Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Lamanya tidak bersiaran di sini...Sudah setahun beberapa bulan menyepi rupanya. Terima kasih kepada semua yang masih sudi berkunjung ke blog Diana ini ya.
Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera.. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berjangkit Covid-19 ini. Aamiin.. Jaga diri walau di mana anda berada ya.
Apa khabar semua? Semoga anda semua sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera.. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berjangkit Covid-19 ini. Aamiin.. Jaga diri walau di mana anda berada ya.
Hari ni Diana ingin kongsikan resipi Ikan Tenggiri Masak Masam Manis yang mudah.. Jika ingin tengok video cara memasaknya bolehlah ke channel YouTube Diana .
:: Boleh tengok cara menyediakannya di youtube channel Melley Mey
IKAN TENGGIRI MASAK MASAM MANIS
Bahan-Bahan A
- 1 kg ikan tenggiri _ dipotong dan dibersihkan
- Garam
- Serbuk kunyit
Bahan-Bahan B ( ditumbuk )
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan-Bahan C
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 biji bawang besar _ dihiris
- 1 biji bawang bombay _ didadu kasar
- 1 batang serai _ optional
- 1/4 cawan sos tomato Maggi
- 1/3 cawan sos cili Maggi
- 1 tin kecil ketulan nanas dalam sirap Ayam Brand
- Garam jika perlu
- Gula secukup rasa
Cara-cara
- Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Simpan di dalam peti ais dan perap selama 10 minit.
- Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing ( nak goreng garing pun boleh, terpulang kepada selera masing-masing ). Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan serai. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan tumis hingga sedikit garing.
- Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Gaul rata.
- Masukkan nanas berserta sirapnya dan masak seketika.
- Tambahkan gula dan garam jika perlu.
- Tambahkan sedikit air. Masak sehingga kuahnya mendidih.
- Selepas itu, bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan bawang bombay yang dipotong dadu.
- Akhir sekali, masukkan ikan tenggiri goreng dan gaul. Masak seketika.
- Angkat dan hidang bersama nasi putih.
0 comments:
Post a Comment