Sunday, April 8, 2012

~ Nasi Impit Goreng Udang...

Sheery Dream Cakes | 5:56 PM | 10 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum kita berbicara tentang resipi.. Diana nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda semua singgah di blog Diana ni walaupun tuan rumahnya tiada beberapa hari ni.. Juga ampun dan maaf dari Diana kerana belum sempat membalas komen dan BW.. Buat masa beberapa hari ni Diana hanya sempat singgah sekejap tanpa meninggalkan komen sebab masa terluang Diana online hanya sebelah malam.. Sebelah siang pula Diana hanya ada masa sedikit sebelah pagi.. selebihnya tu ada kerja yang menanti untuk d isiapkan.. Agak sibuk sedikit masa ni.. Namun bila masa Diana online sebelah malam.. Pasti hujan lebat dan guruh serta kilat sambung menyambung menemani.. Tak berani nak online lelama masa tu.. Sekarang ni pun guruh dah mula berbunyi.. Harap dapat selesaikan entri ni nanti.


Kali ni Diana nak kongsikan resipi ulang tayang... Hari tu masa singgah kat dapur Izah.. Diana terliur tengok Nasi Impit Goreng yang izah masak tu... Memang dah lama Diana tak buat Nasi Impit Goreng walaupun ada permintaan dari ahli keluarga Diana.. Bukannya apa... Sebenarnya tak berapa rajin nak buat nasi impit tu.. Ermm.. Tak buat sendiri nasi impit tu.. Hanya beli ketupat segera tu.. Heheheh.. Namun kerajinan tu tak dapat mengatasi penyakit M tu... :D. Akhirnya bila Izah tayang Nasi Impit Goreng kat dapur dia.. Barulah datang seru nak buatnya.. Cuma Diana buat ikut resipi Diana yang ada bubuh lobak asin tu.. Jom selongkar resipinya...



NASI IMPIT GORENG UDANG

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus besar ketupat nasi segera Adabi ( 2 bungkus kecil )
  • 8 ekor udang bersaiz besar _ dikupas dan tinggalkan ekornya
  • 150 gm lobak asin ( preserved salted radish )
  • 2 ulas bawang putih _ dicincang
  • 4 tangkai daun bawang ( boleh guna daun kucai juga ) _ dipotong 1 1/2 inci panjang
  • Sedikit taugeh
  • 2 biji cili merah _ dihiris
  • 5 biji telur
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk merebus

Bahan-Bahan A
  • 2 tbsp sos tiram Maggi
  • 2 tbsp sos cili Maggi
  • 2 tbsp kicap pekat Loon Kee
  • 1 tsp kicap cair Loon Kee
  • 2 tsp sos ikan
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/4 tsp serbuk lada putih
  • 1 tsp perencah pati ayam Tumix
  • Garam jika perlu

Cara-Cara
  1. Rebus ketupat bersama air secukupnya seperti arahan pada bungkusan. Setelah masak sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali / periuk dan tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga cili masak.
  4. Masukkan lobak asin dan goreng lagi seketika.
  5. Setelah itu masukkan bahan-bahan A dan gaul rata.
  6. Pecahkan telur satu persatu dan gaul rata.
  7. Masukkan nasi impit / ketupat nasi yang telah dipotong kecil-kecil dan gaul dengan perlahan hingga semua bahan bergaul rata.
  8. Akhir sekali masukkan daun bawang / daun kucai, cili merah serta taugeh dan gaul.
  9. Angkat dan hidang.

::  Kalau nak tengok versi lepas boleh klik kat    SINI  ::




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Tuesday, April 3, 2012

~ Ikan Pari Masak Sos Plum...

Sheery Dream Cakes | 9:47 AM | 12 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ok pagi ni terus sahaja kita tengok entri tertunda ni ya.. Masak pada bulan lepas dah ni... Dah lama dah habis.. Hehee.. Jadi jemput jamu mata lah yar..;) Baru ada kesempatan nak kongsikan resipinya hari ni.. Sebenarnya terlupa kat resipi ni.. Tadi baru teringat yang resipi ni belum lagi dikongsikan kat SBK. Hari ni tak boleh nak bercerita panjang.. Apa kata kita terus emak resipinya.. 


IKAN PARI MASAK SOS PLUM


Bahan-Bahan A
  • 800 gm ikan pari _ dipotong kecil
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • 1 tsp rempah kari _ ( Diana guna rempah daging Baba's )
  • 1/2 tsp serbuk cili
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B
  • 1/3 cawan sos cili Thai Kimball
  • 1/3 cawan sos plum Loon Kee
  • 1 tbsp sos ikan
  • 1 tbsp jus limau kasturi

Bahan-Bahan C
  • 3 ulas bawang merah _ dicincang
  • 1 ulas bawang putih _ dicincang
  • 1 biji bawang besar _ dibelah dua dan hiris
  • Cili padi _ dihiris
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-Cara
  1. Campurkan kesemua bahan A dan gaul rata. Perap selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan pari hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali / periuk yang lain ( kalau nak guna minyak menggoreng tadi pun boleh.. tinggalkan sedikit minyak untuk menumis ) tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bawang besar dan tumis seketika lagi.
  5. Masukkan bahan-bahan B dan gaul rata.
  6. Akhir sekali bolehlah masukkan ikan pari goreng dan gaul sebati.
  7. Sesuaikan rasa ( tambahkan gula dan garam secukup rasa jika perlu.. Diana tak bubuh lagi ) dan angkat.
  8. Hidang bersama nasi putih panas.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Saturday, March 31, 2012

~ Simmer And Stir Fruit Cake...

Sheery Dream Cakes | 9:53 AM | 18 Comments so far
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Moga pagi ni semua ceria-ceria hendaknya... Hari ni pasti ramai yang keluar bersiar-siar atau pergi membeli belah bersama keluarga tersayang kan. Diana hanya di rumah sahaja.  Tak pergi mana pun.. Tu yang ambil peluang ni nak BW puas-puas hari ni.. Heehehee... Banyak entri yang menarik Diana dah ketinggalan akhir-akhir ni nampaknya... Huhuuu...

Berbalik pula kita pada resipi yang ingin Diana kongsikan ni... ResipinyaSimmer And Stir Christmas Cake.. Ada bahan yang telah Diana tukar kepada bahan lain.. Sebab dalam resipi ni ada menggunakan brandy.. jadi Diana gantikan kepada sirap koktel buah-buahan.. Begitu juga dengan sukatan mixed dried fruits tu.. tapi tu terpulang la kepada selera masing-masing ya... 


Kalau nak nampak cantik kek ni.. Bolehlah guna loyang yang bersaiz kecil tapi tinggi.. Yang ni Diana guna loyang yang agak besar sebab nak minimumkan ketinggian kek ni.. Kalau ianya tinggi nanti anak-anak Diana tak akan sentuh pun.. Apa lagi makan kek ni sebab mereka memang kurang minat dengan kek buah macam ni.. Tapi Diana dan hubby memang suka sangat makan kek buah... Selera masing-masing kan... :). Kek ni sedap pada tekak Diana dan hubby... Ianya tak lah kering sangat dan tak juga lembab sangat... Sedang-sedang sahaja...  

Terima kasih kepada BBC Good Food kerana berkongsi resipi ni... Izinkan Diana pula kongsikannya di sini ya.. Terima kasih.. 



:: Resipi Oleh ~ Mary Cadogan @ BBC Good Food  ( TQ )
:: Olahan Oleh ~ Sky Blue's Kitchen dalam tulisan berwarna merah


SIMMER AND STIR FRUIT CAKE


Ingredients
  • 175g butter , chopped
  • 200g dark muscovado sugar
  • 750g luxury mixed dried fruits ( one that includes mixed peel and glacé cherries ) _ ( Diana hanya bubuh 415 gm )
  • Finely grated zest and juice of 1 orange
  • Finely grated zest of 1 lemon
  • 100ml / 3½ fl oz cherry brandy or brandy plus 4tbsp more _ ( Diana gantikan dengan 100 ml sirap koktel buah-buahan )
  • 85g macadamia nuts _ ( Diana gantikan dengan biji gajus )
  • 3 large eggs , lightly beaten
  • 85g ground almonds
  • 200g plain flour
  • ½ tsp baking powder
  • 1 tsp ground mixed spice
  • 1 tsp ground cinnamon
  • ¼ tsp ground allspice _ ( Diana tak bubuh )

Method
  1. Put the butter, sugar, fruit, zests, juice and 100 ml / 3½ fl oz brandy ( gantikan brandy dengan sirap koktel buah²an )  in a large pan. Bring slowly to the boil, stirring until the butter has melted. Reduce the heat and bubble for 10 minutes, stirring occasionally.
  2. Remove the pan from the heat and leave to cool for 30 minutes.
  3. Meanwhile, preheat the oven to 150°C / gas 2 / fan 130°C and line the cake tin. Toast the nuts in a dry frying pan, tossing them until evenly browned, or in the oven for 8 - 10 minutes - keep an eye on them as they burn easily. When they are cool, chop roughly. 
  4. Stir the eggs, nuts and ground almonds into the fruit mixture and mix well. 
  5. Sift the flour, baking powder and spices into the pan. Stir in gently, until there are no traces of flour left.
  6. Spoon the mixture into the tin and smooth it down evenly - you will find this is easiest with the back of a metal spoon which has been dipped into boiling water.
  7. Bake for 45 minutes, then turn down the heat to 140°C/ gas 1/ fan120°C and cook for a further 1 - 1¼ hours ( about a further 1¾ hours if you have a gas oven ) until the cake is dark golden in appearance and firm to the touch. 
  8. Cover the top of the cake with foil if it starts to darken too much. To check the cake is done, insert a fine skewer into the centre - if it comes out clean, the cake is cooked.
  9. Make holes all over the warm cake with a fine skewer and spoon the extra 4tbsp brandy over the holes until it has all soaked in ( yang ini Diana tak buat )
  10. Leave the cake to cool in the tin. When it's cold, remove it from the tin, peel off the lining paper, then wrap first in baking parchment and then in foil. The cake will keep in a cupboard for up to three months or you can freeze it for six months.




BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>

Friday, March 30, 2012

~ Paratha Apple Pie...

Sheery Dream Cakes | 10:43 PM | 6 Comments so far

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog Diana ni walaupun tuan rumahnya kejap ada.. Kejap tak ada kan.. Maaf sesangat sebab belum ada kesempatan nak BW lagi... Beberapa hari ni memang terasa letih sesangat.. InsyaAllah kalau tiada apa halangan esok baru dapat Diana BW ya... 



Untuk entri kali ini Diana nak kongsikan resipi Paratha Apple Pie resipi Akak Ummi Cayaaang... :). Senang saja nak buatnya tau... Sedap pula tu... Terima kasih buat Akak Ummi di atas resipi yang sedap ni... Izinkan Diana pula kongsikannya kat sini ya akak..Terima kasih... 


:: Resipi Oleh ~ Akak Ummi @ Home Sweet Home ( TQ )

Bahan-bahan ( anggaran 2 biji pie )
  • 4 keping paratha puff jenama Kawan
  • 2 biji epal hijau _ dikupas dan didadu kecil
  • 3 sudu besar gula perang
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung *
  • 3 sudu besar air * ( bahan * dibancuh bersama )
  • 1 biji kuning telor _ untuk sapuan

Cara-cara
  1. Campurkan epal, gula perang, dan serbuk kayu manis dalam caserol dan panaskan di atas api sederhana. Kacau hingga epal lembut dan airnya berkurangan.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata sebentar hingga nampak pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  3. Sementara itu, lembutkan sikit paratha puff yang dikeluarkan dari peti ais. Canai sikit dengan roller.
  4. Letakkan sekeping paratha ke dalam acuan/loyang pie, tekan2 sikit, potong lebihan bahagian tepi jika perlu, dan cucuk dasarnya dengan garfu.
  5. Letakkan inti epal dan tutup dengan sekeping lagi dan klim dan kemaskan bahagian tepinya. Cucuk2 sikit permukaannya dengan garfu. Buat hingga habis - 2 keping digunakan untuk setiap pie..
  6. Sapukan dengan kuning telor dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190°C ( suhu terpulang pd oven masing-masing ) selama lebih kurang 25 minit / hingga masak keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan di atas redai.....siaaappp!!



BACA SELANJUTNYA / READ MORE >>>