Untuk entri ini Diana nak kongsikan resipi Satay Ayam Goreng... Tiada celoteh panjang yang hendak dikongsikan..Ok lah.. Terus sahaja kita tengok resipinya ya..
SATAY AYAM GORENG
- 4 keping peha ayam _ dibuang kulit dan tulangnya. Hiris nipis dan besar
- 3 tangkai daun kari _ dicincang
- Lidi secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-Bahan A
- 1/2 tsp serbuk cili
- 1/2 tsp serbuk kunyit
- 1 tbsp rempah kari _ ( Diana guna serbuk kari Ayam Brand )
- 1/2 tbsp serbuk ketumbar
- 1/2 tsp serbuk jintan manis
- 1/2 tsp serbuk jintan putih
- 1/2 tsp serbuk rempah 5
- 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix ( optional )
- 2 tbsp gula atau secukup rasa
- 1 tsp garam
- 2 tbsp tepung jagung
- 2 tbsp tepung kastard
- 2 tbsp tepung gandum
- 2 tbsp tepung ubi kayu
- 1 biji telur
Bahan-Bahan B ( Kisar Menggunakan Food Processor )
- 3 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang serai _ ambil bahagian yang putih sahaja
- 1/2 inci halia
- 1/4 inci lengkuas
Cara-Cara
- Campurkan ayam bersama bahan-bahan A dan B. Gaul rata.
- Cucuk sekeping isi ayam dengan lidi. Ketepikan.
- Buat langkah No. 2 sehingga isi ayam habis.
- Kemudian perap selama 2 - 3 jam atau lebih.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay ayam hingga masak.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
- Nikmati bersama sos kegemaran anda.
12 comments:
Aduhhh .....
Menyelerakan sungguh, terliur nengoknyer~~
salam kak diana
terliur2 tina tgk sate tu, nak nya tgk kan kuah dia tu, alahai sedapnya
Salam diana..
Sedap tengok satay itu..boleh cuba ni..
p/s Akak berkenan betul dengan pinggan ayan tu... mana beli.. mengingatkan memori akak bersama arwah nenek akak... makan guna pinggan tu :)
mak ai sedap...... yg dh siap ada?? haaaaa
haaaaa senang....xyah bakar2..hihihi
salam diana
akak ada soalan, adakah ayam digoreng bersama sekali dengan lidi...tak ke hangus lidi nanti
@Nina Mirza
;)
@Tina Othman
salam tina...
hehe.. makan cicah ngan kuahnya mmg best tu kan.. tp ada juga yg suka ratah gitu jer
@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
salam akak..
terima kasih.. ermm.. diana beli kat kedai cina di bandar labuan
@Leeza dayasari [santai leeza]
alamak.. dah abis dah.. hehehee.. nnt buat lg kita makan sama2 yer.. ;)
@faa.rosli
a'aa... goreng jer.. hehehee
@Anonymous
salam...
a'aa.. ayam digoreng bersama lidinya sekali.. lidinya tak hangus..
Post a Comment