Monday, September 26, 2011

~ Kek Kukus Lapis Coklat & Oreo..

Sheery Dream Cakes | 7:53 PM | |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Wah laju pula buat entri baru lagi kan nak.. Haahaaa... Bukannya apa, sebab risau esok Diana tak sempat nak update pula.. sekarang ada sedikit masa ni terus update mana yang termampu. Kek ni punya lah lama baru nak update... Kek pada hari raya pertama... Lama dah  kan... Ni dah penghujung Syawal baru nak update resipinya... Masa ambil gambar ni pun kelam kabut masa tu.. Masa tu Diana memang sibuk sangat... Tu yang hanya sempat kek ni posing macam ni.. Heeheee... Tak apa lah kan.. Asal ada kenangan nak dikongsikan di sini.. Jom semak resipinya..



KEK KUKUS LAPIS COKLAT & OREO

Bahan-Bahan 
  • 10 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 400 gm mentega
  • 1 cawan cream creackers yang d kisar _ ( Diana guna brand Hup Seng )
  • 2 cawan Nestle cerelac gandum dan madu
  • 250 gm susu pekat _ Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 100 gm jem buah-buahan
  • Oreo secukupnya _  buang krim tengahnya dan dihancur kasar
  • Coklat pilihan secukupnya
  • Pewarna pilihan

Cara-Cara
  1. Asingkan putih dan kuning telur.
  2. Pukul putih telur bersama gula halus sehingga kembang _ ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama kuning telur sehingga sebati.
  4. Campurkan adunan putih telur dan gula tadi dan pukul sebati.
  5. Kemudian masukkan susu pekat, nestum, cream crackers dan jem buah-buahan. Pukul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ( Terpulang kepada citarasa masing-masing ).
  7. Warnakan dengan warna pilihan berlainan pada setiap bahagian.
  8. Setelah itu, ambil sedikit adunan pada 1 bahagian tadi dan kukus sehingga masak.. cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  9. Taburkan biskut oreo hancur di atasnya. Lapis dengan 1 lagi adunan  warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  10. Ambil lagi sedikit adunan kek warna berlainan dan kukus sehingga kek masak. Cucuk dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  11. Susun coklat di atas permukaan kek dan lapis dengan adunan warna berlainan. Kukus sehingga kek masak. Cucuk juga dengan lidi pada kek tadi dan tekan perlahan permukaan kek dengan sudu plastik lembut.
  12. Buat begini sehingga adunan habis.
  13. Masa mengukus kek ni dalam 4-5 jam lamanya dengan menggunakan api sederhana.
  14. Simpan semalaman di dalam peti ais sebelum dipotong.
  15. Jangan lupa didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih semasa mengukus kek.


25 comments:

Amie said... Reply

banyaknya koleksi kek Diana.... semuanya nampak sedap belaka, kalau rumah dekat mau je Kak Amie datang bawa tapau.... he hehehh

ida said... Reply

salam kak, sy slalu jg skodeng blog akak, best tgk msakan dn gambar kat blog ni, penah jg try resepi kat sini, tq ya 4 sharing d recipe...:-)

Anna Qawina said... Reply

cantik2 kek yg akak ni buat..jeles sungguhla..sedap kan kek ni? bila nak mengekek camni eh..hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Diana memang pandai buat kek cantik2 la.

Mas said... Reply

rajinya kak diana buat kek..
cantikkkk...

Liza said... Reply

suka tgk kek2 lapis Diana..cantik2 semuanya...i likeee

Zalieda Zaliedana said... Reply

Kak diana cayang,cantik kek tuh,rasa pon mestilah sedap sgt kan,mmg nmpk moist gile..

harleena said... Reply

cantik dan mengancamnya kek lapis. Nak try buat tapi belum cukup keberanian lagi. heheheh

Nuwairani said... Reply

hadoi...tak terbayang ntah berapa sarang telur di rumah kak diana sebelum raya tu...semuanya kek lapis yg guna 10 biji telur...mesti sedap kek lapis oreo ni...suke dgn rasa oreo yg pahit2 sikit.

MamaFaMi said... Reply

Dari manalah datangnya kerajinan you all semua untuk melapis ni ye? Mama ni, kalau tiba bab melapis ni, bercinta sungguh!

Cheq Sue said... Reply

haishhh... saya kalau kek lapis ni nak buat mesti pikir 2 kali... bilangan telur mesti kurang... teringat ada 1 dok nunggu dalam list... haduiiiiiiiiiiiiii

rahel said... Reply

Pelan2 saja...senang2 baru add pic n resepi.Menggoda la kek lapisnya tu..sayang dah habisss..

Nadz Nazharzan said... Reply

Assallamualaikum Diana.
Mesti best kek ni..tp nak membuatnya, masih x rajin lg Naz ni.. Apa kata Diana buatkn ..pas tu pos pada Naz..hehehe..

ibundo said... Reply

nampak sedap sangat lah diana. banyak inti lagi tu..

E-na Zarina said... Reply

tak tahan tengok kek2 lapis akak ni...geram tau!

Gee® said... Reply

amboi diana....setiap hari melapis ek... rajin betol la adik akak sorang nih... geram akak dibuatnya.. kot2 rajin tu kirim2 la seketoi kek tu ke sini... ahaks

lina said... Reply

salam diana menarik nya cake ni..tak ada keberanian lagi utk men cuba..teruja tu sgt la teruja...dengan cake ini.

ady said... Reply

AS-SALAM DIANA
eemmm.....menggoda kek2 diana ni..abg ady tgk kek diana ni semuanye cantik2..

Rabiatun Adawyah said... Reply

Assalamualaikum Diana...cantiknya kek ni.sukerrr..

Yat Maria said... Reply

Diana

akak lagi seram nak start kukus arr..but this cake looks sedap..nanti semangat kukus dah dtg, leh try ek :)

Nurwin Heny said... Reply

Hi Diana
Cantik sungguh warna kek kukus lapis coklat dan oreo ni...tentu sekali rasanya pun sedap.

Sue @ Nenie said... Reply

Assalamualaikum Kak Di..Wahhhh banyaknya koleksi kuih lapis kat sini...Rajin tul akak melapis....Kaler pun cantik2....terpesona tetamu nak menjamahnya.....

nam@along said... Reply

salam..cantik2 kek2 lapis diana..x kira la..sume makanan yg entri kat sini nmpk menarik..

Nurul said... Reply

Kak Diana...
Dah banyak resepi kek lapis akak ni.. menarik2 semuanya...

Oh Oeya said... Reply

Memang teliti melapis Diana ni :)