Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Apa khabar hari ini? Doa dan harapan Diana moga semuanya sihat sejahtera hendaknya ya.. Hari ini Diana sekali lagi ingin berkongsi resipi ulang tayang... Sebenarnya hari tu ada komen yang ingin Diana buat entri step by step untuk resipi ini... Dukacitanya komen tersebut sudah terpadam dengan tidak disengajakan.. Diana mohon ampun dan maaf sekali lagi ya kepada semua pengunjung SBK yang Diana sayangi... Kalau Diana tidak silap permintaan tu daripada Noh Gyver.. Diana masih ingat komen tu walaupun terpadam dengan tidak sengajanya.. Huhuu.. Maaf tau.. Ermm.. Ingatkan komen sampai kek durian sahaja terpadam.. Rupanya banyak lagi komen yang hilang.. Huhuuu.. :(

:: Langkah 1 ~ Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atasnya ( Kali ini Diana guna roti biasa sahaja ).
:: Langkah 2 ~ Lapiskan dengan hirisan tomato.
:: Langkah 3 ~ Susun hirisan sosej yang telah digoreng di atas roti atau susun di setiap penjuru roti.
:: Langkah 4 ~ Taburkan parutan keju cheddar di atasnya.
:: Langkah 5 ~ Letakkan sekeping telur mata lembu di atasnya.
:: Langkah 6 ~ Taburkan lagi di atasnya dengan parutan keju cheddar.
:: Langkah 7 ~ Akhir sekali picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
:: Lepas itu bolehlah dibakar di dalam oven.
** Sekiranya anda ingin menambah hirisan sosej tu.. kenalah tambah juga kuantiti sosej untuk digoreng tau..
ROTI BAKAR TELUR & SOSEJ
Untuk 4 keping Roti Bakar Telur dan Sosej
Bahan-Bahan
- 4 keping roti Gardenia Breakthru _ dipotong tepinya
- 4 biji telur mata lembu
- 1 batang sosej
- 1 biji tomato _ dihiris nipis
- Mayonis secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Keju cheddar parut secukupnya
Bahan-Bahan Perap
- 1/2 tbsp sos tiram
- 1 tsp gula
Cara-Cara
- Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ( goreng sekejap sahaja ). Angkat dan hiris sosej kepada 16 bahagian. Ketepikan.
- Ambil sekeping roti dan picitkan mayonis di atas roti dan susun 2 hirisan tomato di tengahnya.
- Kemudian susun sosej di setiap penjuru roti.
- Taburkan keju cheddar parut di atasnya dan lapiskan dengan sebiji telur mata lembu dan taburkan lagi dengan keju cheddar parut.
- Setelah itu, picitkan sos cili dan mayonis di atasnya.
- Bakar di dalam oven sekejap.
- Hidang.
5 comments:
Sedapnya.. Harus buat. Thanks yer
seriusss....memengsan kan sungguh!!!!....
resepi yg senang dan ringkas tp menyelerakan..
bagus ni buat menu sarapan pagi anak ke sekolah...macam pkzza...
D buat sy lapar tau!!
Post a Comment