Tuesday, January 5, 2016

~ Resipi Makaroni Goreng...

Sheery Dream Cakes | 7:52 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Syukur kepadaNya kerana kita diberi peluang dan ruang untuk bertemu kembali di tahun 2016 ini.. Moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik dan selamat kembali ke sekolah buat anak-anak semua ya... Belajar rajin-rajin dan moga segala urusan pembelajaran anak-anak dipermudahkan.

Baiklah.. hari ini bersiaran dengan resipi Makaroni Goreng.. Resipinya boleh rujuk di bawah ya..


MAKARONI GORENG
  
Bahan-Bahan 
  • 250 gm makaroni _ masak seperti arahan di dalam bungkusan
  • 150 gm daging - dikisar 
  • 100 gm udang yang telah dikupas kulitnya
  • 1/2 batang lobak merah _ potong dadu
  • Segenggam udang kering _ rendam dalam air panas dan ditumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar _ dicincang 
  • 2 biji bawang merah _ dicincang
  • 4 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 tbsp cili kering kisar ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa )
  • 3 tbsp sos tiram
  • 6 tbsp sos cili maggi
  • 1 tsp perencah pati ayam tumix
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, udang kering dan cili kisar sehingga naik aromanya dan sedikit garing.
  2. Kemudian pecahkan telur satu persatu. 
  3. Setelah itu gaul sebati dan masukkan pula daging kisar. Biar sehingga daging empuk.
  4. Masukkan lobak merah. Gaul dan masak seketika. 
  5. Masukkan udang, sos cili, sos tiram, perencah pati ayam, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masukkan makaroni dan gaul sehingga semua bahan-bahan sebati.
  7. Angkat dan hidang.
  8. Taburkan dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar jika suka.

** NOTE ~ Cili kisar / Cili boh yang diana gunakan sememangnya tidak pedas. Jika anda menggunakan cili kisar yang agak pedas, boleh kurangkan sukatannya ya. 




0 comments: