Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Selamat pagi.. Dah hari Sabtu lagi kan... Cepat sungguh.. Hari ini hanya bersarapan dengan Sandwich Sosej Telur.. Sarapan kegemaran anak-anak.. Sebenarnya Diana sendiri pun suka dengan menu sarapan yang ringkas ni.
Apa kata kita semak resipinya..
Untuk Seorang
Bahan-Bahan
- 2 keping roti Gardenia Breakthru _ d potong tepinya
- 1 biji telur
- 1 tbsp sos cili
- 1 batang sausage
- Keju parut secukupnya
- Minyak untuk mengoreng
Bahan-Bahan Perap
- 1/2 tbsp sos tiram
- 1 tsp gula
Cara-Cara
- ~ Untuk sausage :: Perapkan sosej bersama bahan-bahan perap selama 5 minit.
- Goreng sausage dengan minyak yang cetek. Jangan goreng terlalu lama ya. Goreng sekejap sahaja. Angkat dan belah kepada 2 bahagian. Ketepikan.
- ~ Untuk telur :: Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali. Pecahkan telur dan bubuh sos cili di atas telur itu. Jangan digaul. Biarkan sehingga telur kelihatan separuh masak barulah digaul rata. Angkat dan ketepikan.
- Ambil sekeping roti dan taburkan keju parut.
- Lapiskan dengan telur dan keju parut lagi.
- Kemudian lapis dengan sekeping roti dan setelah itu tabur dengan keju parut lagi.
- Susun sosej dan sedikit telur lagi. Taburkan keju parut dan picitkan sos.
- Bakar sekejap.
- Hidang.
- Siap!!!
|
:: Ni la rupa telur tu ya :: |
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>