Assalamualaikum dan Salam Sejehtera semua...
Hari ni Diana ingin kongsikan resipi mee udang goreng. Diana menggunakan mee kering cap udang. Di Labuan dan Sabah memang pelbagai jenis mee kering cap udang. Kekdang tu sampai tidak pasti yang mana hendak dibeli. Salah satu mee kering cap udang yang Diana minati jenis yang macam di bawah ni. Jom terus saja kita tengok resipi Mee Udang Goreng ni…
Hari ni Diana ingin kongsikan resipi mee udang goreng. Diana menggunakan mee kering cap udang. Di Labuan dan Sabah memang pelbagai jenis mee kering cap udang. Kekdang tu sampai tidak pasti yang mana hendak dibeli. Salah satu mee kering cap udang yang Diana minati jenis yang macam di bawah ni. Jom terus saja kita tengok resipi Mee Udang Goreng ni…
:: Mee Udang yang belum direndam ::
:: Yang ni dah direndam dan ditoskan ::
:: Gaul mee bersama kicap sebelum dimasak ::
:: Kalau masak mee udang goreng mesti ada udang kering ::
:: Ayam diperap selama 15 minit ::
:: Bawang merah dan bawang putih dihiris ::
:: Setelah separuh masak bolehlah digaul dengan bahan yang ditumis tadi.. Kemudian barulah dimasukkan lagi sebiji telur dan ulang proses seperti tadi lagi ya ::
:: Setelah ayam dan udang masak, masukkan mee dan sedikit air ::
MEE UDANG GORENG
- 2 bungkus Mee Cap Udang ( 120 gm setiap bungkusan sebelum d rendam )
- Segenggam setengah udang kering _ direndam dalam air panas, toskan dan ditumbuk kasar
- 200 gm dada ayam _ dihiris nipis
- 100 gm udang _ dibuang kulitnya
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang merah _ dihiris
- 6 ulas bawang putih _ dihiris
- 1 tsp serbuk cili
- 2 tbsp sos cili Maggi
- 1 tbsp sos pedas berkicap Argo Mas
- Kicap pekat manis Cap Ayam
- Minyak
Bahan-Bahan Perap
- 1 tsp serbuk lada putih
- 1 tsp gula
- 1 tsp minyak bijan
- 1/2 tsp garam
- 1 tsp tepung jagung
- 1/4 tsp serbuk perencah pati ayam Tumix
Cara-Cara
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan perap selama 15 minit. Ketepikan.
- Sementara itu, rendam mee di dalam air sehingga mee lembut ( Jangan guna air panas tau ). Toskan dan gaul dengan sedikit kicap pekat manis Cap Ayam.. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Kemudian masukkan udang kering, serbuk cili dan sedikit gula. Tumis sehingga garing.
- Masukkan telur satu persatu ( caranya rujuk gambar kat atas ).
- Masukkan ayam dan udang. Gaul rata.
- Setelah ayam dan udang masak bolehlah dimasukkan sos cili dan sos pedas berkicap ( Nak bubuh garam pun boleh juga tapi jangan bubuh banyak terlebih dahulu tau.. Sebab mee sudah digaul dengan kicap tadi kan ). Gaul rata.
- Masukkan mee dan sedikit air. Goreng sehingga mee garing.
- Sesuaikan rasa dan angkat.
- Sedia untuk dihidang.