Assalamualaikum dan Salam Rindu dari Diana...
Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Sebenarnya hari ni Diana masih lagi dalam bercuti berblog tapi... disebabkan sayang Diana kepada anda semua Diana update ler 1 entri pada hari ni.. Lagi pun ada permintaan dari seorang kawan kat BBM ( Blackberry Messenger ) yang nak resipi nie secepat mungkin.. Nak buat kek ni hari ni katanya.. :). Ada juga permintaan dari kekawan kat fb kalau tak silap Diana kan..
Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Bersiaran bersama resipi Salt Cheese Crackers Ceam Cake.. Kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya ya... Resipi kali ni Diana ikut dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun ya Emiza... Halal ya.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini Emiza... Terima Kasih..
Apa khabar semua? Doa dan harapan Diana agar semuanya di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya... Sebenarnya hari ni Diana masih lagi dalam bercuti berblog tapi... disebabkan sayang Diana kepada anda semua Diana update ler 1 entri pada hari ni.. Lagi pun ada permintaan dari seorang kawan kat BBM ( Blackberry Messenger ) yang nak resipi nie secepat mungkin.. Nak buat kek ni hari ni katanya.. :). Ada juga permintaan dari kekawan kat fb kalau tak silap Diana kan..
Alhamdulillah bertemu kita kembali di entri kali ini.. Bersiaran bersama resipi Salt Cheese Crackers Ceam Cake.. Kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Cheese Persona.. Cuma ada sedikit perbezaan dari segi bahannya ya... Resipi kali ni Diana ikut dari blog Emiza's Life... Cuma kuantiti menteganya tu Diana kurangkan sedikit.. Ampun ya Emiza... Halal ya.. Terima kasih buat Emiza kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini Emiza... Terima Kasih..
:: Sumber Dari ~ Emiza's Life ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ skybluemelleymey ( Dalam tulisan merah )
SALT CHEESE CRACKERS CREAM CAKE
Bahan-Bahan
- 250 gm mentega _ ( Diana hanya bubuh 125 gm mentega )
- 250 gm cream cheese
- 1 cawan gula aising
- 170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil )
- 2 bungkus Khong Guan salt cheese crackers _ ( Diana guna salt cheese crackers + biskut marie perisa coklat Jenama Lee secukup kegunaan )
- 1 cawan susu segar atau susu jenis lain _ ( Diana guna susu segar )
Cara-Cara
- Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
- Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas... ( *** Yang Diana buat seperti versi Ryo ~ Panaskan susu segar sekejap dan padamkan api. Ambil sekeping salt cheese crackers dan celup sekejap ke dalam susu segar suam-suam panas tadi. Dan susun d dalam bekas. Buat begini pada keseluruhan permukaan bekas / loyang yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
- Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
- Ulangi proses No.4 dan No.5.. ( *** Untuk lapisan biskut yang terakhir, Diana pula guna biskut marie berperisa coklat yang dicelup di dalam susu segar suam ).
- Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing.
- Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
- *** Akhir sekali Diana buat seperti versi Ryo juga ~ taburkan dengan serbuk biskut marie berperisa coklat yang telah di kisar atau diramas-ramas dan ditapis ).
- Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.
*** Biskut yang Diana gunakan tu seperti di bawah ini ya...
24 comments:
haa dh ada pun resepi, tq Diana, dh sihat ke dik? harap2 tu dh ok lah ye..byk2 rehat!
agak2 cpt cair tak kek ni?..sbb leh buat nak blk kg ni..
sofea ~
sama2 akak.. hehhee... ^_^. Alhamdulillah hari nie dah semakin sihat wpun masih selsema dan batuk sedikit... terima kasih akak :)
tarabozu ~
kek nie memang cepat cair nie... lagi2 kalu buat lapisan adunan cheese tu tebal..
adoyaaaiii..... tis...tis...tis... menjejes airlioq dah ni...
bestnye...kelas u Diana..awal2 dah kena kek yg lemak berkrim.
cantiklah kek lapis Diana, kalau ada cream cheese gerenti sodappppppp...masuk list lagi ni..
salam D, tak sihat lagi ke? rindu dgn D kat blog dan fb hehe.. smoga cepat sembuh ya..
geram tengok kek ni.. tp nestle cream tu tak pernah jumpa la kat sini D.. nak sub dgn apa ya??
adoooi..kejus lagis:)
Assalam Diana,
kak Amie sampai....last flight dari L/Du... tak rugi sampai sini... ada CCCC....mmmm..yummy!
As'salam Diana
Semoga cepat sembuh Diana manisss, jaga kesihatan selalu ya.
Bila tengok kek ni teringat cream cheese yang dibeli masih belum terusik lagi. Emm..sengguh sedap memikat hati so yummyyy!
Menci sgt tau tayang kek yang Ya Allah tersangat elok kejadiannya..buat mieza terliur..nampak gayanya mieza kena follow....kena wat gak..tak tahan kak diana bushuk bushuk ni dok tayang...tergoda daku kakkkkkkk!!!
rindunya dengan kak diana....bestnye kek ni...nani dah beli cream cheese. cuma terfikir lagi nak buat apa...
aslmkm Kak Diana..dah sihat ke?
nak air tu kak..nampak dahaga tetiba nampak gelas tu, lagipun nak mintak kek sure dah licin kan..hehe
Aslmkm Diana. Wah, sedap ni. Kek ni femes kat Sarawak.
salam diana...
wahhh mesti sedap ni... keju2 ni mmg takleh tahan betul.... kalau ada dpn mata... mmg diet ke laut jwpnya... haha..
salam..kelihatan amat sedap la..
Cantiknya kak potongan kek tu. Mmg pakar kek betul la akak ni. Take care kak
Dlm 2 minggu ni.. kebanyakan blog masakan tersohor sebaris Diana, dah buat kek ni.. adeiii memang terpesona :)
boleh tunjuk packaging saltcheese tu macam mana ya?
omg heaven on earth!! love this cake soooo much!!!
do you want to follow each other?
visit my blog ^^
www.luchluchcraft.blogspot.com
kalau tidak guna Nestle Cream tu ok juga rasanya? susah la nak cari cream tu d sabah. ; )
@Anonymous
ermm.. x pasti pula.. sbb tak pernah buat lagi tanpa nestle cream.. tapi ada 1 resipi yang tak menggunakan nestle cream.. cuba tengok entri yang ini..
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/10/mood-ke-laut-jom-masuk-dapur.html
atau
http://skybluemelleymey.blogspot.com/2013/01/cream-cracker-salted-caramel-cheesecake.html
assalam sis.. tasha nk sgt biskut cheese tu.. kat malaysia ni xder biskut ni.. bole x saya nk order dr sis?.. thx yer..
@nazzem naqim izzalee
Salam.... Ermm akak minta maaf sbb akak pun sukar nak dptkannya... Skg akak pun x de stck biskut nie .. Kena p miri atau daerah2 lain kat sarawak dulu baru bole dptkannya... Huhuuu
Post a Comment