers ( TQ )
:: Resipi Oleh ~ The Fabulous Baker Brothers ( TQ )
Bahan-Bahan
- 225 gm mentega pada suhu bilik
- 300 gm gula kastor
- 5 biji telur
- 350 gm tepung naik sendiri
- 300 ml susu segar
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 175°C.
- Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan taburkan dengan sedikit tepung gandum. Ketepikan.
- Campurkan mentega dan gula. Pukul hingga kembang.
- Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan satu persatu ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri dan pukul perlahan hingga adunan sebati.
- Akhir sekali masukkan susu segar dan pukul hingga rata.
- Ambil 1/4 adunan dan warnakan dengan pewarna merah jambu atau warna kegemaran.
- Kaup balik adunan untuk mendapatkan marble effect dan masukkan adunan ke loyang.
- Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak ( bergantung kepada suhu oven masing-masing ).
** NOTE ~
Untuk aisingnya tu pandai-pandailah kurangkan gulanya mengikut citarasa masing-masing ya.. Diana kurangkan sukatan gula untuk aisingnya dan deko mengikut citarasa keluarga.
Bahan-Bahan Untuk Aising
- 550 gm gula aising _ ( Diana kurangkan sukatannya )
- 100 gm gula perang muda
- 250 gm mentega pada suhu bilik
- Esen vanilla / vanilla extract
- 1 - 3 sudu besar air panas ( + /- bergantung kepada citarasa masing-masing )
- Gula-gula / candy pilihan yang dihancurkan _ ( Diana tidak bubuh )
Cara-Cara
- Masukkan gula aising, gula perang, mentega dan esen vanilla ke dalam mixer.
- Putar sehingga rata dan kembang.
- Tambahkan air panas dan putar lagi.
- Sedia untuk digunakan.
Cara Melapis Kek
- Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
- Sapukan aising di atas sekeping kek dan lapiskan dengan sekeping lagi kek di atasnya. Jika anda menggunakan candy, bolehlah ditabur diatas aising tersebut sebelum melapis dengan sekeping kek.
- Buat begini sehingga kek dan aising habis digunakan.
- Hias mengikut kreativiti sendiri.
No comments:
Post a Comment