Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ni nak cerita sikit pasal Minuman Koktail Buah-buahanan ni... Biasanya kalau kami buat kenduri atau open house hari raya atau ada tetamu yang datang ke rumah.. mesti hubby yang buat Minuman Koktail ni... Mana Diana? Hee Hee... Diana memang tak kan buat minuman ni kalau nak sediakan banyak-banyak ni.. Biar bagi hubby yang buat kan :D. Tapi kalau nak buat untuk keluarga saja.. Diana akan buat.. Tadi buat la sikit.. Teringin nak minum Koktail Buah-buahan.. Rasanya... cara semua orang menyediakan minuman koktail buah-buahan ni tak jauh bezanya kan... Mari tengok resipi ni…
MINUMAN KOKTAIL BUAH-BUAHAN
Bahan-Bahan A
- 1 tin koktail buah-buahan ( 820 gm ) _ ambil bersama jusnya
- 1 tin nata de coco ( 425 gm ) _ ambil jusnya juga
- 1 tin laici ( 565 gm ) / longan _ ambil bersama jusnya
- Air sejuk secukup kegunaan
Bahan-Bahan B
- 1 tin susu cair
- 3 tbsp tepung kastard
- Gula secukup rasa
- 4 cawan air
** Campurkan kesemua bahan B... Masak d atas api sederhana.. sentiasa menggaul supaya ianya tidak berketul. Setelah mendidih, tutupkan api dan sejukkan. Ketepikan.
Cara-Cara
- Campurkan kesemua bahan A kemudian campurkan bahan-bahan A yang telah d masak dan disejukkan tadi.
- Simpan di dalam peti sejuk dan campurkan ais batu semasa menghidang.
BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>