Memandangkan hari ini maid cuti.. Jadi banyak kerja yang hendak diuruskan di rumah ini.. Ermm.. Tak tahu apa nak tulis lagi... Hehheheee... Biarlah gambar-gambar di bawah sahaja berbicara ya... Bolehkah gitu? Hehhehee...
Terima kasih buat Passion 4 baking kerana sudi berkongsi resipi yang sedap ini.. Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. TQ...
:: Resipi Dari ~ Passion 4 baking ( TQ )
OREO CHEESECAKE COOKIES
Bahan-Bahan
- 113 gm mentega ( suhu bilik )
- 100 gm Philadelphia cream cheese
- 225 gm gula _ Diana bubuh 200 gm
- 1 tsp esen vanilla
- 180 gm tepung
- 100 gm chocolate buttons _ Diana guna 50 gm milk choc + 50 gm biskut oreo yang di cincang kasar
- 1 pkg biskut Oreo _ buangkan krimnya dan dikisar halus
- Pink strawberry chocolate / white chocolate
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 190°C.
- Pukul mentega dan cream cheese selama 8 minit sehingga sebati dan gebu.
- Dengan menggunakan spatula, gaulkan adunan seketika.
- Kemudian masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit sehingga ianya sebati. Gaul lagi dengan menggunakan spatula.
- Masukkan esen vanilla dan tepung. Pukul adunan sehingga rata ( boleh juga gaul kaup menggunakan spatula ).
- Masukkan chocolate buttons / milk chocolate ( serta biskut oreo jika suka ) dan gaul rata menggunakan spatula.
- Dengan menggunakan ice cream scoop, ambil sesudu adunan dan saluti dengan biskut oreo yang telah dikisar halus.
- Letakkan di atas dulang pembakar dan buat begini sehingga adunan habis.
- Bakar selama 12 - 15 minit.
- Angkat dan sejukkan.
- Hias dengan white chocolate cair.
11 comments:
waaahhh.. resepi baru nih! cantiknya akak ni punya gambar2.. saya memang dari dulu pun teruja... kalau masuk sini.. memang tidak mengecewakan!
thanks kak share resepi.. =)
Terliurnya bila tgk cookies ni. ..rajinnya diana ni...
Mnarik juga ni...bdak2 msti suka...:-)
Salam Diana...
terasa kesedapnnya cookies tu di kala menikmati secawan teh hangat...
Salam Diana...sungguh menarik teknik penggambaran yg digunakan. Diana bukan sahaja pakar memasak, tapi jugak pakar ambil foto.
Cantik tertarik ngan cookies tu:)
mmm kak, tak cukup sekeping klu mkn ni,mahunya satu balang sekali hadap...
nak seketul boleh? hehe.
akak suka msuk sini sbb suka sgt dgn cara diana yg kreatif mengambil gambar
lagi cite pasal oreo... mmg best! suka sgt tengok, belum makan lagi... dah tentu le syok habis!
Kalu boleh kongsikan le kat laman resepi.
salam Diana, dah pasti sedap ni mesti akak nak cuba jugak lepas ni dan gambar pun sangat menarikss
Post a Comment