Saturday, September 24, 2011

~ Kek Kukus Lapis Horlicks...

Sheery Dream Cakes | 4:46 PM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Bersua kembali di entri hari ni. Hari ni Diana ingin kongsikan resipi kek kukus. Bagi peminat Horlicks memang sesuailah dengan kek ni. Tetapi Diana bukanlah penggemar Horlicks. Diana buat kek ni untuk anak-anak Diana yang suka sangat dengan Horlicks. 

Ingin mencubanya? Anda boleh semak resipinya di bawah ya.



KEK KUKUS LAPIS HORLICKS

Bahan-Bahan
  • 10 biji telur
  • 1 2/3 cawan mentega
  • 1 2/3 cawan gula halus 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 
  • 2 cawan horlicks
  • 240 gm jem buah-buahan
  • 2 tsp esen vanilla
  • Pewarna merah jambu dan kuning


Cara-Cara
  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian ~
  5. ~ 1 bahagian dicampurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.
  6. ~ 1 bahagian lagi dicampurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu.
  7. Ambil sedikit adunan horlicks dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga kek masak.
  8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut. Lapis lagi dengan adunan jem. Kukus sehingga adunan kek masak.
  9. Buat begini sehingga adunan kek habis.
  10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus hendaklah dicucuk beberapa lubang dengan lidi / cake tester dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 
  11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa juga jenis kek kukus lapis, hendaklah dikukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara keseluruhannya. Tetapi untuk adunan horlicks ini, ianya agak lambat sedikit masak. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.
  12. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaiknya simpan semalaman sebelum kek ini dipotong dan dihidangkan.
  13. Masa untuk mengukus kek ini dalam 3 - 3 1/2jam lamanya menggunakan api sederhana. 
  14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek, air kukusan hendaklah dididihkan terlebih dahulu dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih.

::  Telur tu tak perlu dimasukkan satu persatu.. masukkan kesemuanya sekali  ::


16 comments:

Cheq Sue said... Reply

slmt petang kak diana... aduhhhh cantiknya gambar (ehhhh???)... lemah sungguh tengok kek lapis ni...kalau nak buat kena separuh adunan je, xde orang nak makan...

Sheery Dream Cakes said... Reply

cheq sue ~
selamat ptg...terima kasih cheq sue.. ^_^.. a'aa cheq sue... adunan nie mmg banyak.. kalau tuk sorg mmg x abis ler kan...

Gee® said... Reply

Mak aiii....bestnyer tinggal sorang2 smbil buat kek... kalau k.gee tau Diana sorang td bleh k.gee dtg temankn sambil mkn kek lapis tu... aww!! sedapnya kek....

Sheery Dream Cakes said... Reply

gee ~
akak.. hehehee.. nie kek ari tu nie akak.. baru sempat post ari nie.. a'aa diana kesorgan nie.. meh cnie temankan diana .. kita buat kek lagi.. hehehehe

Chik Mimi said... Reply

Rajinnya Diana...

Sheery Dream Cakes said... Reply

chik mimi ~
hehehe.. nie buat tuk daughter bawa pergi jamuan sek dia ari tu.. yg sempat d gambar nie tinggal kat umah.. hehehee.. makan sndiri.. :)

Nuwairani said... Reply

assalamualaikum kak diana...pasni kalau nani nak buat kek lapis lagi dah boleh rujuk blog kak diana pulak. ada macam2 resepi kek lapis la kat sni. nanti nk try buat satu.

Zue El Razak said... Reply

Diana~ yg ni harus dicuba ... dah lama teringin nak buat resepi ni..

quinnie said... Reply

kakdiana....tengok kek akak ni lagi menambah teringin nak makan kek..huhuhu..nak buat al-malasss..kekekke

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana,cantik sungguh warna kek.Thank u sudi singgah dapur akak dan follow ya.Akak letak link diana juga.

Yatie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
cantiknya kek lapis horlicks ni, akak mmng suka kek yg di kukus...lenkali leh cuba resepi Diana ni..tq..terliur je tngk.

Amie said... Reply

Assalamualaikum Diana,
seronok juga duduk sorang-sorang di rumah, banyak benda boleh buat... tapi kalau dah mati karan, sakitnya hatiiiiii....

teringin nak buat keka lapis-lapis macam Diana, banyak resepinya di sini, senang-senang nanti kalau nak buat, kak Amie copy resepi kek lapis dari sini ye dik...

Nina Suria said... Reply

salam aidilfitri Diana

Rupanya kitani hampir saja, cuma menyeberang Laut China Selatan. Nanti kalau ke Labuan boleh tah ziarah, tinggal di mana?

Btw nice pix, sharp n clear. Makanan pun nyaman2, SUKA :D

maaf zahir dan batin
xoxo

Sue @ Nenie said... Reply

Salam Kak Di..Wahhhhh..sedapnya kek lapis sini....kaler pun menarik

Anonymous said... Reply

akak, loyang yg dialaskan dgn aluminium foil prlu x digris dengan mentega lagi?

Sheery Dream Cakes said... Reply

@Anonymous

Tak perlu dear..