Sunday, September 25, 2011

~ Udang Goreng Berempah...

Sheery Dream Cakes | 6:17 PM | 19 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Bosan sungguh rasanya petang nie.. Jumaat lepas Diana masak Udang Goreng Berempah ni.. Resipi asal menggunakan sotong... Resipi ni datangnya dari dapur Akak Nor ... Masa ternampak entri Sotong Goreng Berempah tu.. Terus teringin nak mencubanya... Sememangnya sedap resipi ni...  Seperti yang Akak Nor beritahu di entri tu, InsyaAllah hasilnya menjilat jari.. Memang menjilat jari tau.. Hehhehe... Suka sesangat... Terima kasih Akak Nor kerana berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya akak... Terima kasih...

:: Resipi oleh ~ Akak Nor @ Secubit Garam ( TQ )
:: Nama resipi asal ~ Sotong Goreng Berempah

UDANG GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan
  • 500gm sotong _ ( Diana guna udang )
  • 3 ulas bawang putih ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 in halia ~ dihiris
  • 1 sudu besar cili mesin
  • 1 sudu besar rempah kari *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji tomato ~ dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara-Cara
  1. Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
  4. Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
  5. Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
  6. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
  7. Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
  9. Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
  10. Angkat dan hidangkan panas-panas.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sbb tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, September 24, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 4:46 PM | 16 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bersua kembali di entri hari ni. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi kek kukus. Bagi peminat Horlicks memang sesuailah dengan kek ni. Tetapi Diana bukanlah penggemar Horlicks. Diana buat kek ni untuk anak-anak Diana yang suka sangat dengan Horlicks. 

Ingin mencubanya? Anda boleh semak resipinya di bawah ya.



KEK KUKUS LAPIS HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 2/3 cawan mentega
  • 1 2/3 cawan gula halus 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 2 cawan horlicks
  • 240 gm jem buah-buahan
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan kuning


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian ~
  5. ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
  6. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
  7. Ambil sedikit adunan horlicks dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
  9. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa juga jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks ini, ianya agak lambat sedikit masak. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
  12. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman sebelum kek ini dipotong dan dihidangkan.
  13. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2jam lamanya menggunakan api sederhana. 
  14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih.

::  Telur tu tak perlu dimasukkan satu persatu.. masukkan kesemuanya sekali  ::


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Ayam Goreng Sunquick Telur Masin...

Sheery Dream Cakes | 8:45 AM | 7 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni dah Sabtu. Tak terasa betapa cepat sungguh masa berlalu kan. Macam baru saja hari Isnin, dah hari Sabtu hari ni... Baik la, apa kata kita terus tengok resipi Ayam Goreng Sunquick Telur Masin ni. Ni pun entri tertangguh juga ni... Tak habis-habis dengan entri tertangguhnya .. 


Ayam goreng ni boleh juga dimakan macam ni sahaja... Tak perlu dimasak dengan kuning telur masin tu pun dah sedap di tekak kami. Anak-anak Diana memang suka makan yang bergoreng tu dan memang tak sentuh pun yang dimasak dengan kuning telur masin tu.. Makan yang ni pun mereka sudah cukup.. Meratah pun best juga masa ianya masih panas lagi.. Jom tengok resipinya..


AYAM GORENG SUNQUICK

Bahan-Bahan
  • 4 ketul peha ayam _ d buang kulitnya dan d potong kecil _ ( 1 ketul peha ayam boleh d potong 4 )
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 2 tbsp sunquick 
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp perencah pati ikan bilis
  • 1 tbsp kicap cair Loon Kee
  • Gula 
  • Garam

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap selama 1 1/2 - 2 jam.
  2. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam tadi sehingga masak kekuningan ( terpulang la nak garing atau pun tidak ya ).
  3. Angkat ayam dan toskan.
  4. Sedia untuk d hidang.

::  Yang ni pula ayam yang telah dimasak bersama kuning telur masin  ::


AYAM GORENG SUNQUICK TELUR MASIN

Bahan-Bahan
  • 12 ketul kecil ayam goreng sunquick 
  • 4 biji kuning telur masin _ dikukus dan dilecek
  • Sedikit mentega / minyak masak
  • 1 tbsp sunquick
  • 1 biji cili merah _ dicincang
  • 1 cili hijau _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 tangkai daun kari
  • Susu cair secukup kegunaan ( mengikut citarasa masing-masing )
  • Gula dan garam secukup rasa ( jika perlu )

Cara-Cara
  1. Panaskan mentega / minyak masak. Tumis bahan-bahan cincang dan daun kari sehingga wangi.
  2. Masukkan kuning telur masin yang telah dilecek dan gaul rata.
  3. Tambahkan sunquick dan susu cair. Gaul dan setelah mendidih masukkan ayam goreng.
  4. Gaul dan sesuaikan rasa.
  5. Jika perlu tambahkan sedikit gula dan garam.
  6. Angkat dan hidang.



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, September 20, 2011

~ Kek Kukus Lapis Sheery...

Sheery Dream Cakes | 11:35 AM | | 18 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .... 

Apa khabar hari ni? Doa dan harapan Diana moga semuanya dianugerahkan kesihatan yang baik.. Sihat sejahtera hendaknya... Amin... Hari ni cuaca kat sini pun begitu baik sekali... Terbit saja matahari... Terus tengok pemandangan kat luar rumah... Terasa damai bila terpandang bebunga kat mini taman depan rumah Diana tu mekar ditemani sang serangga sambil dibasahi embun pagi.... Begitu indah sekali ciptaan Allah S.W.T.... 

Baiklah.. Apa kata kita semak resipi kek kukus pula untuk entri kali ini...

::  Suka tengok bebunga tu mekar... :)  ::



KEK KUKUS LAPIS SHEERY


Bahan-Bahan

  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 375 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung )
  • 2 cawan biskut marie kisar 
  • 225 gm seri kaya
  • 100 gm haw flakes kisar
  • 100 gm kismis kisar
  • 3/4 cawan Nestle nestum cerelac _ gandum & madu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah dan perang


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat manis, seri kaya dan esen vanilla. Pukul lagi sebati.
  4. Setelah itu masukkan biskut marie kisar dan nestum. Pukul sehingga adunan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. ~ 1 bahagian dicampurkan haw flakes kisar dan pewarna merah.
  7. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan kismis kisar dan pewarna perang.
  8. Ambik sedikit adunan haw flakes dan pewarna perang. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  9. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan kismis dan pewarna perang. Kukus sehingga adunan kek masak.
  10. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  11. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus, hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi atau cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  12. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. 
  13. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman barulah dipotong.
  14. Masa untuk mengukus kek nie dalam 2 1/2 jam lamanya menggunakan api sederhana.. 
  15. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala.


Bagi sesiapa yang dah biasa makan kek kukus lapis kat Labuan.. Pasti mereka akan tau yang kek kukus lapis tu agak kelihatan berminyak sedikit kan.. Tapi jika tak suka.. Boleh kurangkan kuantiti menteganya sedikit ya. :) 



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>