Friday, November 27, 2015

~ Rendang Ayam...

Sheery Dream Cakes | 8:13 AM | | | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Rendang sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning, ketupat, lemang atau roti.. Kebiasaanya rendang disajikan ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.. Ianya juga sering dilihat sebagai salah satu menu di majlis keramaian seperti majlis perkahwinan..

Ada rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang ikan, rendang sayuran dan pelbagai macam jenis rendang lagi... Kesemuanya sedap di tekak ini.. Asalkan rendang dan Halal sememangnya menjadi kegemaran Diana.. 

Hari ini Diana masak rendang ayam resipi dari Buku Masakan 400 Resipi Terbaik Chef Wan.. Pelbagai resipi menarik ada di dalam buku masakan ini.. Kepada sesiapa yang belum memilikinya, bolehlah dapatkannya sekarang ya...Terima kasih buat Datuk Chef Wan di atas resipi yang sedap ini...






BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, November 21, 2015

~ Resipi Bubur Keledek Bebola Pulut...

Sheery Dream Cakes | 6:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 sudah pun berakhir dan bermulalah cuti panjang persekolahan penggal akhir. Selamat bercuti untuk semua anak-anak dan juga cikgu-cikgu.. Sebagai ibubapa, termasuk Diana sendiri.. kita rancanglah aktiviti yang berfaedah untuk anak-anak kita sepanjang cuti sekolah ini ya.. 

Diana sebagai seorang ibu, inilah masanya yang paling gembira sekali kerana biasanya masa cuti sekolah inilah anak-anak teringin hendak makan itu dan ini.. Seronok dapat menyediakan permintaan anak-anak.

Pagi tadi, sempat Diana memasak Bubur Keledek Bebola Pulut untuk kami sekeluarga... Sudah lama tidak ada permintaan untuk bubur ni.. Hari pertama cuti persekolah bermula untuk tahun ini, Diana masak bubur ini pagi tadi.. Jom semak resipinya..



BUBUR KELEDEK BEBOLA PULUT
  
Bahan-Bahan
  • 500 gm ubi keledek berwarna oren dan putih _ kupas kulitnya dan dipotong kecil
  • 2 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • 2 cawan air 
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Santan dalam kotak secukup kegunaan

Bahan Untuk Bebola Pulut
  • 150 gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Beberapa titik pewarna merah dan hijau

Cara-Cara
  1. Kukus ubi keledek hingga lembut. Ketepikan.
  2. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk bersama gula melaka. Masak hingga gula melaka larut.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan santan, garam dan biarkan ianya mendidih seketika.
  5. Kecilkan api. Masukkan ubi keledek kukus dan gaul rata. Ketepikan.
  6. Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang lain ( cukup untuk menenggelamkan bebola pulut ). Ketepikan.
  7. Campurkan tepung pulut bersama air di dalam mangkuk. Uli sehingga adunan dapat dibentuk. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan adunan dengan pewarna hijau dan merah setiap satu bahagian. Kemudiankan bentukkan bebola pulut mengikut citarasa masing-masing. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih tadi dan biarkan sehingga bebola pulut itu timbul. Angkat bebola pulut itu dan masukkan ke dalam bubur keledek. Gaul dan sesuaikan rasa.
  8. Tutupkan api dan sedap dimakan panas atau sejuk.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, November 17, 2015

~ Resipi Asam Pedas Ikan Putih...

Sheery Dream Cakes | 8:52 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Asam Pedas Ikan Putih menu kami sekeluarga kelmarin ni Diana masak dengan ringkas sahaja.. Masak dengan bahan yang ada dalam peti ais tu.. Jadilah kan? Alhamdulillah.. Syukur di atas segala rezekiNya..

Jom tengok resipinya...


ASAM PEDAS IKAN PUTIH
  
Bahan-Bahan
  • 4 keping ikan putih _ dibersihkan
  • 1/2 kuntum bunga kantan _ dibelah 2
  • 1 tin nenas dalam tin atau boleh guna 1/4 biji nanas, dipotong kecil
  • 2 batang serai _ dititik
  • 10 tangkai cili kering _ buang bijinya, potong kecil dan rebus hingga lembut kemudian kisar halus
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula jika suka
  • Sos ikan _ ( optional )

Bahan-Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak dan garing.
  2. Kemudian masukkan serai dan tumis seketika.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Renih hingga mendidih.
  5. Masukkan garam, gula, sos ikan, nanas dan bunga kantan. Gaul dan biarkan ianya mendidih. Masukkan ikan.
  6. Renih hingga ikan masak. 
  7. Angkat dan hidang bersama nasi putih. 




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Monday, November 16, 2015

~ Resipi Daging Gulai Kawah...

Sheery Dream Cakes | 8:56 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah.. Hari ini dapat lagi bersiaran bersama resipi Daging Gulai Kawah resipi Chef Hanieliza.. Sedapnya daging gulai kawah ni.. Terima kasih kepada Chef Hanieliza di atas resipinya.. Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. 






:: Resipi Oleh ~ Chef Hanieliza _1 Hari 1 Resipi  ( TQ ) 

DAGING GULAI KAWAH

  
Bahan A
  • 500 gm daging lembu
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu makan gula merah atau gula perang
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan B ( Dikisar )
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan Tumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-Cara
  1. Daging dipotong kecil. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan bahan yang dikisar bersama rempah kari daging. Masakkan sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, kerisik, asam gelugur, garam dan gula merah.
  6. Masak sehingga mendidih dan pekat. kacau sekali-sekala.
  7. Tutupkan api dan hidangkan.





BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>