Tuesday, January 11, 2011

~ Resipi Kek Batik..

Sheery Dream Cakes | 9:39 PM | 17 Comments so far




Assalamualaikum dan Salam Sayang… 


Resipi ni mama yang ajar sejak Diana darjah 4 lagi.. Sekarang dah tukar dari darjah ke tahun kan... ermmm .. kalau zaman kita dulu-dulu… kecik-kecil lagi dah suka belajar memasak dan buat kek .. Cuma dulu kami hanya guna biskut marie jenis lain .. Munchy's belum ada lagi masa tu kalau tak silap… 

Baiklah.. Jom semak resipinya di bawah..

:: Kek Batik yg dah d simpan semalaman kat peti sejuk :: Kemas jer kalu d potong.. ::


KEK BATIK

Bahan-Bahan
  • 6 biji telur
  • 250 gm butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan milo
  • 2 cawan Nestle nestum original ( boleh dikurangkan dan kalau tak suka, tak bubuh pun boleh )
  • 1 tin kecil susu pekat ( susu krimer manis cap junjung )
  • Biskut Marie Munchy's 
  • Choc Rice secukupnya


Cara-Cara
  1. Pukul gula bersama butter hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum. Pukul adunan sampai ianya betul-betul sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali. ( rujuk SINI cara memasaknya ).
  6. Setelah adunan betul-betul pekat bolehlah diangkat.
  7. Sediakan bekas / loyang dan letakkan sedikit adunan kek tadi. Ratakan.
  8. Kemudian susun biskut marie di atasnya  ( seperti dalam Gambar A :: di bawah ). Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  9. Taburkan atasnya dengan choc rice.
  10. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong.


Gambar A 


Yg nie plak kek yg belum d simpan kat peti sejuk.. kalu potong nmpk x kemas..

Kalu nak dpt potongan yg cantik dan kemas :: Biarkan kek semalaman dalam peti sejuk .. kat atas nie i potong sebelum simpan kat peti sejuk lagi.. Biskut tu nmpk hancur.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Roti Sosej Gulung...

Sheery Dream Cakes | 10:28 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Roti Sosej Gulung untuk bekal anak-anak ke sekolah pagi ini.. Walaupun ianya ringkas namun ianya menjadi kegemaran anak-anak.. Roti Sosej Gulung ini juga sangat mudah untuk disediakan.. Jom tengok resipinya...



ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan-Bahan
  • 2 keping roti _ dipotong tepinya
  • 2 batang sosej
  • 2 keping keju cheddar
  • Daun salad secukupnya
  • Mayonis
  • Sos cili / sos tomato
  • Minyak

Bahan-Bahan Perap
  • 1/2 tbsp sos tiram
  • 1 tsp gula



Cara-Cara
  1. Perap sosej dengan bahan-bahan perap selama 5 minit. Goreng sosej dengan minyak yang cetek. Angkat dan ketepikan. 
  2.  Sapukan roti dengan mayonis dan sos cili atau sos tomato.
  3. Letakkan daun salad, keju cheddar dan sosej goreng. Picitkan sos cili atau sos tomato bersama sedikit mayonis.
  4. Gulung dengan kemas.
  5. Hidang.










BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, January 10, 2011

~ Resipi Telur Lobak Asin...

Sheery Dream Cakes | 9:20 PM | 2 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi kegemaran kami sekeluarga.. Resipi ini Diana belajar dari Mother In Law.. Ianya merupakan salah satu makanan kegemaran hubby sejak kecil lagi.. Jadi.. Diana sebagai isterinya kena ler pandai memasak Telur Lobak Asin ini kan... Hehehee... Jadi.. jom tengok resipi yang mudah ini..




TELUR LOBAK ASIN

Bahan-Bahan
  • Telur secukup kegunaan _ dipukul ringan
  • Lobah asin secukup kegunaan _dipotong / cincang kecil-kecil atau boleh beli yang sedia dicincang
  • Sedikit gula
  • Bawang merah _ dicincang halus
  • Bawang putih _ dicincang halus
  • Sedikit cili boh / serbuk cili ( pilihan ) _ kalau tidak mahu campur pun boleh

Cara-Cara
  1. Tuiskan bawang merah dan bawang putih bersama minyak zaitun atau minyak masak yang lain.
  2. Masukkan lobak asin dan masak seketika.
  3. Tambahkan gula dan gaul.
  4. Curahkan telur di atas lobak asin tadi.
  5. Biarkan telur masak kekuningan dan terbalikan telur tersebut.
  6. Setelah telur masak bolehlah ditutupkan api.
  7. Angkat dan potong mengikut citarasa masing-masing sebelum dihidang bersama sos cili.

** Boleh juga dicampurkan dengan daging ayam cincang atau apa-apa kegemaran masing-masing. Kalau tidak suka digoreng.. Boleh juga DIKUKUS cuma tidak perlu di campurkan dengan minyak zaitun.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

~ Resipi Telur Udang Kering...

Sheery Dream Cakes | 8:17 PM | 1 Comment so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang

Terlebih dahulu Diana ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kerana masih sudi berkunjung ke blog ini..  Hari ini Diana nak kongsikan resipi Telur Udang Kering. Menu yang amat simple namun ianya menu paling digemari oleh kami sekeluarga.. Utamanya anak-anak Diana.. Mereka tak pernah jemu dengan menu ni.. Tapi itu selera kami sekeluarga la ya.. Lain orang lain pula seleranya kan.. 




TELUR UDANG KERING


Bahan-Bahan
  • Beberapa biji telur _ ( terpulang nak berapa biji )
  • Udang kering secukupnya ( bubuh lebih banyak lebih sedap ) _ direndam dalam air panas dan ditumbuk kasar 
  • Bawang merah _ dicincang
  • Bawang putih _ dicincang
  • Bawang besar _ dibelah dua dan dihiris nipis
  • Cili boh / serbuk cili _ ( Diana guna serbuk cili )
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
  • Perencah pati ayam jika suka

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan udang kering sehingga wangi dan sedikit garing.
  2. Campurkan serbuk cili, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. 
  3. Pecahkan sebiji telur di tepi bahan-bahan tadi dan biarkan seketika tanpa digaul.
  4. Setelah kelihatan telur separuh masak, barulah digaul rata dengan bahan-bahan yang telah ditumis tadi. Buat begini sehingga telur habis.
  5. Angkat dan sesuai dimakan begitu sahaja, bersama nasi putih panas, nasi lemak atau roti.






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>