Tuesday, April 3, 2012

~ Ikan Pari Masak Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 9:47 AM |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ok pagi ni terus sahaja kita tengok entri tertunda ni ya.. Masak pada bulan lepas dah ni... Dah lama dah habis.. Hehee.. Jadi jemput jamu mata lah yar..;) Baru ada kesempatan nak kongsikan resipinya hari ni.. Sebenarnya terlupa kat resipi ni.. Tadi baru teringat yang resipi ni belum lagi dikongsikan kat SBK. Hari ni tak boleh nak bercerita panjang.. Apa kata kita terus emak resipinya.. 


IKAN PARI MASAK SOS PLUM


Bahan-Bahan A
  • 800 gm ikan pari _ dipotong kecil
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B
  • 1/3 cawan sos cili Thai Kimball
  • 1/3 cawan sos plum Loon Kee
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp jus limau kasturi

Bahan-Bahan C
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dua dan hiris
  • Cili padi _ dihiris
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan A dan gaul rata. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan pari hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali / periuk yang lain ( kalau nak guna minyak menggoreng tadi pun boleh.. tinggalkan sedikit minyak untuk menumis ) tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis seketika lagi.
  5. Masukkan bahan-bahan B dan gaul rata.
  6. Akhir sekali bolehlah masukkan ikan pari goreng dan gaul sebati.
  7. Sesuaikan rasa ( tambahkan gula dan garam secukup rasa jika perlu.. Diana tak bubuh lagi ) dan angkat.
  8. Hidang bersama nasi putih panas.




12 comments:

Mas said... Reply

simple dan mengeliurkan..
bestnya lauk gini..
mas suka..

ogyep yummy mellow said... Reply

sedapppppnya... dah lapar pulak ogyep ni... perah asam limau lagi, Menggodanya... tapi dah past tense ya..

Mas Sani said... Reply

selalunya ikn pari dimasak gulai, asam pedas, dibakar cicah dgn air asam or dimasak sambal....
bila dh tgk ikn pari msk sos plum ni, terliur plak...sedapnyaaaa, kalau rumah kita dekat memang x malu mas dtg umh akk mintak sepinggan hihihihi

Nadz Nazharzan said... Reply

Hai Diana.. Ermmm macam dah sinonim jer sos plum tu dgn blog skyblue ni..hehehe.. Sedappp.. Suka ikan pari...

ijayuji said... Reply

Salam kakak cantek! kita tumpang lunch kat sini tau! hihihi..sedapnyerrr! kita ni sejak2 ni malas betul nak main2 masak lauk, asyik mkn roti ajerrr :D nak ambik angin rajin kakak cantek kat sini kasi rajin byk2 sikit kat kita :D

izahdaut said... Reply

komen mas tuha dah sampai mengeliurkan dah.. mcm mengelirukan jugak ada.. hahaa.. saboo jela mas.. mengiurkan kan kan..

akak, kalau saya nampak sos plum ngan pati tumix kan, slalu jek teringat kak diana. saboo jela. hehe.. saya pun dah terbeli dah semua tu. senang letak sikit untuk penyedap lauk kan. ;-)

Qasey Honey said... Reply

sedapnye tgk lauk tu...alas daun pisang lagi...mesti bertambah sedap ni mkan dgn nasi panas tu...

Mama Hawa/Mama Nani said... Reply

Salam Diana :)
cantik & menggeliurkan tgk gmbr!!
blm rasa lagi... yum3x

Diana sihat? lama tak kemari ..

ady said... Reply

as-salam Diana
waa sedapnye nampak..terliur nih..

Ummi said... Reply

Assalam Diana cayanggg...waaaahhh satu lagi resepi yang mengancam tekak, tp ikan pari ni akak x berapa suka Diana....ingat tukar ikan jenahak ke, siakap ke...ok kot eh... ^___^ awal2 dah bg tanda nak derhaka resepi ni eh..

zila norazila said... Reply

salam diana
biasanya kami bakar atau wat asam pedas jew pari nie..tp dh ada st resepi baru nie bole la tukar selera..:)nampak sedapp

Unknown said... Reply

Assalam kak Diana cyng, apa khabar kak..sedap tgk lauk ikan pari ni.saya sejak dok sini tak jumpa lagi ikan pari ni kak.nk mkn kena tunggu blk Msia la nanti.

note: nanti akak free singgah ambil kad dan bunga kat blog saya yer..tq:)