Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semalam pasti ramai yang duduk depan TV tengok rancangan MasterChef Malaysia Akhir kan... Diana pun tidak melepaskan peluang tu.. Tahniah buat Dr Ezani kerana telah dinobatkan sebagai juara musiam pertama MasterChef Malaysia.. Tahniah juga buat Wahidan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir..
Untuk resipi ni Diana ambil dari dapur AlongRoz... Seperti yang Along maklumkan.. Memang sedap rasa gabungan kuit dan intinya tu.. Memang rugi kalau tak mencuba.. Sedaaap!!!. Terima kasih buat Along dan KakWan kerana berkongsi resipi yang sedap ni. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya. Terima kasih..
DURIAN PANCAKE / KUIH DADAR DURIAN
- 250ml Susu Cair
- 100g Tepung Gandum
- 1/4 st Garam
- 3 biji Telur
- 1 sb Mentega Cair
- 1 sb Pes Pandan
Cara-Cara
- Masukkan kesemua bahan-bahan kulit ke dalam blender dan kisar sehingga sebati. Tapis.
- Ambil sesenduk adunan dan ratakan ke dalam kuali menjadi dadar nipis.
- Biarkan sehingga masak sebelum diangkat.
- Buat semua sehingga habis.
~ Untuk Inti Krim Durian...
:: Resipi Oleh ~ AlongRoz @ HomeKreation ( TQ )
Bahan-Bahan
- 200ml Whipping Cream ( whipped )
- 10 ulas isi durian
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan dan gaul rata.
- Letak satu senduk inti krim durian ke atas sekeping kulit ( yang Diana buat ~ bubuh 1 senduk inti krim durian dan sedikit isi durian ) dan lipat seperti bantal.
- Pastikan bahagian kulit yg licin di sebelah luar.
- Buat sehingga habis.
- Hidangkan segera atau disejukkan dahulu.
Cantiknya kulit pancake tu...bolehla akak nak try resipi Diana ni
ReplyDeletecantikkkkknya durian pancake tu kak diana.....
ReplyDeletekretif la akak ni....
Kak Diana cantik gile bila diikat ngan reben gitu,mmg menarik da bom kak,rasa lak msti lmk berkrim kan..Adeiii terliurnya kak..
ReplyDeleteSalam kak Diana.sedapnya pankek durian.nonie pon pernah buat sblm nie..nie yg rasa mcm nak buat sekali lg.mmg sedap kan!
ReplyDeletecantiknyer kuih dadar durian akak.. sayang pulak nk makan..
ReplyDeleteCanteknya kuih dadar..warna yang menyegarkan mata...semestinya enak banget...
ReplyDeleteAssalam Diana cayang lg dirindu...lama x jenguk, ingat Diana bz lgk..hehe, ni nampak dah laju update..hehe. WAaaah kemas dan cantik jek lipatan dadar tuh...tp akak x mintak la kali ni sbb ada durian..akak x makan...huhuuu. Lenkali letak inti lain, pgil akak makan eh Diana.. :)
ReplyDeleteErmmm...cantek dadar hijau tu... cantek sungguh... menggoda laa...
ReplyDeletefuhhh dasatnya yang dah dipotong tu.. sedap bangat. mcm sekerim pun ada. best nya kak kalau dapat seketul. lepas makan sorong bantal.. zzz
ReplyDeletecomelnya.. gebu je nampak
ReplyDeletesalam Diana...tue pon dah nampak comel & pastinya sedap di makan.
ReplyDeletepergghhhh, nmpk pun dh menggiurkan....Liza salin resepi dulu yer...thnx D
ReplyDeletecantiknya durian pancake Diana tu, sayang nak makan..kalau depan mata akak NGAPPPP gak..he3...
ReplyDeletex dapat nak bayangkan lagi rasa kuih ni mcm mana...hmm...
ReplyDeleteassalam kak D cyng, menarikla kak pankek ni..hari tu dh masuk list tapi lum buat lagi ni:)
ReplyDelete