Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Hari ini dah Raya ke 6 dah ... Masih lagi ramai yang buat rumah terbuka kan... Jemputan pun masih banyak lagi dalam senarai... Semalam kami ada tertinggal 1 jemputan... Huhuuu... Ampun sesangat... Ingatkan hari ni.. Huhuu.. InsyaAllah tahun depan kalau panjang umur kami akan pergi ya... Ampun sekali lagi …
Macam mana dengan suasana hari raya kat tempat anda semua? Pasti sungguh meriahkan.. Rasanya hari ni dah ramai yang dah balik dari kampung.. Jadi berhati-hati di jalan raya tau... Yang dah sampai kat rumah tu... Pasti penatkan... :). Banyakkan berehat tau…
Semalam Diana buat sarapan agak berat sedikit... Diana masak nasi Lobak Merah, Nasi Ayam, Ayam Ros Pandan, Sayur dan juga Telur Mata Lembu…
Baik la... Jom kita semak resipi Ayam Ros Pandan dari dapur Che Mat Gebu yang sangat sedaaaaap ni... Memang dah ramai yang mencuba resipi ni kan... Ingat nak masak sekali lagi semasa buat rumah terbuka kali kedua nanti... Insyaallah... Buat Che Mat Gebu.. Izinkan Diana kongsikan resipi nie kat sini pula ya.. Terima kasih Che Mat Gebu..
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Kisar Halus
Cara-Cara
- 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
- 2 batang serai, dititik
- 2 helai daun limau purut
- 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
- 1 cawan air
- 1 camca besar gula melaka
- 2 camca besar bawang goreng
- Sedikit gula
- Garam secukup rasa
- 1 batang kayu manis
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
- Bawang goreng untuk hiasan.
Bahan-Bahan Kisar Halus
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji tomato merah
- 7 biji cili merah
- 2 biji buah keras
- 1/2 inci halia
- 1/3 inci lengkuas
- 1 camca besar sos tomato
Cara-Cara
- Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal-embal ( lembap-lembab jangan garing sangat ). Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
- Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.
8 comments:
slmt hari raya kak diana...selamat kembali ke dapur jugak... aiiiiii macam nak lepaskan geram aje, maklumlah dah lama bercuti...
cheq sue ~
selamat hari raya juga buat cheq sue.. hehehheee... rindu sgt nak memasak.. hehehhehehe ^_^
slmt hari raya diana yg sentiasa cun :)
wahh pagi2 dah makan menu berat ya.. rajin betul .. ehh dah start masak balik ya.. cuti dah abis kan :)
Assalamualaikum Diana cayangggg....
selamat kembali ke dapur.... tentu seronok beraya kali ini ye...tadi kakak terbang je atas Labuan, tak sempat singgah beraya rumah Diana.. he hehehhh
berkenan tgk sayur suhun tu...slurrppp,yum yumm. :)
salam kak diana.. sedapnya nampak menu tu.. ayam tu warnanya memikat betul tambah dengan nasi tu kena betul.. makan berpinggan pun tak ingat.. hihihih
selamat hari raya kak diana.. raya2 ni tun x sempat nk amik gambo. hihi..
kakdiana..dah start masak2 balik ye...hehhehe..memang rindu kalau dah lama tak makan masakan sendiri...hehhehe.seronoknya gi beraya openhouse..saya kalau pegi suka tengok org duk hidang menu apa..kekekek
Post a Comment