Monday, November 21, 2011

~ Kek Batik Lembik?...

Sheery Dream Cakes | 9:26 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana semoga semuanya sihat sejahtera..

Sebenarnya memang dah banyak kali dah Diana kongsikan resipi ni walaupun ada sedikit olahan dalam setiap resipi tu kan.. 

Kali ni pun Diana ada buat sedikit olahan pada resipi ni.. Nak tau apa pula yang telah diolah dalam resipi ni? Jom semak resipinya.. Ooo ya.. Sebelum tu.. Diana nak jawab pertanyaan beberapa orang kat fb yer berkaitan dengan Kek Batik ni.. Diharap dapat membantu.. Apa-apa pun.. nanti boleh inbox Diana kat fb tau sekiranya masih ada soalan ya.. Jangan segan-segan tau.. Diana akan membantu mana yang termampu.. ;)

Hampir semua soalan yang ditujukan berkaitan Kek Batik ni " Sampai bila kah nak masak adunan kek tu dan kenapa bila dah dipotong masih lembik walaupun dah simpan semalaman dalam peti sejuk? ".. Baik la.. Cuba perhatikan betul-betul gambar di bawah.

Gambar 1 → Ni adunan yang baru saja mula dimasak.. Perhatikan warna adunan agak pucat dan cair kan.. 

Gambar 2 → Di sini la punca segala kesilapan kenapa kek batik yang dibuat tu masih lembik walaupun sudah bermalam di dalam peti sejuk.. Ramai yang bubuh biskut tu atau melapis adunan kek ni bersama biskut semasa adunan kek nie macam ni.. Sebenarnya silap tu.. Apabila tengok adunan nie ianya masih lagi berwarna sedikit pucat dan lembik kan.. Seharusnya kita terus memasak adunan kek nie sehingga ianya bebetul pekat dan berketul seperti gambar no 3. 

Gambar 3 → Sekarang cuba perhatikan dan bezakan ketiga-tiga gambar di atas.. Perbezaan warnanya amat ketara sekali antara satu sama lain kan.. begitu juga kepekatannya.. Masa yang sesuai untuk melapis adunan kek nie dengan biskut atau bubuh biskut tu dalam adunan kek tu ialah ketika ianya betul-betul pekat, berwarna coklat kehitaman dan berketul seperti gambar no 3 tu..

Begitu la sedikit penerangan berkaitan masalah yang sering terjadi semasa membuat Kek Batik ni.. Diharap ianya dapat membantu ya.. ;) Sekarang kita tengok pula cara Diana melapis Kek Batik ni.. Cara Diana susun biskut tu ya..



Mula-mula ratakan sedikit aduan kek dan susun biskut d atas permukaan kek.. Kemudian lapis lagi dengan adunan kek dan ratakan.. Susun biskut dan seterusnya lapis dengan adunan kek lagi.. Buat begini hingga adunan habis.. Pastikan lapisan terakhir tu merupakan adunan kek dan jika suka boleh la ditaburkan dengan choc rice..

Sekarang tiba masanya kita semak pula resipi olahan menggunakan Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink dan sedikit serbuk koko.

::  Nestle nesvita 3 in 1 nutritious cereal drink  :: 



KEK BATIK


Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula _ ( kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal )
  • 1 1/2 cawan milo
  • 4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
  • 4 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
  • Biskut marie secukup kegunaan
  • Choc Rice secukupnya

Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita. Pukul adunan hingga sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice di atas kek.
  9. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong. Lebih elok jika dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
  10. ** Cara lain untuk melapis kek ~ Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  11. Kemudian susun biskut marie di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  12. Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum di potong.




23 comments:

Anonymous said... Reply

wahh nikmatnyaa kalau dpt makan sepotong nih...

ady said... Reply

AS-SALAM DIANA
this looks so lovely n awesome ..Yummy

Anna Qawina said... Reply

chantiknyaaa...akak nak sepotong je..bulehlaa..

hehe..selamat bercuti kak Diana, jaga diri & jaga kesihatan tau..jgn lama sangat tutup dapo, ingat kita tau..huhu

Anonymous said... Reply

kemasnya lapisan kek batik ni, dah lama tak buat

Amie said... Reply

cantiknya...kemas! tengok pun melopong terus....

tun_telani said... Reply

wahhhhh.. cantikk!!! tun xpernah buat kek batik yg lapisan dia jd cantik camni.
kak diana pandai mengubah hantaran ye. nnti blh la letak gambar nk tgk ^^

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Reply

salam diana..
cantik betul diana lapis kek tu.. kemas jer.. potongan kek tu pun kemas.. biskut meri tu diana lemaukan dulu ke? tak nampak pun berhabuk2 biskutnya.. kalau akak buat mesti ada habuk2 biskut bila dipotong.. hehe..

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak Diana,mmg nmpak sedap sgt n cantik sungguh lapisan kek akak,kemas jer..Akak kalo bab melapis mmg pakar sungguh..

Mamasya said... Reply

Aslmkum Diana

Cantik jadinya kek batik Diana..nampak sedap sggtt.ada tip nak bagi kek elok...bagus Diana kongsi sama...
lauk ayam kat bawahpun nampak sedap..

Juwita Jamaludin said... Reply

salam kak diana.. lawanya.. sungguh kemas kak.. suka ita tgk.. ita ada biskut tu rasa macam nak cuba je tapi banyak gak guna telur ye

EmbunRosaliza said... Reply

Assalam diana...cantiknya tersusun kemas je, mmg teliti diana buat kerja. tentu sibuk bila ada kenduri sedara terdekatkan dan badan pun mesti penat.

Selamat bercuti buat diana n famili, heheh taj g jumpa hasue ke

Ayu said... Reply

Assalam diana, wah cantik betul kek batik diana ni..rasa akak macam nak ambik aje sepotong ..dah lamam juga tak buat kek ni..tapi akak panggil puding batik marie..hehe

anymz said... Reply

cantik betul kek batik diana ni.akak dtg sambil lalu je ni diana..tak sempat nak baca sampai habis..nanti nak kena dtg lagi dan kaji kek batik diana ni balik sbb akak pernah buat terlembik..:))

Unknown said... Reply

terasa2 kat tekak nih nengok kek batik kak diana..

akak dtg bercuti ke sarawak area mana?kuching ke?miri?sibu?

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana..
Diharap Diana sekeluarga berada sihat sejahtera...

Mama pernah jgk buat kek batik nih tapi tak menjadi mungkin sbb adunan coklat tak sampai pekat macam yg ditunjuk oleh Diana..mungkin selepas ni akan cuba lagi ...

rahel said... Reply

Salam Diana
cantek dan menggoda sangat2 kek batik ni...len kali nak try pulak kek batik Diana...thanks kerana sudi share resepi kek kesukaan Rahel.

Unknown said... Reply

Assalam Kak Diana cyng, cantik sungguhla kak...memang terbaik dan semestinya sedap..sure suka irfan mkn tu. lama tak buat ni teringin la pula:)

Cendana Kasih said... Reply

dari sari ke sehari nk buat kek ni, tp masih tak terlaksana...ni dh baca tips, harap menjadi dengan elok..tq Diana !!

Ida,Japan said... Reply

kemas dan lawa jer kek batik akak ni...mcm2 versi dh akak buat kek batik ni kan...kek batik mmg sedap,yg tak der telur lg suka

E-na Zarina said... Reply

kemas kek batik k.diana...suka e-na tgk...ada bau telur tak kak?

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Di...Lama betul saya tak dapat BW kat sini dan banyak juga resipi2 best yang saya ketinggalan..Apa-apa pun tips yang akak bagi itewww amat berguna...Thanks....

nOOrsha said... Reply

huhuhu..sedapnye kak D...kek batik ngan rasa coklat yg mewah.. mmg sedap makan..hish ujan2 ni mmg lapar je.. masuk dapo org sume rasa cam nak bawak blik..sume sedap2.. hehehe

shafa ismail said... Reply

kalau x letak telur,jadi x kek batik ni? ada bau hanyir telur x masa makan kek ni?