Wednesday, November 2, 2011

~ Sup Ayam Hadnyai...

Sheery Dream Cakes | 8:30 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..  

Sup Ayam Hadnyai ni memang sedap. Makan bersama nasi putih panas dan hirup supnya panas-panas lagi, memang terbaik! 

Sup Ayam Hadnyai ni Diana masak lebih seminggu yang lepas kalau tak silap Diana. Masa tu Diana kurang selera nak makan. Bila tengah selongkar dapur Akak Nor , ternampak gambar Sup Ayam Hadnyai tu terus teringin nak makan.. Terus masak Sup Ayam Hadnyai ni. Memang sangat sedap dan membuka selera. Diana makan nasi putih dan bubuh sup ayam ni banyak-banyak. Sedap!

Terima kasih kepada tuan empunya resipi pyhonda kerana berkongasi resipi ni. Terima kasih juga kepada Akak Nor cayang kerana mengetengahkan resipi ni ya akak... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini. Terima kasih...




:: Resipi Oleh ~ pyhonda @ MyR  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Akak Nor @ Secubit Garam  ( TQ )


SUP AYAM HADNYAI

Bahan-Bahan
  • Sebelah ayam _ dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai _ ditumbuk untuk pecahkannya
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun dan batang sadri _ ( Diana tak bubuh )

Bahan-Bahan Ditumbuk Lumat
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 biji cabai 
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Cara-Cara
  1. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat ( bawang putih, bawang merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih ), bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa ke dalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata . Tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri.
  3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri. Taburkan pada hidangan. 
  6. Perahkan sedikit limau nipis semasa menghidang.




17 comments:

K.Nor said... Reply

salam D, sup ni mmg best sgt makan bila time tak sedap mulut atau badan tak sihat.. masam2 pedas nya tu kan.. teringat kat arwah FIL, dia mmg suka kalau k.nor buatkan sup ni utk dia ...

Lieza said... Reply

salam Diana...wah nampak menyelerakan betul la...yg sedulang tu meh ler anto sini yer...hehehe

Sheery Dream Cakes said... Reply

k.nor ~
Salam akak..
a'aa akak.. memang best sup nie... masih terasa lg keenakannya ... layan lagi masa x der selera ari tu... memang membuka selera ler sup nie akak... :).. terima kasih akak nor cayang..

ezadlieza ~
hehehee... bole2.. nnt diana masak yg baru yer.. makan panas2 baru sedap.. :D

tun_telani said... Reply

kak diana cayang.. tun pun suka sgt sup ayam hadnyai nii.

Sheery Dream Cakes said... Reply

tun_telani ~
tu ler kan tun... sedap sgt kan sup nie... :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana,musim hujan ni sedapnya dapat hirup sup.

Sheery Dream Cakes said... Reply

puan ros @ sinaranmenu.blogspot
salam akak...
a'aa akak.. mmg nest layan sup nie akak time hujan nie... :)

Nuwairani said... Reply

tak pernah try resepi sup ni (sebenarnya jarang masak lauk kt rumah) heheh...tapi kalau sup memang sedap makan dengan bubur.

Sheery Dream Cakes said... Reply

opss... nest plak.. huhu.. * best * sebenarnya tu .. :D

Sheery Dream Cakes said... Reply

nuwairani ismail ~
sup nie mmg best nani... sedap sgt .. makan ngan bubur.. lg sedap.. :)

Chah said... Reply

Dapppp..ujan2 hirup sup..tapi dengan nasi 4 mangkuk la, baru padat...kekeke..

dZana said... Reply

D ni kalau masak ape pun sedap.. teringin akk nk hirup sup ayam D ni.. droolingggg...

rahel said... Reply

Hai Diana..
menyelerakan betul menu hari ni..semuanya macam mo ditry..

nOOrsha said... Reply

salam kak D... apa kabar? lame x jengnah dapo akak..sedapnye sup ayam ni.. kalo mkn blh tersandar kepengsanan... haha... mintak semangkuk.. hihi

ibundo said... Reply

salam diana,
tengah2 demam sedap hirup sup macam ni. Hirup masa panas-panas. gerenti menitik2 peluh.
sedappp...

Liza said... Reply

sup ayam hadnyai...bestnya..sawadikappp...hihihi

Amie said... Reply

ingatkan kalau nak makan resepi ini kena pergi Siam... he hehehh gurau aje, sedap ye Diana...sesuai sangatlah untuk orang yang suka makan sup, yang kurang sihat dan untuk orang yang sihat macam kak Amie juga...