Friday, June 2, 2017

~ Kek Red Velvet / Kek Coklat Bersama Cream Cheese Frosting & Ganache...

Sheery Dream Cakes | 11:15 AM | | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dessert ni Diana buat kelmarin pagi untuk salah satu menu berbuka kami sekeluarga. Di bulan Ramadhan, biasanya kek sememangnya kurang diminati di rumah ni. Sebab itulah Diana buat kek sebelum tibanya Ramadhan. Ketika berbuka, pasti kuih muih juga dicari. Tetapi jika kek tu dibubuh dalam cawan atau jar, laju pula habisnya. Hehehe.. Mungkin kecomelannya tu membuatkan rasa ingin untuk menikmatinya.

Resipinya kek ni pernah Diana kongsikannya di sini. Tinggal gabungkannya sahaja dengan mana-mana frosting atau filling. Untuk kali ni Diana menggunakan Red Velvet cake digabungkan bersama cream cheese frosting dan ganache. Taburkan pula dengan cincangan biskut Famous Amos yang rangup tu. Ianya memang gabungan yang serasi di tekak ini.

Untuk keknya tu, anda boleh juga gunakan kek coklat. Kepada penggemar kek coklat, ianya memang berbaloi untuk mencubanya. Segalanya coklat bergabung dengan cream cheese frosting. 

Baiklah, apa kata kita semak resipi untuk entri ni.


Olahan Oleh ~ skybluemelley 

KEK RED VELVET / KEK COKLAT BERSAMA CREAM CHEESE FROSTING & GANACHE

Bahan-Bahan
  • Kek red velvet / kek coklat secukup kegunaan _ Resipi Kek Red Velvet boleh rujuk DI SINI / Resipi Kek Coklat klik DI SINI
  • Cream cheese frosting secukup kegunaan _ Resipinya boleh rujuk DI SINI 
  • Chocolate ganache _ Resipinya rujuk DI SINI ( untuk kali ni Diana bubuh sedikit garam di dalam resipi ni )
  • Cincangan biskut Famous Amos Secukupnya

Cara Melapis
  1. Potong kek mengikut saiz yang diingini dan letakkan ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian paipkan cream cheese frosting di atasnya.
  3. Curahkan chocolate ganache di atasnya.
  4. Akhir sekali, taburkan cincangan Famous amos choc chip cookies atau apa-apa sahaja yang menjadi kegemaran anda.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

::  Ini contoh yang menggunakan kek coklat  ::



0 comments: