pages

Tuesday, January 10, 2012

~ Kek Kukus Lapis Aroma..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Hari ni agak sibuk sedikit. Apa kata kita terus sahaj tengok resipi untuk kali ini. Kek ni Diana buat khas untuk keluaran Majalah Aroma Dec 2011 yang lepas.. Jom kita tengok cara penyediaannya.. 

Pertama sekali putih telur dipukul sehingga kembang.. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kembang.. ketepikan.. Kemudian.. pukul mentega bersama minyak sapi hingga sebati. Masukkan nestle cream dan pukul hingga putih.. Masukkan kuning telur dan pukul hingga kembang.. Bubuh susu pekat dan pukul rata.


Setelah itu campurkan adunan putih telur dengan gula tadi dan pukul sebati.. Masukkan cerelac dan tepung gandum.. pukul lagi hingga rata.. bahagikan adunan kepada 2 bahagian.. Bahagian pertama ~ Bubuh horlicks, milo dan browning sugar.. Manakala bahagian ke dua ~ Bubuh mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.. Kukus berselang seli sehingga habis.



KEK KUKUS LAPIS AROMA

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur _ asingkan putih dan kuning telur
  • 300 gm mentega
  • 1 tin kecil minyak sapi ( 150 gm )
  • 1 cawan gula halus
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan horlicks
  • 100 gm Lady's Choice mentega kacang halus
  • 1 cawan milo
  • 1 tin sederhana serikaya ( 300 gm )
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin kecil Nestle cream ( 170 gm )
  • 1 cawan Nestle cerelac gandum & madu
  • 2 sudu makan browning sugar / gula hitam
  • Pewarna hijau

Cara-Cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil / tuala bersih semasa mengukus kek. 
  2. Pukul putih telur sehingga kembang.
  3. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Ketepikan.
  4. Kemudian, pukul mentega bersama minyak sapi sehingga sebati.
  5. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi hingga putih.
  6. Masukkan kuning telur dan pukul hingga kembang.
  7. Bubuh susu pekat manis dan pukul rata.
  8. Setelah itu, campurkan adunan putih telur dan gula halus tadi. Pukul sebati.
  9. Masukkan cerelac dan tepung gandum. Pukul lagi hingga rata.
  10. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 
  11. :: 1 bahagian d bubuh horlicks, milo dan browning sugar.
  12. :: 1 bahagian lagi bubuh mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.
  13. Ambil 4 senduk adunan horlicks, milo dan browning sugar.. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dialas dengan aluminium foil.. Kukus sehingga kek masak.
  14. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi halus pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut.. Lapis lagi dengan 4 senduk adunan mentega kacang halus, serikaya dan pewarna hijau.. Kukus sehingga adunan kek masak.
  15. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  16. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus.. hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi halus dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  17. Untuk lapisan terakhir, masa mengukusnya hendaklah ditambah selama 30 minit supaya kek masak sekata secara keseluruhannya.
  18. Sejukkan dan simpan semalaman di dalam peti sejuk sebelum di potong.
  19. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2  jam lamanya menggunakan api sederhana.


22 comments:

  1. kak diana....
    cantik menawan kek lapis tu kak..
    menyelerakan betoi...
    nmpk lembab2 basah jerk..

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa tgk, rajin betul Diana nii..:)

    ReplyDelete
  3. eemm sedapnya kak kuih ni..makan bsama coffee o tea..diwaktu hujan eemm nikmatnya...

    ReplyDelete
  4. salam Diana...lama tak singgah...pagi ni jumpa pulak kek lapis aroma ni...teringin nk buat..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Diana,
    akak pun busy sesangat sejak ank2 start sklh ni, maklumlah antar dan ambil sendiri, mana nak ngemas dan masak segala..terkejar2 di buatnya...cantik dan teruja betul tngk kek lapis yg cantik ni...warnanya menarik sungguh..geram je nak buat..tq kongsi resepinya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Diana....
    Cantik sungguh kejadian kek ni..kalernya menawan dikalbu...sejak anak2 masuk skul ni tak sempat nak update blog pun,cuma sempat ngintai2 jer hehe...tq kongsi resepi ni...

    ReplyDelete
  7. kak diana, cantiknya kek lapis tu, sabarnya lah nak buat kan

    hehe kalau tina, entahlah nak tunggu selama tu nak kukus siap kek tu, tapi nampak menarik betul =)

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Diana..cantiknya kek lapis tuu..tringin nk cuba tp xde kekuatan lg..krg kecewa pulak klu xjd hikhikk..

    ReplyDelete
  9. alahai.. rajinnya laa akak cantik sorang nih.. kek pun cantik je lapisan dia.. tun nk gi rendam tangan ngan softlan ni, agak2 jadi cantik x kek tun nnti bila tangan dh x keras? hihi

    ReplyDelete
  10. salam D....mmg cantik betul kejadian kek lapis tu, jeless i...hihihihi
    D..kek ni mmg guna minyak sapi yer, kalau tukar ngan butter, blh?

    ReplyDelete
  11. HAI, MELLEY SALAM KENAL... THANKS FOR THE TUTORIAL, INSYALLAH AKAN CUBA (PSST: TAK BERANI SEBENARNYER NAK WAT KEK KUKUS LAPIS SBB TAKUT X JADI.. KENE KUMPUL SEMANGAT DULU.... HIK HIK HIK ..)

    ReplyDelete
  12. Salam Diana


    Cantik & kemas lapisan kek kukus tu dear..list akak dah sedepa panjang nih!

    ReplyDelete
  13. chantek nyer kek....kita rasa sepotong yer...hehe

    ReplyDelete
  14. Assalam Diana cayang...lg comeeyyy...haaa, mintak laaa 5 potong kat akak...sekali dengan air kopi tu eh...waaa lama x minum kopi, teringin la pulak...nampai moist dan sedap jek kek lapis ni Diana eh...angin buat kek lapis x datang2 laaa..muaahhh!

    ReplyDelete
  15. nie gambar tangkap sendiri?? cantik gila,, jadi sedap plak tuh... :O
    klo sudi jemput singgah2 blog sayaa ya.. klo ade mase,, :(

    ReplyDelete
  16. guna 10 biji telor tu yg x tahan...tp rasanya mesti mantopkan..

    x tahan jugak tengok kopi o tu...tergugat iman you...hahahaha...

    ReplyDelete
  17. Kak diana,nmpak moist n sedap sungguh,kale pon cantik,huhu kek lapis nih perlu kesabaran tinggi nk wat,rajin sungguh akak..

    ReplyDelete
  18. assalam kak D, memang cantik warna dan lapisan kek ni..kena angin betulx2 rajin baru boleh cuba ni:)

    ReplyDelete
  19. sedap nye kak..fara da xleyh nak try buat da balik hostel xde dapur da hehehhe..hanye mampu lihat telan air liur je hehehe

    ReplyDelete
  20. sedap nye kak..fara da xleyh nak try buat da balik hostel xde dapur da hehehhe..hanye mampu lihat telan air liur je hehehe

    ReplyDelete
  21. Menarik semua2 resepi2 ni....kalu nak isi dalam bekas Tupperware...boleh ke www.facebook.com/TupperwareAniza

    ReplyDelete