Tuesday, November 29, 2011

~ Resipi Tang Yuen Glutinous Rice Balls...

Sheery Dream Cakes | 8:25 AM |

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.. 

Rindu rasanya kat semua orang.. Tapi apa kan daya.. Keadaan tak mengizinkan untuk Diana berkunjung ke blog akak².. abang².. adik² dan  kekawan semua... Huhuuu.. kesibukan yang melanda ni belum berakhir lagi.. Diana mohon maaf tau sebab banyak entri menarik anda semua yang Diana ketinggalan.. InsyaAllah hari ni akan Diana BW mana yang tersempat yer.. Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke dapur Diana yang sunyi sepi dari entri terbaru ni.. Sayang anda semua...

Hari ni buat Tang Yuen atas permintaan anak Diana Shafie ( Yong ) di hari lahirnya 2 hari lepas. Kali ni Diana buat yang berinti kacang tanah.. Sememangnya anak² Diana suka sangat makan Tang Yuen ni sejak mereka kecil lagi.. Dulu Diana pernah kongsikannya kat sini juga resipi Tang Yuen ni.. Nak tengok Versi Lepas ( hanya menggunakan tepung pulut sepenuhnya untuk adunan tepung tu ) klik kat    SINI yer.. Untuk resipi kali ni Diana nak kongsikan resipi adunan tepung tu yang d campurkan dengan sedikit tepung jagung.. Rasanya sama jer bagi Diana.. Tak der ler jauh sangat bezanya.. :). Apa kata kita tengok resipinya.. 




TANG YUEN GLUTINOUS RICE BALLS ( Tepung jagung + Tepung pulut )

Bahan-Bahan
  • 4 cawan tepung pulut
  • 10 tbsp tepung jagung
  • 2 ( - + ) cawan air _ ( ni anggaran saja ya.. bubuh sikit-sikit tau )
  • Pewarna merah, kuning atau pewarna kesukaan masing-masing 

Bahan-Bahan A
  • 4 inci halia _ dihiris kasar
  • 4 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
  • Air secukup kegunaan
  • Sedikit garam
  • Gula secukup rasa

Bahan-Bahan Inti ( init ini jika ada lebih boleh disimpan dalam peti ais ya )
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tanpa kulit
  • 2 tbsp creamy peanut butter
  • 1 1/2 tbsp peanut butter with choc stripes
  • 3 tbsp gula kastor ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing )
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara
  1. :: Sebaiknya sediakan intinya terlebih dahulu. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau boleh juga dipanggang. Kemudian kisar kacang tanah tadi dan gaulkan bersama kesemua baki bahan inti tersebut.. Ketepikan.
  2. :: Sediakan 2 periuk yang berisi dengan air. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia. Biarkan ianya mendidih. Jangan tutupkan api.
  3. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa. Tutupkan api setelah ianya mendidih.
  4. :: Untuk membuat adunan tepung ~ Campurkan tepung pulut bersama tepung jagung dan tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga ianya boleh dibulat-bulatkan.
  5. Bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian ( diana bahagi kepada 3 bahagian ).
  6. Bubuh pewarna berlainan pada setiap bahagian adunan tepung tersebut.
  7. Ambil sedikit adunan tepung dan bubuhkan inti ( boleh juga buat tanpa inti ). Bulat-bulatkankan dan kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi air, garam dan halia. Setelah ianya timbul bolehlah diangkat dan dipindahkan ke dalam periuk yang berisi dengan daun pandan, air dan gula tadi.
  8. Buat sehingga adunan habis.
  9. Hidang.
  10. Sedap juga dinikmati setelah disejukkan di dalam peti ais.
:: Untuk intinya ~ Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar.. campurkan bersama bahan inti yang lain  :: 

::  Sediakan 2 periuk yang berisi air.. 1 periuk dibubuh dengan garam dan halia.. 1 periuk lagi bubuh dengan daun pandan dan gula secukup rasa.. Biarkan mendidih  ::


::  Bahgiakan kepada beberapa bahagian mengikut kesukaan masing-masing ::



10 comments:

Unknown said... Reply

hehehe........
nampak sangat² sedap...nanti boleh cuba buat ni

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... Reply

Salam Diana.Walau apa pun anak2 dah besar2.Handsome dan cantik2 semuanya.kak Ros biasa beli je tong yuan ni dan buat sirapnya.Pernah kak ros buat skali tapi tak masukkan inti.malas sungguh nak menggetel.Tengok Diana buat kak Ros tabik spring la...

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayang...sori la terlambat wish kat Yong...cuti2 pun xdan nak BW sbb melayan anak2 buah kat rumah, duk berebut komputer segala...hehehe.

Happy Belated Birthday to your handsome boy, Mohd Shafie (Yong). Moga jadi anak yg baik, cemerlang kehidupan di dunia dan akhirat...amiin... Amboii terliur lak akak tengok glutinous balls tu...sedap tgk dgn inti camtu... ni masakan baba nyonya eh Diana... :)). Penah tgk keturunan baba nyonya Melaka sana masak camni dlm satu segmen masak2 kat tv... :)

ady said... Reply

AS-SALAM DIANA
npk sedap tang yuen ni..tak pernah mkn..cantik warna tang yuen diana ni.. btw 'Happy Birthday to your son..Semoga menjadi anak yg soleh yg berguna bg umat & selalu dilindungi Allah SWT..

dZana said... Reply

happy belated birthdy mohd shafie.. smga mjadi ank yg soleh n bijak pandai..

IXORAROXI said... Reply

Happy belated birthday untuk Yong ya

Muhd Leo said... Reply

hai .. kak akk ditag http://muhdleoo.blogspot.com/2011/11/tag.html

Oh Oeya said... Reply

Happy Birthday Mohd Shafie (Yong).. Semoga berjaya dalam pelajaran ya :)

Tertarik betul dgn resepi ni Diana..

Shaiful Zaidi said... Reply

Salam..Happy Belated Birtday buat Yong...tak pernak dengar dan tengok makanan ni sebelum ni...

Yatie said... Reply

Happy Belated Birthday to your handsome boy, moga menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibunya.