pages

Thursday, January 19, 2012

~ Ayam Bersos Limau Mandarin...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bila kita tengok gambar dan tajuk entri nie.. Pastinya semua dah sedia maklum yang Diana sekali lagi nak kongsikan resipi ayam eh... Heeheehee... Alahai!!! Ayam Lagiii!!?? Hahahaa... Apa tak nya kan... Anak-anak Diana lebih mengemari menu ayam berbanding makanan laut... 


Berbalik kita kepada resipi kali ni Ermmm.. Apa yang istimewanya kat ayam ni eh? Sebenarnya tak ada apa yang istimewa sangat.. Cuma ada sedikit kelainan dalam resipi  kali ni.. Salah satu bahan wajibnya ialah limau mandarin.. Tu yang istimewanya tu... Heehee.. Jadi kalau nak masak menu ni mesti ada limau mandarin tu.. Kalau nak tukar kepada buah oren boleh juga.. Tapi mungkin ada sedikit perbezaan dari segi rasa tu ( tak pasti sebab tak pernah cuba lagi dengan buah oren ).. 

Ayam goreng ni boleh juga dimakan macam tu saja tanpa sosnya.. Jadi.. Menu ni 2 dalam 1.. Boleh dijadikan Ayam Goreng ataupun Ayam Bersos Limau Mandarin.. Pilihan di tangan anda.. Heeheeehee.. ;).. Mari kita selongkar resipinya..

::  Sebaiknya guna limau mandarin yang manis ya ::

AYAM BERSOS LIMAU MANDARIN

Bahan-Bahan
  • 900 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
  • 1 tbsp mentega
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-Bahan Perap
  • 1 1/2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 2 tbsp tepung kastard
  • 2 tbsp tepung beras
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji telur _ dipukul ringan
  • 1 tbsp gula
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Sos
  • 1 tsp cuka hitam
  • 1 tbsp sos tiram Maggi
  • 1 tbsp sos plum Loon Kee
  • 1 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbs sos tomato Maggi
  • 2 tbsp mayonis
  • 1/2 biji + 1 ulas limau mandarin _ kupas, buangkan biji dan kulit nipisnya.. ambil isi didalammya saja dan dipotong kecil
  • Seketul kecil gula batu ( 13 gm ) atau mengikut citarasa masing²
  • Garam dan gula secukup rasa jika perlu
  • Sedikit air

Cara-Cara
  1. Gaulkan ayam bersama bahan² perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali yang lain... Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan² sos ( cuka hitam, sos tiram, sos plum, sos cili, sos tomato dan gula batu ) dan gaul rata.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga gula batu larut dan sos mendidih.
  6. Kemudian masukkan mayonis dan 1/2 biji limau mandarin.. Gaul rata menggunakan hand whisk.
  7. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  8. Tambahkan garam dan gula secukup rasa jika perlu.
  9. Tutupkan api dan masukkan 1 ulas limau mandarin dan gaul rata.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama lettuce dan nasi putih panas.

17 comments:

  1. wah, mmg betul2 special ni menu ni, tapi takde lah pulak org nak bagi limau mandarin, kalau tak boleh buat

    mintak izin copy resepi ye kak diana, nanti senang boleh try

    ReplyDelete
  2. hmmm..memang special..
    letak limau mandarin yerk kak..
    jadi tergoda lak mas nengoknya..he3

    ReplyDelete
  3. @Tina Othman
    kalu dkt bole jer akak bg limau mandarin tu tina.. heeheee.. ada banyak kat rumah nie.. ;)

    bole jer.. sila ler.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. kan dah kata.. ratu shantek maskaan ayam. hehe.. sedap nyer nampak tu kak. dah tau dah irfan la punya penangan buat akak masak ayam je kan. anak2 saya lebih suke ikan. sebab bila makan ayam, slalu lekat kat gigi kata bais. haha.. sabo jela. ikutkan aje kerenah anak2 ni kan kak.

    ReplyDelete
  5. wah, stok limau tengah banyak sekarang ni, tapi stok ayam lak xde... heeeeee nanti nak cuba kat kg la...

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Selama ni silent reader blog ni..suka buka blog ni..makanan enak-enak dgn gambar2 yang sgt cantik.
    Tahniah akak..saya dah follow akak,pls follow me back..http://cikguummiila.blogspot.com
    TQVM!

    ReplyDelete
  7. Memang istimewa... musim limau banyak ni boleh la cuba resipi Diana nih...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Diana,
    waduh tak tahan akak tngk ayam sos istimewa ni..menyelerakan sungguh..leh cuba resepi ni..tq...

    ReplyDelete
  9. salam kenal kak diana..first time jumpa blog kak diana lepas skodeng dapur kak yatie (sinar kehidupan)..

    nie dah satu jam melekat kat blog akak skodeng resepi2 yang mengancam dan mengiurkan...

    ReplyDelete
  10. wow!sedapnya.....nak tenung lama2 lah.....

    ReplyDelete
  11. hihi sekali tenung gambar yang ade garpu tuh..dh nampak mcm makan chicken chop...menarik sekaliii resepi nih... Thnks kak diana...

    ReplyDelete
  12. Assalam kak,umah sy pon leh kata ari2 juga msk menu ayam kak,ikn jarang2 beli,coz sy xmkn,hehe..Sbb tuh suka skodeng resepi ayam kat umah akak,kak ayu n kak wattie.Hehe..Nmpk sedap tuh,kuahnye berkilat jer..Time2 nak CNY nihla byk limau kan,hehe..

    ReplyDelete
  13. salam kak.. memang sedap nampak ayam akak ni.. memang istimewa :)

    ReplyDelete
  14. kakna tenggah banyak limau ni bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  15. assalam kak D cyng,
    sedapnya tgk ayam msk gini kak..terliurla. kalau buat ratah gitu pun sedap ni..haha saya sekrng dlm proses nk kecikkan bdn ni..tu pasal dapur sunyi kejap..hehe

    ReplyDelete
  16. wah sedapnya tengok kat plate pun dah terliur..kalau saya ratah jerk kot tak makan dengan nasi..atau makan dengan roti pun sedap..

    ReplyDelete