Tuesday, February 21, 2017

~ Tuna Egg Bread Recipe...

Sheery Dream Cakes | 10:01 AM | |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dengan menggunakan resipi Gyeran-Bbang ( Korean Egg Bread ), Diana tambahkan tuna kedalam intinya dan jadilah ia Tuna Egg Bread. Kelmarin teringin hendak makan roti pizza tetapi tidak berapa rajin nak buat roti. Inilah sahaja jalan penyelesaiannya. Guna cara mudah. Buat untuk menu minum petang kelmarin. Alhamdulillah.. Sesuai juga dibubuh tuna dalam resipi ni. Cuma untuk kali ini Diana kurangkan sedikit sukatan gulanya.

Resipi intinya tu memang agak banyak ya. Diana buat untuk 5 kali adunan tepung tu. Jika hendak mencubanya, pandai-pandailah adjust sukatannya ya.. Heheh.. Jom semak resipinya..


:: Resipi Oleh ~ Maangchi  ( TQ ) 

GYERAN-BBANG ( KOREAN EGG BREAD )
Untuk 3 biji gyeran-ppang ( mini loaf pans 4 x 2 x 1½ inci )

Bahan-Bahan Adunan Tepung
  • 1 tablespoon unsalted butter _ cairkan ( untuk kali ini Diana guna salted butter yang telah dicairkan )
  • 3 tablespoons gula _ ( Diana bubuh 2 tbsp )
  • Secubit garam
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon vanilla extract
  • 1/2 cawan all purpose flour
  • 1/2 cawan susu
  • 1 biji telur

Cara-Cara

  1. Adunan Tepung : Satukan mentega cair, gula, garam, baking powder, vanilla extract, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
  2. Panaskan oven kepada 400°F ( 200°C ).
  3. Sapukan loyang dengan minyak ( Diana guna mentega dan taburkan sedikit tepung ).
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 1/2 penuh.
  5. Bubuh lof daging ayam, sosej, parutan keju cheddar atau keju pilihan. Pecahkan sebiji telur ke dalam adunan tepung dan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan lada hitam kisar di atasnya.
  6. Bakar di dalam oven selama 15 minit. ( Diana bakar selama 18 minit dan setelah ianya masak , biarkan di dalam oven selama 1 minit sebelum dikeluarkan ).
  7. Keluarkan dari oven dan nikmati ketika ianya masih panas.

:: Cara Diana : 
  • Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan. 
  • Satukan bahan-bahan cecair terlebih dahulu ( susu, mentega cair, telur dan vanilla ). 
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kering ( gula, garam dan tepung yang telah diayak bersama baking powder tadi ).
  • On kan mixer dan pukul hingga adunan sebati.

TUNA EGG BREAD  resipi oleh SheeryDreamCakes
Untuk 5 adunan tepung resipi di atas ( 15 biji )

Bahan-Bahan Inti
  • 1 tin Ayam Brand Tuna Hot Mayonnaise
  • 1 tin Ayam Brand Tuna Chunks in Mineral Water _ ditoskan
  • 8 tbsp mayonis
  • 1/2 biji bawang besar _ dicincang halus
  • Lada putih kisar
  • Garam 
  • Gula

Bahan-Bahan Lain
  • 15 biji telur
  • Sedikit daun sup _ dihiris
  • Cheddar cheese parut
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Lada putih kisar
  • Sedikit mentega 

Cara-Cara

  1. Satukan kesemua bahan-bahan inti dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan sedikit tepung.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang sehingga 1/2 penuh.
  4. Bubuh inti ke dalam adunan tepung dan parutan keju cheddar atau keju pilihan. Pecahkan sebiji telur di atasnya.
  5. Paipkan mayonis dan sos cili. 
  6. Taburkan hirisan daun sup dan lada putih kisar.
  7. Bakar di dalam oven selama 15 minit atau sehingga ianya masak. ( Diana bakar selama 18 minit dalam suhu 400°F ( 200°C ) dan setelah ianya masak , biarkan di dalam oven selama 1 minit sebelum dikeluarkan ).
  8. Keluarkan dari oven dan sapukan sedikit mentega di atasnya.
  9. Nikmati ketika ianya masih panas.




0 comments: