Tuesday, September 27, 2011

~ Kek Karamel...

Sheery Dream Cakes | 11:40 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sayang semua... 

Hari ni masih lagi sibuk sedikit... Banyak hal yang kena diuruskan... Tapi pagi tadi sempat juga Diana buat Kek Karemel ni... Mencuri masa sedikit untuk memenuhi permintaan anak-anak  yang nak makan kek katanya... Jadi.. Diana terus terfikir kat kek ni.. Hurmmm.. Kek ni pula yang terlintas dalam fikiran masa tu kan.. Macam tu banyak resipi kek... Kek Karemel ni juga yang hendak dicuba semasa tengah terkejar-kejar dengan masa... Heeheee... Bila difikirkan balik... kisah sumpahan kek ni... Heeheee... Risau juga... Takut tak menjadi kan... Tapi kuatkan semangat juga buatnya... 

Ni merupakan percubaan pertama Diana buat Kek Karemel ni... Hari tu nampak kat dapur Akak ItaAnna dan Juwita.. Wah sungguh tergoda tengok Kek Karemel ni.. Cuma risau pula tak menjadi bila buatnya... Tapi Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga Diana buat dan menjadi... Ingat nak buat lagi esok pagi... Nak bawa pergi rumah akak angkat Diana.. Dia adakan kenduri sebelum dia berangkat ke Mekah nanti... InsyaAllah.. Kalau semangat kuat.. esok pasti akan buat lagi kek yang sedap ni... 

Terima kasih kepada Munirah Baharum kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ni... Izinkan Diana kongsikannya di sini ya.. Terima kasih juga kepada Akak Ita di atas penerangan dan step by step yang akak kongsikan di dapur akak tu.. Ianya banyak membantu Diana semasa membuat kek ni tadi... Kalau nak tengok step by step membuat Kek Karemel ni, singgahlah ke dapur Akak Ita @ Masam Manis ya... 


:: Resipi oleh ~ Munirah Baharum ( TQ )
:: Cnp dari  ~ Akak Azlita @ Masam Manis  ( TQ )


KEK KARAMEL

~ Gula Hangus

Bahan-Bahan


  • 2 sudu besar gula pasir

Cara-Cara

  1. Sediakan loyang 8 inc. 
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dengan menyenget-nyenget kan loyang kiri dan kanan. 
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak-retak dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan.


~ Bahan Karemel

Bahan-Bahan

  • 1/2 tin susu cair 
  • 70g gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur

Cara-Cara
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. ( Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti ).


~ Adunan Kek Bahan 1

Bahan-Bahan

  • 70g gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak

Cara-Cara

  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


~ Adunan Kek Bahan 2

Bahan-Bahan

  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara

  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
  2. Masukan  sikit-sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  3. Ketepikan.


~ Merinque

Bahan-Bahan

  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70g gula castor
  • 1 sudu teh krim of tar-tar

Cara-Cara

  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih.
  3. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
  5. Gaul rata secara kaup balik.
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
    Letakkan pewarna yang anda sukai.
  8. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Belang - belangkan adunan.
  9. Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  10. Akhir sekali dengan satu sudu.
  11. Lorekkan atas adunan dengan lidi.




Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170°C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160°C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 

  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi.
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160°C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

~ Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.. Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
~ Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.




43 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Hai diana,cantik sungguh warna-warna pelangi kek tu.

Zalieda Zaliedana said... Reply

Akak cayang,bila nengok kek akak yg cantik nih,terus semangat nak try wat tuh mkin berkobar2,cantik sgt kak..InsyaAllah nak try wat juga nanti..

Unknown said... Reply

salam winduu kak diana cayang!...lamanya tak singgah sini..rindu nk tgk gambar masakan akak yg cun dan menyelerakan. menarik dan tertarik tul la kek akak ni..nieza jer lum cuba buat lagi..harus dicuba juga nanti:)

K.zai said... Reply

salam diana..
cantik kek karamel warna warni..kek lapis pun diana rajin buat ye..
sib baik akak dh pernah buat kek karemel ni dulu..kalau x mesti terliur..sikit masa dulu pd tahun lepas kek ni mmg femes diblog dan ramai yg dh cuba..

ibundo said... Reply

wah.. menjadilah kek diana. Cantik tu..

cikmanggis said... Reply

salam Diana.Cantik sungguh kek ni.Cm pernah buat tapi karamel kat atas tu tak cantik.Ada gelembung gelembong.Insyallah nak cuba sekali lagi.

Mas said... Reply

wahhhhh..cantikk la kek karenmel kak diana ni..

ady said... Reply

as-salam diana
tp mmg cantik cun melecun..warna yg menarik..

K.Nor said... Reply

salam diana, wahh tersangat lah cun melecun kek diana ni.. psst.. mcm tuan yg buat gak kan :)

Iza Akma said... Reply

assalam diana,
cantiknya diana...warna die tu menyerlahkan lg kesedapan kek yg dah mmg sedap tu...hati dah mcm tertarik2 nk buat nih...

noorsafone said... Reply

Diana
cantik2,teruja juga mama nk mencubanya...semua kawan2 yg lain pun dh buat kan.

Azlita Aziz said... Reply

cantik diana.. mmg cun habis!

caremel dia pun cantik!
warna pun cantik dan menarik!

Diana buat ape pun menjadi kan
sukanya akak tengok kejadian kek ni...
aiii... macam nak buat lagi aje..

walau tak cukup cahaya gambar diana tetap cun!

tahniah dari akak .. :D

Ida,Japan said... Reply

wahh2...cerianya kaler kek karamel akak.....nampaknya, gudaan rata2 tempat nihhhh...mana boleh jadi, teringin gak nk buat...tunggu seru dtg dulu he..he

EmbunRosaliza said... Reply

Assalam diana..cantiknya kek menjadi dengan jayanya walaupun percubaan pertama, suka akk tgk..eh kat sana ada musim banjir ke tak ek diana heheh

tun_telani said... Reply

salam kak diana yg cantikk...
wahhh.. mmg meriah kaler kek tu ye.. geram tun tgk..

Gee® said... Reply

canteknyaaaa.....sedapnyaaaa.... yummyyyy nyaaaaa......

Anna Qawina said... Reply

tahniah..hehe..sedap kan? buat lagi..dan lagi..hehe..
rsp keremel saya buat yg terbaru tu lain sikit, tak guna gula kastor & lebih tebal kak..blh try nnt..hehe

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
cantiknya kek karamel yg Diana buat ni...CUN abeslah...menariklah warna pelangi tu..sblm ni akak pernah buat sekali tapi tak jadi, rasanya mcm nak cuba lagilah...semangat berkobar2 bila tngk kwn2 buat cantik2....

Wattie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
Cantik giler ni kejadian kek Diana, tergoda akak melihatnya

IXORAROXI said... Reply

cantiknya kek, cantiknya gambar, cantik macam tuan punya blog :)
rajinnya diana ni eikkk..akak tabik spring!

Cheq Sue said... Reply

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....tak kira! kena balik buat jugak ni... rasa nak demam dah nengok kek karamel asik2 kuar je ni... prfect ten kak Diana..

HALAMANKU said... Reply

SAlam Kak Diana.. fuyooo syanteqnyer.. kalernyer sgt mengujakan.. kemas jek lapisan tu.. dlm kelam kabut akak blh hasilkan camtu..hebatnyer.. pandainyer..suukkeerrr...

nonierahman said... Reply

kak diana cantinya...sedap kan..rasa mcm nak buat lg, xpuas makan

Ayu said... Reply

Assalam Diana, cannot tahan leh tengok kek yang cantikkkkk ni..mesti nak kena buat juga nanti..tapi bila tuu???...huhu..akak tenung aje kek dianan ni tak kelip2 tau..

KC@ella said... Reply

cantek dan kemas kek tu diana. tergoda kc tau. hihi

Kak Sam said... Reply

Ya Allah cantiknya. Agak2 kalau kita buat boleh jadi secantik ni tak?

rahel said... Reply

Diana,meleleh air liur ni..nak gak sepotong kek karamel..ada lagi?

Anonymous said... Reply

Salam diana cayaaang...errmmm cantik nyerr pudiiing tuuu.. kemas sekali. Aiii..Sha ni teringin nak buat tapiii blum datang seru lagi..Pasti sedap giler nyuum..nyummm

Nazrah said... Reply

wow...memang cun giler kek ni...jeles ni..bilalah angin rajin nak mencuba sekali lagi ... apa pun...tahniah...

mrs said... Reply

cantiknya kek tu terliur saya..lepas pantang ni nk try buat la

Mamasya said... Reply

Asslmkum Diana

Cantik dan ceria warna kek karamel Diana...mmg nyummy kek ni.dah pernah buat sekali...entah bilalah rajin nak buat lagi...
kek lapis kat bawah tu moist betul..terang menarik warnanya...

Ummi said... Reply

MasyaAllah cantiknya kek Diana buat nih...adeeeiii ada bran ke akak nak buat nih...harus cuba kan...kan..tunggu cuti2 la kot..ish ishh...

lina said... Reply

salam diana - mmg cantik la caremel nya warna pun sekata je.

CtAyue said... Reply

hai akak. cantinye kek akak. semalam sy try wt tapi meringue sy tak jadik. sedih jugak. tapi nk cuba jgk lagi sampai jadik.

Oh Oeya said... Reply

As salam Diana.
Aduhai.. tertawan nye saya..

Sheery Dream Cakes said... Reply

puan ros @ sinaranmenu.blogspot.com~
hi akak... terima kasih akak.. :)

zaliedana ~
terima kasih ct cayang... kek nie mesti cuba buat 6tau.. mmg sedap.. :)

nieza ~
salam rindu juga buat nieza cayang... terima kasih nieza... kek nie mesti d cuba tau nieza.. sbb sedap sgt rasanya... akak dah buat 2 kali dah.. smlm buat sebiji lagi.. hehehe.. sedap

kzai ~
wsalam kzai..
terima kasih akak.. saja jer buat nie.. percubaan pertama.. mmg sedap kek nie kan akak.. oo dulu kek nie dah femes rupanya yer akak.. smpi skg masih lg femes kan.. mmg sedap...

ibundo ~
Alhamdulillah ibundo... terima kasih :)

cikmanggis ~
wsalam ck... terima kasih ... x per ck... nanti bole buat lg .. InsyaAllah menjadi.. :)

mas ~
terima kasih mas.. :)

ady ~
wsalam abg ady... terima kasih abg ady... :)

k.nor ~
wsalam akak... terima kasih akak.. heeheee.. mana der akak... cun ker tuan yg buat tu akak.. heehehe.. biasa2 jer tu akak..

iza akma ~
wsalam... terima kasih... hehehe.. mesti buat kek nie sbb sedap sagt tau.. :)

noorsafone ~
terima kasih mama... mama mesti cuba kek nie mama.. sedap sgt ...

azlita aziz ~
terima kasih akak... yg akak buat lg cantik tau akak.. tu yg diana tergoda tu.. tiap malam terbayang2.. hehhee.. :)
n terima kasih kat akak tau.. penerangan lengkap step by step dr akak tu mmg banyak membantu diana.. terima kasih bebanyak yer akak..

ida,japan ~
hehehhe... mmg kek nie asyik mengoda kan ida.. akak pun buat nie d sebabkan tergoda ari tu.. x bole tahan kan... ehhehe.. tu yg buat tu.. :)

embunrosaliza ~
wsalam.... terima kasih akak... kat cnie x der musim banjir akak.. hehehe.. cuma ada musim hujan n ribut jer.. :)

tun_telani ~
wsalam tun cayang...
hehee.. saja bg warna2 ceria... bagi irfan happy.. hehhehee

gee ~
terima kasih akak... kek nie mmg sedap akak... lepas buat pasti nak buat n buat lagi

anna qawina ~
terima kasih anna... memaaaang sedaaap sesangat... suka akak makan .. semua org kat umah akak nie mmg suka makan... yg versi x der gula tu akak dah cuba dah anna.. smlm bawak p kenduri.. sedaaap... :)

yatie ~
wsalam akak..
terima kasih akak... x per akak... nanti bole buat lagi akak.. InsyaAllah pasti cantik..

wattie ~
wsalam akak...
terima kasih akak... :)

ixoraroxi ~
terima kasih akak... heeheee.. ^_^. saja jer nie akak .. tergoda n nak penuhi permintaan irfan.. tu yg semangat buat tu.. :)

cheq sue ~
heeheee.. yer cheq sue.. pasti kena buat tu.. dah buat ker nie.. hehehe

nonierahman ~
a'aa nonie.. mmg sedap sesangat... akak dah buat 2 kali dah... sebiji nie mmg x puas makan ari tu.. hehehhe..

ayu ~
wsalam akak...
heeheee.. tu kena buat cepat2 tu akak... hihii... mmg sedap kek nie akak... :)

kc@ella ~
terima kasih kc.. ^_^

kak sam ~
InsyaAllah boleh sam...cuba ler buat sam.. sedap tau..

rahel ~
alaa dah abis dah... hehehe.. x per nnt buat lagi kita makan sama2 yer... hehehe ;)

sha homemade cake n choc ~
wsalam sha cayang...terima kasih... a'aa kek nie mmg sedap giler tau... mesti kena buat n buat lg kek nie... :)

nazrah ~
terima kasih akak... x per akak.. nnt bole cuba lagi kan akak...

honey bee ~
terima aksih... x per2.. lepas pantang nnt bole ler cuba buat kek nie kan.. mmg sedap.. :)

mamasya ~
wsalam mamasya..
a'aa kan.. kek nie mmg sedap sgt.. sekali buat mmg x puas.. kena buat lagi kan mamasya... :)

ummi ~
terima kasih akak ummi cayang... alaa akak mesti buat nie.. pasti menjadi n lagi cantik nnt tu akak... semua yg akak buat semua yha cantik2 tau.... ;)

lina ~
wsalam... terima kasih.. :)

azyue ~
hi azyue... terima kasih... yer ker... x per nanti bole cuba buat lagi yer.. InsyaAllah menjadi... jangan putus asa tau.. ;)

oh oeya ~
wsalam ...
hehehe.. kena buat nie tau.. kek nie sedap sesangat... :)

Juwita Jamaludin said... Reply

kak sedap kek ni kak.. rasa nak buat lagi kak.. lawa kek akak ni gebu je

Nuwairani said... Reply

uwwwaaaa! kenapa semua org suke menjeleskan sy dgn kek ni??? nak buat jugak!!!! (serius sebenarnya takot terjangkit sumpahan tu)

Sheery Dream Cakes said... Reply

juwita jamaludin ~
a'aa mmg sedap kan ita.. oo yer ari tu akak dok pk kat mana akak ada tgk lg yg buat kek nie.. alahai.. rupanya kat dapur ita kan.. huhuu.. baru ingat... nnt nak masukkan link.. hehehe

nuwairani ismail ~
heehee.. akak pun mulanya mcm tu nani.. tp kena kuatkan semangat... akhirnya menjadi gak.. x per nani.. cuba jer buat.. InsyaAllah menjadi.. :)

quinnie said... Reply

huhuhu..kakdiana dah berjaya ye buat kek nih..saya ni jugak yg tak pernah mencuba lagi...huhuhu..bila nak sampai seru nih?????

Sheery Dream Cakes said... Reply

quinnie ~
Alhamdulillah quinnie.. kek nie mmg sedap tau.. cuba ler buat quinnie.. akak dah 2 kali mencuba.. semua licin.. sedap.. :)

*~ UmmuHusna ~* said... Reply

waaaahhh..cantiknyer caramelnyer..nampak tebal..saya masih mencuba kek ni..huhuhu..

El Lynn said... Reply

kak, hari jumaat lepas, saye buat kek caramel nie... jadi cantik dan sangat sedap... mama sy ingat saya beli kt kedai... hehehhe siap order utk majlis di sekolahnya. tenkiu for the resipi kak...