Sunday, April 8, 2012

~ Nasi Impit Goreng Udang...

Sheery Dream Cakes | 5:56 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum kita berbicara tentang resipi.. Diana nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua singgah di blog Diana ni walaupun tuan rumahnya tiada beberapa hari ni.. Juga ampun dan maaf dari Diana kerana belum sempat membalas komen dan BW.. Buat masa beberapa hari ni Diana hanya sempat singgah sekejap tanpa meninggalkan komen sebab masa terluang Diana online hanya sebelah malam.. Sebelah siang pula Diana hanya ada masa sedikit sebelah pagi.. selebihnya tu ada kerja yang menanti untuk d isiapkan.. Agak sibuk sedikit masa ni.. Namun bila masa Diana online sebelah malam.. Pasti hujan lebat dan guruh serta kilat sambung menyambung menemani.. Tak berani nak online lelama masa tu.. Sekarang ni pun guruh dah mula berbunyi.. Harap dapat selesaikan entri ni nanti.


Kali ni Diana nak kongsikan resipi ulang tayang... Hari tu masa singgah kat dapur Izah.. Diana terliur tengok Nasi Impit Goreng yang izah masak tu... Memang dah lama Diana tak buat Nasi Impit Goreng walaupun ada permintaan dari ahli keluarga Diana.. Bukannya apa... Sebenarnya tak berapa rajin nak buat nasi impit tu.. Ermm.. Tak buat sendiri nasi impit tu.. Hanya beli ketupat segera tu.. Heheheh.. Namun kerajinan tu tak dapat mengatasi penyakit M tu... :D. Akhirnya bila Izah tayang Nasi Impit Goreng kat dapur dia.. Barulah datang seru nak buatnya.. Cuma Diana buat ikut resipi Diana yang ada bubuh lobak asin tu.. Jom selongkar resipinya...



NASI IMPIT GORENG UDANG

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil )
  • 8 ekor udang bersaiz besar _ dikupas dan tinggalkan ekornya
  • 150 gm lobak asin ( preserved salted radish )
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
  • Sedikit taugeh
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 5 biji telur
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk merebus

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tsp sos ikan
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan-bahan A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil-kecil dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.

::  Kalau nak tengok versi lepas boleh klik kat    SINI  ::




10 comments:

izahdaut said... Reply

aduhhh lagi sedap nampak nyer nasi goreng kak D tu. skali imbas tadi ingat kue teow goreng.. akak ipar saya suke bagi lobak asin. tapi tak reti nak makan.. tak kene gaya kot. klau macam ni sedap la ye kak.. haishh bila2 nk try lagi la. sbb ada lagi nasi impit. hehe.. cume lobak asin la tak de. eh panjang lak bebel kat sini.. kiki

ibh_sue said... Reply

Kak Diana. . Sedapnya nasi impit goreng tu kak. Nak try resepi mcm ni kn time raya ja kot. Time2 mcm ni x da nak msk nasi impit. . Heeeeee

Gee® said... Reply

Ye lah Izah, ada iras2 kue teow goreng...ermmm bestnyaaaa

Sheery Dream Cakes said... Reply

@izahdaut

kalu anak2 akak mesti nak bubuh lobak asin campur ngan nasi impit goreng nie izah.. dorg mmg suka sesgt makan nasi impit goreng nie tapi tu ler kena bubuh lobak asin tu.. ermm.. lobak asin tu kalau goreng ngan telur pun ok gak tu.. akak ada juga perna kongsikannya dulu kat sini... http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/01/telur-lobak-asin_10.html

Sheery Dream Cakes said... Reply

@ibh_sue

Hehehe... kalu time raya tu pasti buat nasi impit kan sue.. mcm akak pun kalu nak rebus ketupat atau buat nasi impit nie hari biasa mmg rajin tu kurang ckit.. hehehehe

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Gee®

ermm.. diana pun baru perasan bila izah cakap mcm tu tadi akak... hehe.. ^_^

Unknown said... Reply

Assalam kak, nampak sedap sgt kak..saya tak pernah buat lagi nasi himpit goreng ni teringin lak cuba..nasi himpit ada tapi udang lak tak de nanti dah cukup bhn leh cuba ni..:)

Amie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
selalu juga tengok resepi nasi impit goreng, tapi belum pernah cuba buat... tapi memang nak try juga satu hari nanti.

Nadz Nazharzan said... Reply

Hai Diana.. Wahhh..meriahnya nasi impit goreng ni. Naz tak pernah buat nasi impit yg digoreng.. Sedap pulak nampak..

mrs kayrul said... Reply

kak diana, nasi impit goreng nie kayrul selalu buat time raya jer bila terlebih sudah nasi impit tue