Friday, March 16, 2012

~ Ayam Masak Lemon...

Sheery Dream Cakes | 3:25 PM | 14 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Ni merupakan entri terakhir untuk minggu ni dan tiada entri terbaru untuk seminggu yang akan datang... Mungkin juga 2 minggu kan.... Sekali lagi SBK terpaksa berehat.. Mungkin kali ni agak lama sedikit.. Tu sebabnya Diana kena kongsikan beberapa resipi hari ni.. Kalau tak d kongsikan pasti bertambah lagi ler entri tertangguh nanti kan.. Untuk hari niecukup ler 4 resipi d kongsi bersama.. :).. InsyaAllah setelah kembalinya SBK dari bercuti nanti pasti akan ada resipi d kongsi lagi yer.. 


Ok ler jom kita tengok resipi ulang tayang ni.. Kalau nak tengok entri lepas boleh ler klik kat SINI yer... 


AYAM MASAK LEMON

Bahan-Bahan A
  • 4 keping dada ayam _ belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
  • 1 tbsp sos lada hitam Life
  • 1 tbsp sos plum Loon Kee
  • 1/2 tbsp gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 biji parutan kulit lemon
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam 

Bahan-Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 tsp biji bijan

Bahan-Bahan C ( Untuk Sosnya )
  • 6 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 inci halia _ dicincang
  • 4 - 4 1/2 tbsp jus lemon _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • 3 - 3 1/2 tbsp sos plum Loon Kee _ mengikut citarasa masing-masing. Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 1/2 cawan air
  • Gula 
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Lain
  • Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
  • 1/2 biji lemon _ dihiris nipis
  • Minyak


Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


Selain menggunakan dada ayam.. Kita juga boleh tukarkannya kepada bahagian peha ayam... Paha ayam itu di buangkan kulit dan tulangnya. Kemudian dipotong kecil dan nipis.. Hasil masakannya adalah seperti gambar ini ya..






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Thursday, March 15, 2012

~ Rendang Lokan...

Sheery Dream Cakes | 11:02 AM | 15 Comments so far

Assalamualaikum dan bertemu kembali... 

Wah!!! Laju jer kan dengan entri terbaru... Hehehee... Yer ler sekarang ni tengah ada masa sedikit tu.. Terus ler laju² buat entri yang tertangguh ni kan.. Sebab nak sambung lagi rehat tu.. Ok ler tak nak membuang masa... Terus jer ler kita cerita pasal Rendang Lokan yang teramat sedapnya ni..


Lokan ni kalau kat Labuan memang jarang sekali nampak orang jual... Ni Diana beli kat Menumbok semasa dalam perjalanan pulang dari melawat daughter kat Kem Wawasan PLKN Papar, Sabah... Beli dalam RM 40.. Ya Allah... Punya ler berat lokan ni.. Tapi hubby yang angkat masa tu...  Bayangkan ler masa tu lagi kami ikut bot laju dari Menumbok ke Labuan.. :D. Rasa juga nak makan lokan tu kan.. Berat pun tak peduli dah.. Hehehe...

Tapi semua tu berbaloi sebab dengan adanya resipi dari dapur CMG ni.. Semua tu dah tak kisah dah.. Hilang semua penat membawa lokan ni.. Diana masak rendang... Sememangnya teramat sedaaap!!! Dulu kalau kami pergi beli kat Menumbok biasanya mama Diana yang masak.. Mama masak Sambal Lokan.. Pun tersangat ler sedaapnya.. Tapi untuk kali ni Diana sendiri yang nak masak sebab ni ler pertama kalinya Diana masak lokan... Biasanya tau makan jer kan... Hiihiii...


Terima kasih buat CMG kerana sudi berkongsi resipi yang sedaaap ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini yer.. Terima kasih..



:: Resipi Oleh ~ Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan  ( TQ )


RENDANG LOKAN

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 cawan isi lokan
  • 1 helai daun kunyit _ hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/3 cawan santan pekat
  • 1 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar rempah kari ikan ( jenama Baba's ) _ Diana guna rempah kari ayam dan daging Baba's
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak kelapa untuk menumis ( boleh guna minyak masak biasa )

Bahan Kisar Halus

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai _ hiris halus

Cara-Cara

  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali, tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi, masukkan cili kisar, daun limau purut dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata dan kecilkan api, masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ketupat atau lemang.....sedapp, kalah rendang daging..seriuss nihh!


BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, March 3, 2012

~ Lower Fat Fudge Brownies / Yogurt Brownies Recipe...

Sheery Dream Cakes | 6:41 PM | 11 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 

Petang ni Diana nak kongsikan resipi brownies yang sangat mudah untuk membuatnya.. Rasanya pun ok... Irfan memang suka makan brownies ni.. Nie hasil Irfan tergoda kat dapur Izah ler ni yer... :) Semalam semasa singgah kat dapur Izah.. Irfan pun tengok sama.. Diana komen kat sana.. Irfan pula minta mummy dia ni buatkan... Tapi tadi baru dapat penuhi permintaan dia.. 



Cuma Diana hias brownies ni dengan coklat perisa strawberry.. Tu yang Irfan bertambah suka makan tu... Ermmm... Ni dah bubuh coklat ni bertambah ler naik berat badan berkilo² eh.. :D.. Tak tau macam mana ler nak diet ni kan... Dah buat low fat brownies tapi bubuh juga coklat... Hehehehe... Layaan... ^_^.. Terima kasih buat Izah kerana mengetengahkan resipi brownies ni.. Terima kasih juga kepada Emily Brooks di atas resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini... Terima kasih... 


::  Mulanya tu bubuh sikit jer coklat tu.. tapi Irfan nak mummy dia nie lapis lagi dan lagi.. :D  ::

:: Resipi Oleh ~ Emily Brooks @ allrecipes  ( TQ )
:: Sumber Dari ~ Izah @ Izah Muffin Lover  ( TQ )




CONGO BARS

Ingredients
  • 1 cup white sugar
  • 6 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 10 tablespoons plain yogurt
  • 2 eggs
  • 1/8 teaspoon salt
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1/2 cup all-purpose flour
  • 1 tablespoon all-purpose flour

Directions
  1. Preheat the oven to 325 degrees F (165 degrees C ). Grease an 8 x 8 inch baking dish. ( Diana guna loyang bersaiz 8 x 6" ).
  2. In a medium bowl, stir together the sugar, cocoa powder and yogurt. 
  3. Stir in the eggs one at a time until well blended, then add vanilla and salt. 
  4. Stir in the flour until just absorbed. Spread evenly into the prepared pan.
  5. Bake for 28 to 32 minutes in the preheated oven, until the brownies begin to pull away from the sides of the pan, and a toothpick inserted comes out fairly clean ( sticky crumbs are okay ). 
  6. Cool brownies in the pan over a wire rack before cutting into squares. 
  7. Cover tightly with plastic wrap to store.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Wednesday, February 29, 2012

~ Kek Coklat Puding Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:22 PM | 25 Comments so far
::  Yang atas tu gulanya terlalu hangus.. Hehehe...  ::

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Apa khabar hari ni? Moga semuanya d anugerahkan kesihatan yang baik.. Alhamdulillah Diana dan Irfan pun semakin sihat dah.. Terima kasih d atas doa anda semua... Sayang anda semua.. :). Cuma Diana masih tak bagi lagi Irfan pergi sekolah.. Biar dia rehat dulu di rumah..

Pagi tadi Irfan nak Diana buatkan kek coklat untuk dia.. Terus Diana google resipi kek coklat.. Semasa singgah di dapur Akak Ummi ternampak entri Kek Coklat Puding Karamel. Wah tengok resipinya tak la susah sangat kan. Tengok pun macam sedap ( sememangnya sedaaap tau ). Bahannya pun semua ada di rumah ni..Tu yang buat pagi tadi tu..

Kek ni memang sedap. Menurut Akak Shiela resipi ni dikongsikan oleh Fara Shafiera. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni. Terima kasih  juga buat Akak Ummi dan Akak Sheila kerana mengetengahkan resipi ni.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih.. 



:: Sumber Dari ~  Akak Ummi @ Home Sweet Home   &  Akak Shiela @ Spices Journey  ( TQ )


KEK COKLAT PUDING KARAMEL

(A) Bahan ( Gula Karamel )
  • 2 sudu besar gula pasir _ ( jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nanti )

Cara-Cara

  1. Taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180°C selama 5 - 8 minit / gula mencair perang keemasan ( suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula... jangan pelik pula ya ).

(B) Bahan Puding Karamel 
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair ( akak guna susu sejat Ideal )
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila


Cara-Cara
  1. Kacau sebati semua bahan ( tak perlu kuat-kuat, kacau lembut sahaja ).
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel / gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" ( letak loyang kek dalam loyang berisi air ) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit / pekat sikit permukaan puding tu... jangan terlampau keras pula nanti tak boleh sebati dengan kek - ( pada suhu 160°C dengan menggunakan api atas bawah ).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit.... ( sementara tu sediakan adunan kek coklat ).

(C) Bahan Kek Coklat
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * ( bahan * disebatikan bersama )
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * ( bahan * diayak bersama )
  • 4 biji telur _ blend hingga halus

Cara-Cara

  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, campuran minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan ( tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah ).
  5. Bakar pada suhu 160°C  selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 
  6. Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

::  Acuan yang Diana gunakan untuk kek puding karamel atas  ::



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>