Assalamualaikum dah Salam Sayang...
Pertama sekali Diana nak mohon ampun dan maaf sebab belum berpeluang lagi nak membalas komen dan BW seperti biasa... Ahad lepas Diana ada buat rumah terbuka lagi.. Jadi agak sibuk juga ler beberapa hari tu... Hari ni pun Diana masih sibuk sedikit dengan hal² yang lain.. Hanya sempat berfb jer hari ni.. Insyaallah lewat sikit nanti Diana akan BW juga yer...
Pertama sekali Diana nak mohon ampun dan maaf sebab belum berpeluang lagi nak membalas komen dan BW seperti biasa... Ahad lepas Diana ada buat rumah terbuka lagi.. Jadi agak sibuk juga ler beberapa hari tu... Hari ni pun Diana masih sibuk sedikit dengan hal² yang lain.. Hanya sempat berfb jer hari ni.. Insyaallah lewat sikit nanti Diana akan BW juga yer...
Pagi tadi Diana ada buat Kek Batik Cream Crackers.. Kek batik masa raya hari tu dah habis pun masa raya pertama... :). Tak sempat pun nak makan... Dia pun masa tu tak ingat sangat nak makan kek ni sebab dah sibuk dengan pelita-pelita dan suasana malam raya tu... Baik ler. Jom semak resipinya.. Sebenarnya sama jer resipi dengan kek batik yang lepas... Cuma kuantiti nestum Diana kurangkan... Dan kali ni Diana guna Cream Crackers pula... Hasilnya sama juga.. Tapi bagi Diana menggunakan Cream Crackers ni lebih sedap.. Tu bagi tekak Diana ler yer... Orang lain tu memang tak sama ler kan... ;)
Untuk kali ni Diana kurang rajin nak melapis biskut tu... Hehehehe.. Jadi Diana hanya gaulkan semasa adunan kek tu dah pekat ( macam gambar kat atas ni ).. tapi sekiranya belum biasa lagi menggunakan cream crackers ni sebagai biskutnya.. Yer ler biasanya kita menggunakan biskut marie kan.. Kalau digaul pun tak ler cepat hancur biskut tu.. Tetapi.. jika menggunakan cream crackers ni sememangnya jika kita tak berhati-hati semasa menggaulnya pasti akan hancur nanti... Jadi buat sesiapa yang pertama kalinya menggunakan cream creackers ni dinasihatkan supaya gaul dengan perlahan dan lembut-lembutkan ler tangan tu yer.. ;). Kalau tak pun guna kaedah melapis satu persatu seperti versi kek batik marie tu ..
:: Potongan memang tak kemas.. Sebab tak simpan dalam peti ais pun dah potong dah.. Hehehe.. Dah tak sabar nak makan tadi... Sebaiknya simpan dulu kat peti ais yer sebelum dipotong..
KEK BATIK CREAM CRACKERS
Bahan-Bahan
- 6 biji telur
- 250 gm mentega
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan milo
- 1 1/2 cawan Nestle nestum original
- 1 tin kecil susu pekat susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
- Cream Crackers Hup Seng secukupnya _ ( Diana guna dalam 34 keping )
- Choc Rice secukupnya
Cara-Cara
- Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
- Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
- Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
- Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
- Taburkan choc rice di atas kek.
- Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong.
- Boleh juga dibuat seperti d bawah ni yer...
- Sediakan loyang yang telah dilapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
- Kemudian susun cream crackers di atasnya. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
- Taburkan atasnya dengan choc rice. Simpan di dalam peti ais sebelum dipotong...