Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sebenarnya masa singgah kat dapur Izah hari tu.. Memang Diana tergoda tengok Kek Batik Coklat nie.. Memang nampak sedap sangat.. Terima kasih buat Izah & Mylla kerana berkongsi resipi yang sedap nie.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya..
Kepada sesiapa yang belum mencubanyanya tu bolehlah cuba ya.. Resipinya ada di bawah..
Resipi 1 adunan ni tak lah banyak sangat. Ingatkan banyak sangat 1 adunan tu.. Rupanya ok jer kalau buat 1 adunan.. Sebab... Heeheeheee.... Irfan sukaaaaaa sangat makan Kek Batik Coklat ni... Nasib baik kan... Irfan ni memang peminat setia coklat la katakan.. Tapi Kek Batik Coklat ni Diana pun suka makan... Kami berdua yang habiskan kek ni.. Sampai Irfan tak cukup 1 adunan ni.. Jadi buat lagi 1 adunan dalam minggu yang sama tu.. Hehehe...
:: Mula² cairkan mentega di dalam kuali... Masukkan susu pekat manis dan milo sedikit demi sedikit.. kacau sehingga sebati dan milo hancur.. ::
:: Setelah itu masukkan serbuk koko.. gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul.. ::
:: Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.. Susun lagi biskut marie dan lapis lagi dengan adunan coklat.. Buat begini sehingga adunan habis ::
:: Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi ( TQ )
:: Sumber ~ Izah @ Izah Muffin Lover, Hasue @ I Love My Life & Mas @ Duniaku ( TQ )
KEK BATIK COKLAT
KEK BATIK COKLAT
Bahan-Bahan ( 1 kg )
- 200gm milo
- 250gm mentega
- 3 sudu makan serbuk koko
- 1 tin kecil susu pekat manis
- Biskut meri secukupnya
Cara-Cara
- Sediakan loyang yg dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
- Cairkan mentega dalam kuali atas api yang kecil sekali.
- Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur.
- Seterusnya masukkan serbuk koko, gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.
- Setelah pekat, boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
- Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
- Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis.
- Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
- Potong dan siap untuk dihidangkan.