Friday, February 25, 2011

~ Resipi Double-Boiled Ayam Masak Kicap

Sheery Dream Cakes | 11:21 PM |

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini Diana ingin kongsikan resipi ayam masak kicap. Ada dua cara memasak ayam ni. Pertama, dengan menggunakan kaedah double-boiler. Sesuai untuk anda yang sibuk. Cara kedua pula kita boleh memasak seperti biasa. Masak di atas dapur biasa tu ya. Jom semak resipinya di bawah.




Bahan-Bahan A
  • 1 kg ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil²
  • 3 ulas bawang merah _ dihiris
  • 5 ulas bawang putih _ dihiris
  • 2 inci halia _ dihiris
  • 1 batang daun bawang _ dipotong 2 inci panjang
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tbsp perencah pati ayam Tumix
  • 1/2 tsp garam
  • 1/2 tbsp kicap manis soya pekat Cap Ayam
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk lada putih
  • 1 tbsp gula
  • 1 tbsp sos tiram

Bahan-bahan B
  • 2 inci halia _ dicincang
  • 2 ulas bawang merah _ dicincang
  • 3 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji lobak merah _ dipotong mengikut citarasa masing²
  • 1 batang daun bawang _ dipotong 2 inci panjang
  • 15 biji red dates _ dibuang bijinya 
  • 1/2 tsp kicap pekat Yot Brand
  • 1/2 tbsp kicap soya pekat Cap Ayam
  • 1 tbsp sos tiram
  • 1/2 tsp gula ( jika perlu )
  • 1/2 tbsp tepung jagung d campur dengan sedikit air ( untuk pemekat )
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukup kegunaan


Bahan-Bahan C
  • 6 keping cendawan kering _ direndam ( nak potong 4 pun boleh.. tak nak potong pun tak apa )
  • 1 tsp sos tiram
  • 1/2 tsp gula
  • 1/2 tsp tepung jagung
** Campurkan kesemua bahan-bahan C dan perap selama 15 minit.

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A. Perap selama 1 jam atau lebih ( Lebih lama diperap lebih sedap rasa daging ayam tu ).
  2. ~ Ada 2 cara untuk memasak ayam ni.. Cara Pertama ~ Dengan menggunakan double boiler = Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia cincang bersama sedikit minyak sehingga naik baunya.. Kemudian.. Campurkan ke dalam ayam perap tadi berserta kesemua baki bahan-bahan B.. Masukkan ke dalam periuk tembikar seperti di dalam  Gambar i .. Renih sehingga ayam empuk. Hidang.
  3. ~ Cara ke-2 ~ Memasak seperti biasa.. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia cincang sehingga terbit aromanya.
  4. Masukkan 2 potongan lobak merah, tumis seketika. Kemudian masukkan ayam, baki lobak merah tadi dan cendawan kering. Gaul rata. Masak seketika.
  5. Tambahkan sedikit air dan masukkan red dates.Gaul lagi dan biarkan ianya sehingga ayam empuk.
  6. Masukkan kesemua baki bahan-bahan B yang lain dan gaul rata.
  7. Tutupkan api dan hidang.

::  Gambar i  ::



0 comments: